Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Hidup Dengan Senyuman

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apapun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah gembira dan senyuman)”. (Hadis Riwayat Muslim) Senyum ada kebaikan yang paling mudah untuk kita lakukan tetapi jarang untuk dilakukan. Hanya perlu menggerakkan sedikit otot pada muka dan hadiah yang indah akan terhasil.

Penampilan Untuk Berniaga

Penampilan dalam sesebuah perniagaan adalah sangat penting. Sama pentingnya dengan pengurusan kos atau pengurusan sumber manusia. Saya percaya sesebuah perniagaan yang bermula daripada kecik seperti gerai-gerai burger bercita-cita untuk mengembangkan perniagaannya kepada perniagaan yang lebih besar dan menguntungkan. Saya sangat suka kepada pemilik peniagaan yang mempunyai visi begitu. Dan saya doakan tuan-tuan dan puan-puan akan mencapai hasrat  yang dihajati. Namun berdasarkan pemerhatian saya, ada beberapa faktor yang penting tidak diambil kira oleh pemilik perniagaan hanya kerana mereka pemilik gerai kecil seperti penampilan gerai serta penampilan pekerja. Tulisan saya kali ini lebih fokus kepada perniagaan makanan kerana saya yakin dengan sedikit perubahan sikap, perniagaan dalam kategori ini mempunyai peluang yang besar untuk berkembang. Penampilan gerai dan pekerja adalah perkara pertama yang akan dinilai oleh pelanggan baru yang ingin berkunjung perniagaan anda. Anda

Ingat Nama Mereka

Manusia secara fitrahnya suka dihargai. Suka dirinya diambil perhatian dan diambil berat. Hari ini saya ingin berkongsi rahsia untuk melatih diri kita menjadi lebih prihatin dan menghargai diri orang di sekeliling kita. Rahsianya adalah dengan mengingati nama mereka. Buktinya.... Apakah anda rasa sekiranya dalam beberatus-ratus orang dalam sebuah syarikat, CEO anda dapat menyebut nama anda. Tentu hati anda berasa berbunga-bunga bukan? Rasa seperti di awan-awangan. Bayangkan jika ada orang yang anda minat atau kagumi dapat memanggil nama anda. Sudah tentu terangkat sehingga ke siling. Hehehehe. Anda rasakan anda seperti anda sangat berharga. Jadi mulai hari ini, mulakan biasakan diri dengan mengambil tahu nama sesiapa sahaja di sekitar anda dan sapa orang itu dengan menyembut namanya. Contohnya: Makcik Pembacuh Air. "Assalammualaikum Makcik Ros, cantik hari ini." Percayalah hatinya akan berbunga-bunga.. Insyaallah.

Penyebaran Risiko

Jangan letakkan semua telur dalam sebuah bakul kerana jika bakul itu terjatuh semua telurnya akan pecah Letak telur dalam lebih daripada satu bakul kerana jika satu bakul terjatuh semua telur tidak pecah. Masih ada telur yang terselamat dan boleh digunakan. Teknik telur pada perenggan kedua adalah teknik Penyebaran Risiko. Teknik ini digunakan dalam pelaburan.  Jika ada mempunyai RM 10,000, jangan letakkannya dalam satu pelaburan sahaja tetapi bahagi-bahagikan pelaburan itu kepada beberapa bahagian. Cthnya. KES 1: Letak semua telur dalam sebuah bakul RM 10,000 dalam Dana 1 dan pulangannya adalah 6% Jadi selepas setahun = RM 10, 600 KES 2: Letak separuh telur dalam bakul A dan bakul B RM 5000 dalam Dana 1 dan pulangannya adalah 6 % RM 5000 dalam Dana 2 dan pulangannya adalah 10% Jadi selepas setahun = RM5300 + RM5500 =  RM 10,800 KES 3: Letak separuh telur dalam bakul A dan bakul B RM 5000 dalam Dana 1 dan pulangannya adalah 6 % RM 5000 dalam Dana 2 dan pulangann

Berapakah Simpanan Bersara Anda?

