Skip to main content

Pembela Ular Asap

Pada suatu hari, tinggal seorang doktor yang sangat baik hati. Setiap hari dia membantu penduduk kampung tanpa mengenakan sebarang  upah. Namun kerana kebaikan hatinya, dia hidup senang dan bahagia kerana penduduk kampung selalu memberi hadiah kepadanya sebagai tanda terima kasih.

Suatu petang, doktor itu didatangi oleh seorang ibu yang menangis teresak-esak. Di pangkuannya seorang anak kecil yang tenat.  Nafas anak kecil itu singkat dan perlahan. Segera dia memeriksa nadi anak itu.

"Ada sesiapa yang membela Ular Asap di kalangan keluargamu?" tanya doktor itu.

Ibu itu teragak-agak mengelengkan kepala.

"Ibu muda, usah berdusta. Jika kamu tidak mengatakan kebenaran aku tidak dapat menyelamatkan anakmu."

Desakan doktor itu, akhirnya mencairkan dusta ibu muda itu.

"Suamiku ada membelanya. Namun dia tidak pernah membenarkan anakku menyentuhnya."

"Racun Ular Asap ini mampu membunuh tanpa menyentuh sesiapa pun. Nafasnya sudah cukup beracun."

Ibu muda itu tunduk bersalah. Namun dia tidak mampu melakukan apa-apa. Memiliki Ular Asap merupakan tradisi dan ketagihan untuk suaminya.

"Doktor mampu merawatnya?" ibu itu berharap.

"Dengan, izin Allah. Ku harap kamu dapat meyakinkan suamimu. Sekali kamu sekeluarga memiliki Ular Asap, nyawa kalian dalam bahaya. Jangan mencampakkan dirimu dalam binasa."



Comments

Popular posts from this blog

Kilang Mimpi?

Degupan jantungku semakin reda setelah langkah larianku berubah menjadi langkah yang perlahan. “Penat betul, sudah lama tidak berjoging,” gomelku sendirian. Untuk pulang ke rumah, aku perlu melalui sebuah taman permainan yang berhampiran. Aku mula berjalan melalui kawasan taman permainan. Seorang anak kecil ketawa sakan apabila ibunya menghayunkan buaiannya naik lebih tinggi. Penatku semakin berkurang tatkala mendengar gelak ketawa anak kecil itu. Tiba-tiba aku nyaris tersungkur. Mujur aku sempat mengatur langkah. Jika tidak tersembam mukaku ini pada lantai bata bercorak coklat dan kelabu. Kasut memakan tuan. Tali kasutku nyaris menyerat tuannya sendiri. Jadi aku duduk di sebuah bangku kayu untuk mengikat semula tali kasutku. Dua orang kanak-kanak duduk di sebelahku. Pada mulanya aku tidak ambil peduli pada kanak-kanak, tetapi suara salah seorang kanak-kanak itu membuatkan anak mataku mencuri melihat kanak-kanak itu. “Eh, budak di masjid hari itu,” bisikku. Kanak-kanak itu adalah kanak...

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

Novel Sulungku - Herbalis: Misi Purnama Biru

From HERBALIS Memperkenalkan novel sulungku. Pendapat tentang cover ini?