Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

Memory Terawal

Walaupun kelopak mataku sudah dibuka seluas-luasnya, aku masih merasakan suasana samar di bilik itu. Mungkin kerana hari terlalu pagi ketika aku terjaga. Aku memandang kelibat tua di sisiku. Nenekku yang ku panggil Tuk berada di sisi ku bersama adik yang setahun lebih muda daripada ku. Dia sedang enak tidur di peha nendanya. Aku melarikan pandanganku ke arah satu suara di atas katil. Itu suara tangisan seorang bayi.  Ketika itu aku sedar, aku ditakdirkan tuhan untuk menjadi abang kepada dua adik. Ketika itu aku berusia 3 tahun. Itu memori terawal yang masih terpahat di fikiranku. Anda? Apakah memori terawal anda.

Budak Bawang

From Budak Bawang Pembikinan Budak Bawang