Bismillah. Rajah di bawah dapat menentukan berapakah simpanan yang anda perlukan semasa anda bersara. Cara membaca rajah ini mudah sahaja. Pendapatan Bulanan merujuk kepada pendapatan yang ada ingin terima setiap bulan Simpanan merujuk kepada jumlah yang ada perlu ada untuk menjana pendapatan bulanan. Berdasarkan  rajah di bawah sebanyak 8% pulangan diterima setiap tahun. Contohnya, Jika ada inginkan pendapatan sebanyak RM 5000 sebulan, bermakna anda perlukan simpanan sebanyak RM750,000 untuk menjana pendapatan sebanyak itu. Ingin tahu bagaimana anda boleh menjana simpanan banyak itu semasa bersara nanti,  sila hubungi saya 019-4611237. *nota: pendapatan di atas tidak mengambil kira kadar inflasi masa depan.

Pelaburan Unit Amanah melalui KWSP

Tahukah anda, anda boleh membuat pelaburan melalui wang KWSP daripada akaun satu? Tetapi bukan 100% daripada akaun satu. Hanya 20% sahaya wang daripada akaun satu dibenarkan untuk membuat pelaburan setelah ditolak dengan nilai baki minimum. Bagaimana perkiraannya? Contoh: Wang di dalam akaun 1 = RM 100,000 Umur Pelabur                = 27 tahun Langkah 1: Jumlah akaun 1 KWSP akan ditolak dengan baki minimun yang telah dibenarkan oleh KWSP. Untuk pelabur berusia 27 tahun baki minimun adalah RM12,000. Jadi, Jumlah baki  =  RM100,000 - RM 12,000                     = RM 88,000 Langkah 2: Hanya 20% sahaja wang dibenarkan untuk keluar pada satu masa. Jumlah layak untuk dilabur = RM 80,0000 x 20%                                           = RM 17,600* *nota: Balik minimun untuk membolehkan anda layak melabur adalah RM1000 Hubungi saya untuk rundingan dan pelaburan: Hasbullah Abu Bakar 019-4611237 mohamad.hasbullah@gmail.com

Saya Seorang Perunding Kewangan Islamik Bertauliah

Bismillah. Bulan lalu saya telah berjaya lulus Ujian Berkomputer Unit Amanah dan melayakkan diri saya untuk bergelar perunding kewangan bersama CIMB Wealth Advisors Berhad. Saya di bawah agency NSG bawah kelolaan Dr Niki Shuhada.  Jika anda berminat untuk melabur dalam Unit Amanah (Unit Trust). Sila hubungi saya melalui cara di bawah: Telephone: 019-4611237 Email: mohamad.hasbullah@gmail.com Facebook:  http://www.facebook.com/hasbullah.cwa

Kitaran Perangkap Hutang

Saksikan video ini dan adakah anda salah seorang daripadanya?

Kotak dan Pindah Rumah

Dua tahun lalu, kami sekeluarga berpindah ke sebuah rumah townhouse di kawasan yang sama. Satu perkara yang paling penting dalam proses berpindah adalah pengangakutan. Kos pengangkutan ini termasuk kos lori dan kos upah untuk proses pemindahan. Satu perkara yang paling penting saya telah pelajari adalah pentingnya menggunakan kotak untuk aktiviti ini. Walaupun ianya adalah kotak, ia dapat menyelamatkan wang anda daripada terus terbakar begitu sahaja. Begini kisahnya: Kami bercadang untuk berpindah ke rumah yang baru sahaja dibeli kami beberapa hari sebelum pulang ke kampung untuk Hari Raya Aidilfitri. Kerana kekangan situasi ketika itu (syarikat perkhidmatan berpindah tidak beroperasi beberapa hari sebelum hari raya), kami terpaksa menggunakan perkhidmatan sebuah syarikat yang sudi memberikan perkhimatan pada waktu kritikal itu. Jadi kos pengangkutan (Lori 3 tan) dan kos upah pindah barang  (4 orang): RM 400. Oleh kerana ini pertama kali kami berpindah rumah setelah berk

