Skip to main content

Tangis Ibu

Air mata itu mampu menghancurkan hati yang keras.

Itu adalah air mata seorang ibu.

Anak remaja itu cerdas orangnya. Bisa mememikirnya sesuatu yang luar biasa. Gemar meneroka. Cepat   menangkap idea.

Namun dia anak remaja yang terdorong bakatnya ke arah lorong hitam.

Kecerdasan fikirannya digunakan untuk membuat perkara salah. Dengan hanya mempelajari teknik kunci dan surat khabar daripada rancangan Macgyver dia mampu memceroboh rumah jirannya.

Dengan mempelajari kunci bernombor 15 mampu membuka kebanyakan pintu, habis semua stor orang lain dicerobohinya. Ada yang berkenan di hati akan diambilnya. Katanya itu habuan kerana kepintaranya dan balasan ke atas kecuaian manusia.

Pernah dia berkali-kali dirotan tetapi selepas beberapa hari. Amaran ayahnya hilang bersama perginya sakit dirotan.

Pernah dilayun getah paip sebaik sahaja  aksi Macgyver menceroboh rumah jiranya diketahui ayahnya. Tetapi masih sama. Dia lupa akan sakit itu berserta nasihat ataupun amaran ayahnya.

Sehinggalah satu hari.

Ketika kaum muslimin berada di Masjid untuk solat jumaat, dia memulakan langkah nakalnya. Misinya menceroboh bilik seni.

Dia berjaya memecah masuk sebuah kelas seni. Kali ini dia tidak bersendirian. Dia bersama adik lelakinya.

Mereka bermain dengan warna-warna pastel. Warna-warna itu membuatkan mereka gembira. Mereka melukis dengan rasa bahagia.

Perkara itu menjadi rahsia dia dan adik lelakinya.

"Ingat jangan beritahu emak. Kalau tidak aku tidak akan bawa kau ikut lagi," ugut anak remaja itu.

Adik kecil itu hanya menganggu setuju. Itu janji anak kecil.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Beberapa hari kemudian, tembelang jenayah aku pecah.

Semua berpunca daripada mulut adik kecil itu. Janji anak kecil memang tidak bernilai.

Mudah sekali rahsia itu terbongkar semua gara-gara adik kecil itu dirotan ibuku kerana pulang dengan pakaian berselut. Adik kecil itu menangis teresak-esak kerana sakit.

Namun dia tidak akan membiarkan dirinya seorang diri menderita. Orang lain patut menderita bersamanya. Orang lain itu adalah aku.

Dia menteriak, "Abang Abu mencuri di sekolah tidak dimarahi pun!"

Saat teriak itu hinggap di cuping telinga ibu itu, rotan di tangannya terlepas dan jatuh ke lantai. Dia memandang wajah aku yang sudah pucat.

"Apa lagi yang mak bagi tidak cukup? Kalau tidak cukup mak carikan lagi."

Teresak-esak ibu itu menangis. Suara itu menyalahkan dirinya. Menyalahkan dirinya kerana gagal mendidik anak remaja itu.

"Maafkan Abu, mak. Abu sumpah tak buat lagi," janji anak remaja itu.

"Abu sumpah tak buat lagi. Abu sumpah. Abu sumpah" rayu anak remaja itu.

Tangisan ibunya meremukkan hatinya. Dia tidak pernah terniat untuk melukakan hatinya.

Ibunya diam dan terus bangun. Rayuan anak remaja itu tidak dihiraukan. Ibu itu masuk ke dalam biliknya.

"Mak, Abu berjanji Abu tidak akan membuat emak menangis kerana kejahatan Abu. Kalau mak hendak menangis biarlah ia tangisan kegembiraan emak," janji sepenuh jiwa anak remaja itu.

Menceroboh kelas seni itu jenayah kecil terakhir dalam hidup anak remaja itu. Janji sepenuh jiwa itu dia  kotakan.

Kecerdasan anugerah tuhan itu dia gunakan ke jalan cahaya. Empat tahun dia menara gading dia hidup dengan janji itu.

Saat dia menerima ijazah kelas pertama. Dia melihat air mata ibunya. Air mata kegembiraan yang dijanjikannya.


Comments

Popular posts from this blog

Kilang Mimpi?

Degupan jantungku semakin reda setelah langkah larianku berubah menjadi langkah yang perlahan. “Penat betul, sudah lama tidak berjoging,” gomelku sendirian. Untuk pulang ke rumah, aku perlu melalui sebuah taman permainan yang berhampiran. Aku mula berjalan melalui kawasan taman permainan. Seorang anak kecil ketawa sakan apabila ibunya menghayunkan buaiannya naik lebih tinggi. Penatku semakin berkurang tatkala mendengar gelak ketawa anak kecil itu. Tiba-tiba aku nyaris tersungkur. Mujur aku sempat mengatur langkah. Jika tidak tersembam mukaku ini pada lantai bata bercorak coklat dan kelabu. Kasut memakan tuan. Tali kasutku nyaris menyerat tuannya sendiri. Jadi aku duduk di sebuah bangku kayu untuk mengikat semula tali kasutku. Dua orang kanak-kanak duduk di sebelahku. Pada mulanya aku tidak ambil peduli pada kanak-kanak, tetapi suara salah seorang kanak-kanak itu membuatkan anak mataku mencuri melihat kanak-kanak itu. “Eh, budak di masjid hari itu,” bisikku. Kanak-kanak itu adalah kanak...

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

Novel Sulungku - Herbalis: Misi Purnama Biru

From HERBALIS Memperkenalkan novel sulungku. Pendapat tentang cover ini?