Skip to main content

Tidak perlu kaya


Nota: Dialog telah diubah daripada Bahasa Indonesia kepada Bahasa Melayu untuk mengelakkan salah tafsir.

Jakarta. Bulan Ramadhan.

Beberapa minit lagi azan akan kedengaran di ruang langit jingga. Wanita yang lebih separuh abad itu singgah di sebuah musollah di sebuah pusat membeli-belah terpesar di kota raya itu.




Suasana meriah di sekitar masjid ketika jemaah sibuk menguruskan bekalan. Pelbagai hidangan terhidang di ruang masuk musollah.

Terdetik dia bertanya kepada salah seorang wanita yang menguruskan makanan di situ.

"Adik, siapakah yang bersedekah untuk makanan buka puasa ini?"

"Tiada siapa-siapa puan."

"Maksudmu?"

"Puan, tidak perlu jadi kaya untuk beramal jariah. Jika ada sedikit makanan yang dimasak boleh sahaja dibawa ke mari. Dikumpul-kumpul, lama-kelamaan jadi banyak begini," jelas wanita itu.








Comments

Popular posts from this blog

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

Herbalis: Misi Purnama Biru Sudah Terbit

Baru sebentar tadi aku pergi ke gudang PTS untuk mengambil 10 naskah yang beri secara percuma oleh PTS kepada penulisnya. Alhamdullilah, akhirnya terbit juga novel ini. From HERBALIS From HERBALIS From HERBALIS

Teori Efek Rama-rama (Butterfly Effect Theory)

Menurut teori ini, sesuatu perubahan kecil pada satu pembolehubah boleh memyebabkan perubahan yang ketara pada sesuatu sistem yang kompleks. Teori ini mengatakan pergerakkan kepak rama-rama mampu mengubah atmosfera bumi sehinggakan ia mampu mengubah pergerakan atau kewujudan putting beliung di satu kawasan. Perubahan kecil pada kehidupan akan membawa kesan yang besar pada masa depan, itu yang aku faham jika teori ini dikaitkan dengan kehidupan manusia yang merupakan salah satu sistem yang kompleks di dalam dunia. Tiada siapa mampu untuk meramal dengan tepat pergerakan atau perilaku manusia satu detik ke hadapan. Anda yakin dengan teori ini? Mari kita lihat pada kehidupan kita pada hari ini. Kronologi Senario Terburuk Ekstrem (Kes Curi Selipar) Encik A telah mencuri sepasang sepasang kasut selepas selesai solat Jumaat Pemilik kasut menunggu sehingga semua jemaah pulang dengan harapan dia menjumpai kasutnya semula. Tetapi setelah lama menanti, dia tidak jua menjumpai kasutnya. Pemilik ka