Pendapatan Pasif

Pendapatan Pasif? Mungkin frasa ini menemui pembaca-pembaca. Tetapi apakah sebenarnya pendapatan pasif? Menurut saya, pendapatan pasif ini adalah punca pendapatan yang dapat dijana secara berterusan tanpa memerlukan penglibatan seseorang itu secara aktif. Pendapatan pasif ada bertentangan dengan definisi pandapatan aktif yang mana seseorang itu memerlukan usaha untuk menjana pendapatan tersebut. Bahasa mudah yang saya boleh simpulkan adalah: Pendapatan Pasif : Wang itu berkerja untuk kita. Pendapatan Aktif : Kita berkerja untuk wang. Contoh-contoh pendapatan pasif adalah: Royalti Buku. Pendapatan melalui pelaburan (Unit Amanah, saham dan sebagainya) Kita hanya mendapat kemerdakaan dalam kewangan dalam melalui pendapatan pasif apabila jumlah pendapatan yang dijana bersamaan atau lebih daripada perbelanjaan kita. Merdeka Kewangan =  Pendapatan Pasif > Perbelanjaan. Sekian.

Tanam Pokok dan Jimat

Dengan Nama  Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sudah hampir sebulan saya dah isteri saya berkecimpung dalam industri penanaman pandan dan pokok limau kasturi. Erk. Gurau sahaja. Sebenarnya saya dan isteri telah membeli sebatang pokok limau kasturi dan menanam pokok pandan di hadapan rumah kami. Setelah sebulan, kami telah mendapat hasilnya, pokok limau kasturi telah membuahkan hasil yang baik dan pandan bertumbuh dengan baik. Mengapa kami menanam pokok-pokok ini. Sebabnya: Jimat Masa Kami tidak perlu ke kedai semata-mata hendak minum air limau ais atau teh limau ais (Sedapnya~). Atau air sirap pandan. Jimat Wang Selalunya jika saya ke kedai untuk mendapatkan limau kasturi saya akan membeli dalam beberapa biji (5 atau 6 biji). Tetapi jumlah sebenar yang akan digunakan pada satu-satu masa adalah 2-3 biji dan selebinnya akan disimpan. Entah bila pula, ia akan digunakan. Menambah Rasa Syukur Setiap kali saya melihat pokok-pokok itu, sering tercetus rasa syukur

Kerja Idaman/ Dream Job

Kerja Idaman Saya. Bunyinya seperti karangan kanak-kanak semasa sekolah rendah. Tetapi hakikatnya, ia adalah sebuah mimpi yang harus kita usahakan. Berikut adalah KERJA IDAMAN saya: Saya bos kepada syarikat yang saya berkerja Waktu kerja yang fleksible Kerja yang sentiasa memotivasikan diri Memberikan impak kepada orang lain. Membolehkan saya membaca pelbagai jenis buku dan mengaplikasikannya pada kerja saya. Kerja yang buat saya gembira. Menjana pendapatan pasif. Usaha dihargai. Menjana pendapatan seorang jutawan. Saya sedang melangkah ke arah kerja idaman saya ini. Dengan izin Allah.

Botak = Gemuk?

Taman Permainan, Taman Melati. Aku sedang menikmati angin petang bersama anak lelakiku. Dia sedang giat memanjat dan bergelusur sambil mengajak aku bermain bersama dengannya (Tidak semua permainan aku bermain cuma yang muat untuk aku sahaja. Erk!) Tiba-tiba datang sekumpulan anak-anak kecil yang usianya barangkali lebih daripada anakku itu. Empat orang kesemuanya. Terjadi satu agenda mengukur berat badan di antara  empat orang anak kecil itu. Alat untuk mengukur berat itu adalah sebuah jongkang-jongkit. Walaupun secara logiknya jongkang-jongkit pada mata dewasa aku bukan alat terbaik tetapi pada anak-anak kecil itu itu alat yang tepat. Di sebelah kanan jongkang-jongkit itu adalah seorang anak kecil perempuan dan seorang anak kecil lelaki yang seingat aku nama panggilannya 'Abang'. Dia berkepala botak. Dan sebelah yang satu lagi itu, dua orang anak kecil perempuan. Salah seorang daripada mereka bernama Manja. Bermulanya sesi penimbang, jongkang-jongkit di sebelah dua anak peremp

