Skip to main content

Pelaburan Unit Amanah melalui KWSP

Tahukah anda, anda boleh membuat pelaburan melalui wang KWSP daripada akaun satu?

Tetapi bukan 100% daripada akaun satu. Hanya 20% sahaya wang daripada akaun satu dibenarkan untuk membuat pelaburan setelah ditolak dengan nilai baki minimum.

Bagaimana perkiraannya?

Contoh:

Wang di dalam akaun 1 = RM 100,000
Umur Pelabur                = 27 tahun


Langkah 1: Jumlah akaun 1 KWSP akan ditolak dengan baki minimun yang telah dibenarkan oleh KWSP.

Untuk pelabur berusia 27 tahun baki minimun adalah RM12,000.

Jadi,

Jumlah baki  =  RM100,000 - RM 12,000
                    = RM 88,000

Langkah 2: Hanya 20% sahaja wang dibenarkan untuk keluar pada satu masa.

Jumlah layak untuk dilabur = RM 80,0000 x 20%
                                          = RM 17,600*

*nota: Balik minimun untuk membolehkan anda layak melabur adalah RM1000

Hubungi saya untuk rundingan dan pelaburan:

Hasbullah Abu Bakar
019-4611237
mohamad.hasbullah@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Kilang Mimpi?

Degupan jantungku semakin reda setelah langkah larianku berubah menjadi langkah yang perlahan. “Penat betul, sudah lama tidak berjoging,” gomelku sendirian. Untuk pulang ke rumah, aku perlu melalui sebuah taman permainan yang berhampiran. Aku mula berjalan melalui kawasan taman permainan. Seorang anak kecil ketawa sakan apabila ibunya menghayunkan buaiannya naik lebih tinggi. Penatku semakin berkurang tatkala mendengar gelak ketawa anak kecil itu. Tiba-tiba aku nyaris tersungkur. Mujur aku sempat mengatur langkah. Jika tidak tersembam mukaku ini pada lantai bata bercorak coklat dan kelabu. Kasut memakan tuan. Tali kasutku nyaris menyerat tuannya sendiri. Jadi aku duduk di sebuah bangku kayu untuk mengikat semula tali kasutku. Dua orang kanak-kanak duduk di sebelahku. Pada mulanya aku tidak ambil peduli pada kanak-kanak, tetapi suara salah seorang kanak-kanak itu membuatkan anak mataku mencuri melihat kanak-kanak itu. “Eh, budak di masjid hari itu,” bisikku. Kanak-kanak itu adalah kanak...

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

Novel Sulungku - Herbalis: Misi Purnama Biru

From HERBALIS Memperkenalkan novel sulungku. Pendapat tentang cover ini?