Skip to main content

Penampilan Untuk Berniaga

Penampilan dalam sesebuah perniagaan adalah sangat penting. Sama pentingnya dengan pengurusan kos atau pengurusan sumber manusia.

Saya percaya sesebuah perniagaan yang bermula daripada kecik seperti gerai-gerai burger bercita-cita untuk mengembangkan perniagaannya kepada perniagaan yang lebih besar dan menguntungkan.

Saya sangat suka kepada pemilik peniagaan yang mempunyai visi begitu. Dan saya doakan tuan-tuan dan puan-puan akan mencapai hasrat  yang dihajati.

Namun berdasarkan pemerhatian saya, ada beberapa faktor yang penting tidak diambil kira oleh pemilik perniagaan hanya kerana mereka pemilik gerai kecil seperti penampilan gerai serta penampilan pekerja.

Tulisan saya kali ini lebih fokus kepada perniagaan makanan kerana saya yakin dengan sedikit perubahan sikap, perniagaan dalam kategori ini mempunyai peluang yang besar untuk berkembang.

Penampilan gerai dan pekerja adalah perkara pertama yang akan dinilai oleh pelanggan baru yang ingin berkunjung perniagaan anda. Andakah anda akan berkunjung ke sebuah permis perniagaan yang penuh dengan sampah di lantai dan pekerja yang sedang menyediakan makanana anda sedang mengisap rokok.  Sudah tentu anda akan berfikir banyak kali sebelum melangkah masuk ke dalam premis itukan?

Jadi saranan saya untuk peniaga-peniaga supaya mereka mengambil berat hal ini.

Mungkin anda merasakan perkara itu tidak penting kepada anda kerana anda sudah biasa dan ada pelanggang yang masih berkunjung ke premis anda. Tetapi mengapa harus anda menutup peluang mendapat pelanggan yang baru dengan tidak menjaga penampilan premis anda.

Dengan menjaga penampilan premis anda, anda tidak menyebabkan pelanggan yang sedia ada lari malah ia menarik lebih ramai lagi berkunjung ke premis anda.

Penampilan pekerja juga perlu diambil perhatian. Saya pernah membatalkan hasrat saya untuk membeli burger hanya kerana peniaga burger tersebut menghisap rokok dan tanpa membasuh tangannya terus memyediakan burger saya.

Saya berharap peniaga-peniaga dapat menerima pendapat saya yang tidak seberapa ini.

Sekian. 

Comments

Popular posts from this blog

Kilang Mimpi?

Degupan jantungku semakin reda setelah langkah larianku berubah menjadi langkah yang perlahan. “Penat betul, sudah lama tidak berjoging,” gomelku sendirian. Untuk pulang ke rumah, aku perlu melalui sebuah taman permainan yang berhampiran. Aku mula berjalan melalui kawasan taman permainan. Seorang anak kecil ketawa sakan apabila ibunya menghayunkan buaiannya naik lebih tinggi. Penatku semakin berkurang tatkala mendengar gelak ketawa anak kecil itu. Tiba-tiba aku nyaris tersungkur. Mujur aku sempat mengatur langkah. Jika tidak tersembam mukaku ini pada lantai bata bercorak coklat dan kelabu. Kasut memakan tuan. Tali kasutku nyaris menyerat tuannya sendiri. Jadi aku duduk di sebuah bangku kayu untuk mengikat semula tali kasutku. Dua orang kanak-kanak duduk di sebelahku. Pada mulanya aku tidak ambil peduli pada kanak-kanak, tetapi suara salah seorang kanak-kanak itu membuatkan anak mataku mencuri melihat kanak-kanak itu. “Eh, budak di masjid hari itu,” bisikku. Kanak-kanak itu adalah kanak...

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

Novel Sulungku - Herbalis: Misi Purnama Biru

From HERBALIS Memperkenalkan novel sulungku. Pendapat tentang cover ini?