Tidak perlu kaya

Nota: Dialog telah diubah daripada Bahasa Indonesia kepada Bahasa Melayu untuk mengelakkan salah tafsir. Jakarta. Bulan Ramadhan. Beberapa minit lagi azan akan kedengaran di ruang langit jingga. Wanita yang lebih separuh abad itu singgah di sebuah musollah di sebuah pusat membeli-belah terpesar di kota raya itu. Suasana meriah di sekitar masjid ketika jemaah sibuk menguruskan bekalan. Pelbagai hidangan terhidang di ruang masuk musollah. Terdetik dia bertanya kepada salah seorang wanita yang menguruskan makanan di situ. "Adik, siapakah yang bersedekah untuk makanan buka puasa ini?" "Tiada siapa-siapa puan." "Maksudmu?" "Puan, tidak perlu jadi kaya untuk beramal jariah. Jika ada sedikit makanan yang dimasak boleh sahaja dibawa ke mari. Dikumpul-kumpul, lama-kelamaan jadi banyak begini," jelas wanita itu.

Berjimat di Bookxcess

Bookxcess merupakan lubuk buku kepada pengemar buku-buku Inggeris. Harganya yang luar biasa murah menyebabkan ulat buku seperti saya ketagihan untuk berada di sana setiap kali poket berisi. Jika anda mempunyai kad ahli Bookxcess anda akan menikmati diskaun di antara 5% hingga 10% untuk buku-buku (Buku sudahlah murah dapat diskaun lagi!). Jika tidak silap berikut adalah diskaun yang diberi: 5% -  Jika harga belian bernilai RM50 - RM99 10% - Jika harga belian bernilai RM100 dan ke atas Selalunya harga belian saya di antara RM50 - RM 70 jadi hanya 5%  saya diskaun yang saya akan perolehi. Ada satu cara untuk memperolehi diskaun 10% tanpa berbelanja lebih daripada RM100. Begini caranya: Anda perlu menjadi seorang yang berani. (Paling penting!) Tunggu di kaunter pembayaran. Jika ada pembeli buku ingin membuat pembayaran anda bertemu dengan dan meminta dia membantu anda membayar buku anda (tetapi menggunakan duit anda la.) Bersedia untuk menerima respon berikut: Encik

Askar Berkuda

Lelaki itu dalam senang hati memberi beberapa ekor kuda milik tuannya di luar kedai. Dalam terik panas mentari yang sedang membakar kulit gelapnya dia masih mampu tersenyum sambil melakukan tanggungjawapnya. "Berani, makan sayang," kata lelaki gelap itu sambil menghulurkan sebiji lobak. Sesuatu yang pantas merempuh tubuhnya dan dia tersungkur. Pantas dia bangkit untuk melihat gerangan yang melanggar dirinya. "Penculik!" Suara itu datang daripada kotak-kotak suara pekikan manusia yang sedang mengejar. Lelaki itu segera melompat naik kuda hitam yang baru sahaja diberi tadi lalu mula mengejar. Hentakan ladam kuda semakin deras dan pantas. Daripada gaya menunggang hamba gelap itu dia bukan penunggang sebarangan. Liuk pergerakkannya tangas lagi pantas. Bisa mengelak sebarang halang yang mendatang. Penculik dan hamba gelap itu berkejaran buat satu singkat. Hamba itu pantas memintas. "Serangkan anak gadis itu kepada aku!" Bentak hamba itu. Dalam tawa lelaki itu b

