Skip to main content

Penyebaran Risiko

Jangan letakkan semua telur dalam sebuah bakul kerana jika bakul itu terjatuh semua telurnya akan pecah

Letak telur dalam lebih daripada satu bakul kerana jika satu bakul terjatuh semua telur tidak pecah. Masih ada telur yang terselamat dan boleh digunakan.

Teknik telur pada perenggan kedua adalah teknik Penyebaran Risiko. Teknik ini digunakan dalam pelaburan.  Jika ada mempunyai RM 10,000, jangan letakkannya dalam satu pelaburan sahaja tetapi bahagi-bahagikan pelaburan itu kepada beberapa bahagian. Cthnya.

KES 1: Letak semua telur dalam sebuah bakul

RM 10,000 dalam Dana 1 dan pulangannya adalah 6%

Jadi selepas setahun = RM 10, 600

KES 2: Letak separuh telur dalam bakul A dan bakul B

RM 5000 dalam Dana 1 dan pulangannya adalah 6 %
RM 5000 dalam Dana 2 dan pulangannya adalah 10%

Jadi selepas setahun = RM5300 + RM5500 =  RM 10,800


KES 3: Letak separuh telur dalam bakul A dan bakul B

RM 5000 dalam Dana 1 dan pulangannya adalah 6 %
RM 5000 dalam Dana 2 dan pulangannya adalah 2%

Jadi selepas setahun = RM5300 + RM5100 =  RM 10,400

Teknik ini memberi anda peluang untuk mengandakan pelaburan anda dan dapat mengurangkan risiko.






Comments

Popular posts from this blog

Kilang Mimpi?

Degupan jantungku semakin reda setelah langkah larianku berubah menjadi langkah yang perlahan. “Penat betul, sudah lama tidak berjoging,” gomelku sendirian. Untuk pulang ke rumah, aku perlu melalui sebuah taman permainan yang berhampiran. Aku mula berjalan melalui kawasan taman permainan. Seorang anak kecil ketawa sakan apabila ibunya menghayunkan buaiannya naik lebih tinggi. Penatku semakin berkurang tatkala mendengar gelak ketawa anak kecil itu. Tiba-tiba aku nyaris tersungkur. Mujur aku sempat mengatur langkah. Jika tidak tersembam mukaku ini pada lantai bata bercorak coklat dan kelabu. Kasut memakan tuan. Tali kasutku nyaris menyerat tuannya sendiri. Jadi aku duduk di sebuah bangku kayu untuk mengikat semula tali kasutku. Dua orang kanak-kanak duduk di sebelahku. Pada mulanya aku tidak ambil peduli pada kanak-kanak, tetapi suara salah seorang kanak-kanak itu membuatkan anak mataku mencuri melihat kanak-kanak itu. “Eh, budak di masjid hari itu,” bisikku. Kanak-kanak itu adalah kanak...

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 20

  Seroja menerima panggilan daripada Pusat Rawatan Melati Putih. “Puan Seroja, kami mendapati sesuatu yang aneh pada susun atur genetik mangsa pemintal mimpi,” ucap seorang  perawat di hujung talian. “Hantarkan salinan genetik kepadaku.” Sebaik sahaja salinan genetik mangsa sampai kepadanya,  dia segera mengarahkan NALURI untuk membuat analisa. “Bandingkan atur genetik ini dengan gadis yang dalam usia yang hampir sama,” arah Seroja kepada Naluri “Pelbagai faktor telah diambil kira. Aturan genetuk mereka sentiasa berubah daripada masa ke semasa.” “Berubah?” Seroja mengerut muka. “Apa maksudmu? Bukankah aturan genetik manusia kekal selamanya. Itulah identiti manusia.” “Saya tidak pasti mengapa. Namun sample salinan genetik yang telah dianalisa menunjukkan terdapat bendasing yang tiada dalam database perubatan umum.” “Tunjukkan aku gambar bendasing itu.” Sebuah paparan pada skrin hologram menjelma. Sebuah microorganisma nano robotik kelihatan. Wajah Seroja pucat. Dia mendapa...