Skip to main content

Ramadhan - Buat Yang Tua

Beruntung lelaki tua itu. Dalam kudrat terbatas dia masih membawa tubuh tuanya ke masjid untuk mengejar saki baki kebaikan dalam hidupnya.

Mungkin dia telah lalai dulu sehingga dia mengejar ibadah pada usia emasnya. Eh, pedulikan masa lalu kerana apa yang dia lakukan sekarang itu lebih penting. Hari ini dia diberi hidayah yang cukup tinggi nilainya. Tidak terbayar dengan nyawanya.

21 rakaat, dia masih gagah. Sekali sekala dia mengurut lututnya dalam dia tersenyum. Dia lelaki tua yang rindukan jannah walaupun tidak pernah menyapanya.

Ayuh, Ramadhan ini hiasinya dengan ibadah. Kita menyambutnya dengan tangisan keinsafan seperti lelaki tua ini.

Comments

Popular posts from this blog

Kilang Mimpi?

Degupan jantungku semakin reda setelah langkah larianku berubah menjadi langkah yang perlahan. “Penat betul, sudah lama tidak berjoging,” gomelku sendirian. Untuk pulang ke rumah, aku perlu melalui sebuah taman permainan yang berhampiran. Aku mula berjalan melalui kawasan taman permainan. Seorang anak kecil ketawa sakan apabila ibunya menghayunkan buaiannya naik lebih tinggi. Penatku semakin berkurang tatkala mendengar gelak ketawa anak kecil itu. Tiba-tiba aku nyaris tersungkur. Mujur aku sempat mengatur langkah. Jika tidak tersembam mukaku ini pada lantai bata bercorak coklat dan kelabu. Kasut memakan tuan. Tali kasutku nyaris menyerat tuannya sendiri. Jadi aku duduk di sebuah bangku kayu untuk mengikat semula tali kasutku. Dua orang kanak-kanak duduk di sebelahku. Pada mulanya aku tidak ambil peduli pada kanak-kanak, tetapi suara salah seorang kanak-kanak itu membuatkan anak mataku mencuri melihat kanak-kanak itu. “Eh, budak di masjid hari itu,” bisikku. Kanak-kanak itu adalah kanak...

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

Novel Sulungku - Herbalis: Misi Purnama Biru

From HERBALIS Memperkenalkan novel sulungku. Pendapat tentang cover ini?