Tangis Ibu

Air mata itu mampu menghancurkan hati yang keras. Itu adalah air mata seorang ibu. Anak remaja itu cerdas orangnya. Bisa mememikirnya sesuatu yang luar biasa. Gemar meneroka. Cepat   menangkap idea. Namun dia anak remaja yang terdorong bakatnya ke arah lorong hitam. Kecerdasan fikirannya digunakan untuk membuat perkara salah. Dengan hanya mempelajari teknik kunci dan surat khabar daripada rancangan Macgyver dia mampu memceroboh rumah jirannya. Dengan mempelajari kunci bernombor 15 mampu membuka kebanyakan pintu, habis semua stor orang lain dicerobohinya. Ada yang berkenan di hati akan diambilnya. Katanya itu habuan kerana kepintaranya dan balasan ke atas kecuaian manusia. Pernah dia berkali-kali dirotan tetapi selepas beberapa hari. Amaran ayahnya hilang bersama perginya sakit dirotan. Pernah dilayun getah paip sebaik sahaja  aksi Macgyver menceroboh rumah jiranya diketahui ayahnya. Tetapi masih sama. Dia lupa akan sakit itu berserta nasihat ataupun amaran ayahnya. Sehinggalah satu har

Ramadhan - Buat Yang Tua

Beruntung lelaki tua itu. Dalam kudrat terbatas dia masih membawa tubuh tuanya ke masjid untuk mengejar saki baki kebaikan dalam hidupnya. Mungkin dia telah lalai dulu sehingga dia mengejar ibadah pada usia emasnya. Eh, pedulikan masa lalu kerana apa yang dia lakukan sekarang itu lebih penting. Hari ini dia diberi hidayah yang cukup tinggi nilainya. Tidak terbayar dengan nyawanya. 21 rakaat, dia masih gagah. Sekali sekala dia mengurut lututnya dalam dia tersenyum. Dia lelaki tua yang rindukan jannah walaupun tidak pernah menyapanya. Ayuh, Ramadhan ini hiasinya dengan ibadah. Kita menyambutnya dengan tangisan keinsafan seperti lelaki tua ini.

Hasil Cinta

Kita adalah hasil cinta Tuhan kepada hambanya Adam kepada Hawanya Hawa kepada Adamnya Cinta itu menyuburkan jiwa yang gersang Mendodoi gembira roh yang bilau. Jadi mengapa harus cinta ini cemari, Dengan dosa-dosa mengikis?

Bangkit

Kita harus Bangkit Ayuh bangkit daripada sakti Sakit yang akan terus berjangkit sebelum terus digigit lipan kuasa yang sakit Mereka sudah rakus membungkus karun yang akan menimbus mereka dalam  kubur yang tidak mengenal fulus

Pembela Ular Asap

Pada suatu hari, tinggal seorang doktor yang sangat baik hati. Setiap hari dia membantu penduduk kampung tanpa mengenakan sebarang  upah. Namun kerana kebaikan hatinya, dia hidup senang dan bahagia kerana penduduk kampung selalu memberi hadiah kepadanya sebagai tanda terima kasih. Suatu petang, doktor itu didatangi oleh seorang ibu yang menangis teresak-esak. Di pangkuannya seorang anak kecil yang tenat.  Nafas anak kecil itu singkat dan perlahan. Segera dia memeriksa nadi anak itu. "Ada sesiapa yang membela Ular Asap di kalangan keluargamu?" tanya doktor itu. Ibu itu teragak-agak mengelengkan kepala. "Ibu muda, usah berdusta. Jika kamu tidak mengatakan kebenaran aku tidak dapat menyelamatkan anakmu." Desakan doktor itu, akhirnya mencairkan dusta ibu muda itu. "Suamiku ada membelanya. Namun dia tidak pernah membenarkan anakku menyentuhnya." "Racun Ular Asap ini mampu membunuh tanpa menyentuh sesiapa pun. Nafasnya sudah cukup beracun." Ibu muda it

Runtuhkan Tembok Ini

kita harus runtuhkan tembok ini. Sudah terlalu lama ia berdiri Memberikan kita ilusi, ia perlindung sejati. Tapi, Selagi ia berdiri, ia menanahkan realiti. Yang terlindung hanya diri mereka sendiri.

