Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2012

Tidak perlu kaya

Nota: Dialog telah diubah daripada Bahasa Indonesia kepada Bahasa Melayu untuk mengelakkan salah tafsir. Jakarta. Bulan Ramadhan. Beberapa minit lagi azan akan kedengaran di ruang langit jingga. Wanita yang lebih separuh abad itu singgah di sebuah musollah di sebuah pusat membeli-belah terpesar di kota raya itu. Suasana meriah di sekitar masjid ketika jemaah sibuk menguruskan bekalan. Pelbagai hidangan terhidang di ruang masuk musollah. Terdetik dia bertanya kepada salah seorang wanita yang menguruskan makanan di situ. "Adik, siapakah yang bersedekah untuk makanan buka puasa ini?" "Tiada siapa-siapa puan." "Maksudmu?" "Puan, tidak perlu jadi kaya untuk beramal jariah. Jika ada sedikit makanan yang dimasak boleh sahaja dibawa ke mari. Dikumpul-kumpul, lama-kelamaan jadi banyak begini," jelas wanita itu.

Berjimat di Bookxcess

Bookxcess merupakan lubuk buku kepada pengemar buku-buku Inggeris. Harganya yang luar biasa murah menyebabkan ulat buku seperti saya ketagihan untuk berada di sana setiap kali poket berisi. Jika anda mempunyai kad ahli Bookxcess anda akan menikmati diskaun di antara 5% hingga 10% untuk buku-buku (Buku sudahlah murah dapat diskaun lagi!). Jika tidak silap berikut adalah diskaun yang diberi: 5% -  Jika harga belian bernilai RM50 - RM99 10% - Jika harga belian bernilai RM100 dan ke atas Selalunya harga belian saya di antara RM50 - RM 70 jadi hanya 5%  saya diskaun yang saya akan perolehi. Ada satu cara untuk memperolehi diskaun 10% tanpa berbelanja lebih daripada RM100. Begini caranya: Anda perlu menjadi seorang yang berani. (Paling penting!) Tunggu di kaunter pembayaran. Jika ada pembeli buku ingin membuat pembayaran anda bertemu dengan dan meminta dia membantu anda membayar buku anda (tetapi menggunakan duit anda la.) Bersedia untuk menerima respon berikut: Encik