Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

Ramalan Pilihan Raya

Sedang hangat aku melayari komen-komen di ruang facebook, aku terdengar bunyi seperti ada sesuatu yang sedang mencakar tingkap bilik aku. Jam menunjukan jam 10 malam Terlintas cerita hantu makcik jual karipap dibenak fikiran. "Awal lagi makcik ni," bisik aku. Meow meow. Nyaring bunyi mengiau itu. Dan dapat saat itu aku tahu siapa yang datang berkunjung ke rumahku. Kunci tingkap dibuka dan tetamu itu aku benarkan masuk ke dalam bilik. "Ada apa malam-malam ini, Sang Ilham?" "Nak berziarah. Tidak bolehkah?" "Bukan maksudku. Selalunya kunjunganmu berserta berita." Sang tersenyum menampakan barisan giginya, "Macam tahu-tahu sahaja." "Mestilah tahu. Kamu itu sudah aku kenali semenjak beberapa tahun lalu." "Sini! Sini," Si Kucing itu meminta aku menghampirkan telinga aku kepadanya. Bisiknya, "Aku telah membaca bintang dan ramalkan Barisan Nasional akan menang besar kali ini." "Itu?