Puncak Sajlu

Mimpi membawa aku  puncak salju ini. Bagaimana dan mengapa aku ke mari tidak aku terfikir bertanya diri. Di puncak sebuah gunung berais. Dingin angin itu terus mengigit bibirku yang semakin kering. Wajahku sudah pucat seperti mayat. Baju berlapis yang  ku sarung masih tewas dalam suasana itu. Saat itu bendera yang ku pegang pergi ditiup angin deras. "Di hujung sana ada khemah persinggahan pendaki," teriak seeorang lelaki. Bukan sengaja suaranya menjadi teriakan tetapi itu harus kerana suara ribut lebih deras berbicara dan bisa menelan butir kata-kata. Mungkin itu ketua ekspidisi, fikirku. "Kamu pergi dahulu," arah lelaki itu. Aku? Aku memandang ke bawah. Tebing bukit itu hanya mampu menampung luas sebesar kasutku sahaja. Tersilap langkah aku pasti berkubur di dalam sajli putih maut itu. Aku memegang tali merah pemandu perjalanan aku untuk ke seberang. Perlahan-lahan aku melangkah. Tetapi setiap langkah itu seperti terlalu lama. Angin ribut memukul lagi. Tubuhnya dil

Sesak

Dalam jiwa yang terlalu sesak Yang penuh permintaan dan mengasak aku rebah menyembah manusia menyembah permintaan dunia mengemis manisan manusia aku berlari mengejar dunia yang pastinya berlari lebih pantas daripada manusia ia tidak lelah malah tidak pernah kalah saat aku rebah lelah mengapai tangan memaut pada ranting-ranting duri, Ada sesuatu yang lembut menarik aku keluar dan membawa aku ke puncak hakikat Dari aras tinggi itu, aku disedarkan dunia hanya bayangan yang tidak mampu aku kejar.

Runtuh

Jiwa ini bisa runtuh Tika usik ujian meluruh Aku bina rangka diri Tapi tidak bisa teguh tanpa-Mu sisi. Diri-Mu pelindung bencana Dari selembut tiupan nafas Si Taufan.

My Team - EABIS SATYAM 2007

From Wallpaper This is my training team Satyam.....

Sang Ilham Kembali

Aku mengetik papan kekunci notebook dan pada saat itu aku sedar ada sesuatu sedang memerhatikanku daripada sisi tingkap. Saat aku menoleh, sepasang mata itu lenyap menghilangkan diri dalam samar-samar selimut malam. Aku biarkan perasaan ingin tahu itu pergi jauh-jauh, malas untuk aku meninggalkan kerusi di hadapan notebook aku ini. "Lama kita tidak bertemu." Suara itu menyebabkan aku hampir melompat menyentuh siling rumah. Darah berderau. Seekor kucing hitam melompat di atas meja. "Sungguh sakti tuan, bisa melompat setinggi itu," bicara sang kucing hitam itu. "Kamu, Sang Ilham." Aku mengenali kucing hitam itu. Tuannya Hasbi mengamanahkan aku untuk menjaganya sepanjang dia berada di England. Pada hari aku berpindah dari rumah di Seri Kembangan ke Taman Melati aku tidak dapat menjumpainya. Setelah sekian lama, dia muncul kembali. ""

Memulangkan Cinta

Anak kecil itu bertanya kepada ibunya, "Memulangkan cinta itu apa, ibu?" "Mencintai kembali orang yang mencintai kita." "Seperti ibu mencintai ayah." Wanita itu hanya tersenyum. Namun senyuman itu sudah cukup untuk anak itu mengerti maknanya. "Dapatkah kita memulangkan cinta Allah, ibu?" "Tidak sesekali kita mampu memulangkan kembali cinta-Nya. Tapi kita hanya mampu berusaha ke arah itu, sayang."

Lompat Bintang

Tolong

Jiwa Seni

Aku punya cita-cita untuk menghiburkan insan dengan lukisan. Sedang berlatih untuk menjadi illustrator dan ini hasil latihannya untuk minggu ini.

Menyulam Duka

Masih menyulam duka Tatkala dunia sedang tersenyum dan mabuk Duka apakah itu? Duka melihat noda Duka mendengar nista Duka menyentuh rakus Kenapa tidak digali kembali kitab-Nya Kenapa tidak dihidupkan sunnahnya Adakah kerana kita terlalu ego Ego yang mencantas kebenaran Takut terkubur kuasa Kau gadaikan agama.