Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2009

Peluang Tidak Selalu Hadir

From FISH_AND_RICE “Mengapa bermuram suram seperti disapa kegelisahan yang perit,” Tuan Hazim bertanya kepada Tuan Nasrul yang daripada bersuram duka di bawah pohon gajus. Tuan Nasrul sesedar daripada lamunan kegelisahannya talkala disapa Tuan Hazim, “Hazim, kamu rupanya. Erm, sebenarnya saya dalam dilema sekarang,” ucap Tuan Nasrul dalam helaan mengeluh. “Dilema? Dilema cinta?” usik Tuan Hazim. Pantas Tuan Nasrul mencantas usikkan Tuan Hazim, “Mana ada. Hazim, Hazim, sikit-sikit cinta. Sikit-sikit cinta. Tahulah kamu akan berkahwin tidak lama lagi. Sudah bersediakah?” “Amboi, saya pula yang terkena. Ha, tadi kamu kata dalam dilema. Dilema tentang apa?” “Semalam, saya telah menerima surat tawaran untuk menjalankan penyelidikan perikanan di Negara Pukat dan Jala. Hendak terima atau tidak. Itu dilemanya.” Sambil memetik sebiji buah gajus yang bergantungan di atas kepalanya, Tuan Hazim berkata, “Apa susah. Terima sajalah tawaran itu.” “Tapi, upahnya sedikit murah berbanding di sini,” kata