Skip to main content

Kotak dan Pindah Rumah

Dua tahun lalu, kami sekeluarga berpindah ke sebuah rumah townhouse di kawasan yang sama.

Satu perkara yang paling penting dalam proses berpindah adalah pengangakutan. Kos pengangkutan ini termasuk kos lori dan kos upah untuk proses pemindahan.

Satu perkara yang paling penting saya telah pelajari adalah pentingnya menggunakan kotak untuk aktiviti ini. Walaupun ianya adalah kotak, ia dapat menyelamatkan wang anda daripada terus terbakar begitu sahaja.

Begini kisahnya:

Kami bercadang untuk berpindah ke rumah yang baru sahaja dibeli kami beberapa hari sebelum pulang ke kampung untuk Hari Raya Aidilfitri.

Kerana kekangan situasi ketika itu (syarikat perkhidmatan berpindah tidak beroperasi beberapa hari sebelum hari raya), kami terpaksa menggunakan perkhidmatan sebuah syarikat yang sudi memberikan perkhimatan pada waktu kritikal itu.

Jadi kos pengangkutan (Lori 3 tan) dan kos upah pindah barang  (4 orang): RM 400.

Oleh kerana ini pertama kali kami berpindah rumah setelah berkeluarga, kami tidak menjangkakan barang-barang kami terlalu banyak. Kami tidak membungkus barang-barang itu dengan baik. Kami hanya membungkus-bungkus barang-barang dengan menggunakan plastik sampah.

Kerja-kerja pemindahan barang-barang daripada flat tingkat 2 ke lori itu mengambil masa hampir 2 jam. Banyak masa dibazirkan untuk menyusuh strategi untuk memuatkan isi sebuah rumah dalam sebuah lori.

"Abang, lori 3 tan ini tak cukup untuk menghantar barang-barang ini. Perlu buat dua trip," ujar ketua tenaga kerja itu.

Aku melihat-lihat ruang belakang lori. Lantai lori itu memang sudah penuh tetapi ruang atasnya tidak penuh.

"Kalau abang bungkus barang-barang abang ini dalam kotak, satu trip sudah cukup," jelas lelaki itu lagi.

Aku membuat perkiraan kos, "Berapa untuk trip yang kedua?"

"Perlu tambah RM300 lagi."

"Erk, tidak boleh kurangkah?"

"Maaf tidak boleh abang. Saya kuli sahaja."

Kerana terdesak, kami bersetuju sahaja.

Melayang duit kami.

Tips-tips berpindah:

  1. Berpindah pada selain waktu kritikal (Cuti Umum)
  2. GUNAKAN KOTAK, untuk memudahkan barang anda diangkut dan disusut. 

Comments

Popular posts from this blog

Kilang Mimpi?

Degupan jantungku semakin reda setelah langkah larianku berubah menjadi langkah yang perlahan. “Penat betul, sudah lama tidak berjoging,” gomelku sendirian. Untuk pulang ke rumah, aku perlu melalui sebuah taman permainan yang berhampiran. Aku mula berjalan melalui kawasan taman permainan. Seorang anak kecil ketawa sakan apabila ibunya menghayunkan buaiannya naik lebih tinggi. Penatku semakin berkurang tatkala mendengar gelak ketawa anak kecil itu. Tiba-tiba aku nyaris tersungkur. Mujur aku sempat mengatur langkah. Jika tidak tersembam mukaku ini pada lantai bata bercorak coklat dan kelabu. Kasut memakan tuan. Tali kasutku nyaris menyerat tuannya sendiri. Jadi aku duduk di sebuah bangku kayu untuk mengikat semula tali kasutku. Dua orang kanak-kanak duduk di sebelahku. Pada mulanya aku tidak ambil peduli pada kanak-kanak, tetapi suara salah seorang kanak-kanak itu membuatkan anak mataku mencuri melihat kanak-kanak itu. “Eh, budak di masjid hari itu,” bisikku. Kanak-kanak itu adalah kanak...

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

Novel Sulungku - Herbalis: Misi Purnama Biru

From HERBALIS Memperkenalkan novel sulungku. Pendapat tentang cover ini?