Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 17

  “Ada barang yang perlu Seroja ambil.” Malik memberi arah kepada pod tersebut, “Pod, ubah haluan ke Armada Waja. Kami perlu singgah di sana sebentar” “Arahan diterima. Destinasi  persinggahan didaftarkan. Perjalanan ke destinasi baru akan memakan masa lima minit,” balas sistem navigasi pod tersebut. Ѿ Sampai sahaja di ruang lobi, seorang gadis menanti di hadapan bangunan Armada Waja.  “Sekejap sahaja ya,” kata Seroja sebelum turun daripada pod itu. Gadis tadi memberikan seutas gelang kepada Seroja.  “Puan Seroja, ini gelang yang dipinta. Tapi puan rasanya puan tidak perlu benda ini. Perkara itu sudah lama tidak terjadi kepada puan,” kata gadis itu. “Terima kasih. Aku tahu. Cuma bukankah lebih baik sediakan payung sebelum hujan.” Dia segera mengenakan gelang itu di pergelangan tangannya. Butang pada gelang tersebut berubah daripada warna merah kepada hijau.  “Alat berjaya diselarikan dengan sistem puan,” kata gadis itu. Sebuah fail jatuh daripada tangan gadis itu. Dia segera mengumpul

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 16

  Tubuh tidak bermaya Hatadi diletakkan di atas meja.  “Apa sudah kamu lakukan ini, Seroja,” tanya Malik. Dia benar-benar terkejut melihat Hatadi yang tidak sedarkan diri. “Dia ini seorang yang degil. Aku cuba berunding secara berhemah. Tetapi ini jalan yang terbaik.” Malik melihat dahi Hatadi yang penuhi luka-luka kecik, dia bertanya kepada Seroja,“Adakah dia dalam keadaan baik?” “NALURI. Imbas keadaan pemuda ini,” arah Seroja. Satu spera logam muncul. Pacaran cahaya biru mengimbas tubuh Hatadi yang berbaring di atas meja. Hologram anatomi tubuh manusia dipancarkan. Satu bintik merah berkelip-kelip pada kepala hologram.  “Semua organ dalaman dalam keadaan baik. Cuma kecedaraan kecil di kepala,” NALURI menyampaikan status keadaan Hatadi. Seorang pegawai perubatan datang dengan sebuah peti kecemasan. Gel berwarna hijau disapu pada luka dan pembalut dilekatkan pada dahi Hatadi yang tercedera akibat tersungkur tadi. Ѿ Tidak beberapa lama kemudian, Hatadi tersedar. Sebaik sahaja matanya te

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 15

  Tiba-tiba Hatadi merasakan sesuatu yang sangat aneh. Langit malam dalam sekelip mata berubah menjadi siang. Dia dalam kekeliruan dan soalan wanita tidak menjadi perhatiannya sekarang. Dia memandang papan tanda. Semuanya yang belum ini ditulis dalam bentuk tulisan rumi berubah kepada tulisan Jawi. Dia mencari bangku untuk duduk. Jantung tiba-tiba berdegup pantas. Titisan peluh memaut-maut pada dahinya. “Ya Allah. Lindungi hambamu ini,” doanya dalam penuh kecelaruan. Wanita tadi duduk di sebelahnya.  “Kenapa tuan?” tanya wanita itu. “Di mana aku?” “Kamu di stesen Gombak.” Mata Hatadi memerhatikan sekeliling. Memang benar seperti yang dikatakan wanita itu. Fizikal kawasan itu seperti stesen Gombak. Tetapi suasananya jauh berbeza. Malam yang dalam sekelip mata menjadi siang. Kelibat manusia-manusia berpakaian aneh menganggu fikirannya.  “Gombak di Negera Sunda,” wanita itu cuba meleraikan kekusutan Hatadi. “Negera Sunda?” Hatadi semakin keliru. Dia mengurut-gurut kepalanya. “Maaf, aku ti

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 14

  Sebuah kerusi ditarik keluar daripada meja pejabatnya. Di situ Hatadi banyak menghabiskan masa mengkaji penulisan manuskrip Alam Melayu kerana itu fokus korpus penyelidikan PhDnya. Dia meletakkan sebuah thesis bertajuk “Penggunaan Kepintaraan Buatan dalam Kajian Manuskrip Alam Melayu” ke dalam laci paling atas. Satu bab besar dalam hidupnya telah selesai. “Alhamdullilah,” bisik hatinya. Peristiwa menemui manuskrip lama di rumah neneknya sepuluh tahun lalu telah menjadi motivasi kepada dirinya untuk mendalami Alam Melayu. “Anak muda, bagaimana dengan ujian pengijazah kamu? Pasti mudah bukan.” “Dr Denai, rupanya. Aku tidak sedar Dr  sudah berada di sini. Sudah lama sampai?” “Baru sebentar tadi. Maafkan aku kerana masuk tidak berjemput.”  “Tidak mengapa, pintu bilik ini sentiasa terbuka kepada seorang pakar seperti tuan.” Lelaki tua itu duduk berhadapan Hatadi. Dr Denai bertanya, “Di mana peta yang kami ingin tunjukkan kepada aku itu.” “Sebentar.” Sebuah tiub simpanan dikeluarkan daripa