Skip to main content

Tanam Pokok dan Jimat

Dengan Nama  Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sudah hampir sebulan saya dah isteri saya berkecimpung dalam industri penanaman pandan dan pokok limau kasturi.

Erk. Gurau sahaja.

Sebenarnya saya dan isteri telah membeli sebatang pokok limau kasturi dan menanam pokok pandan di hadapan rumah kami. Setelah sebulan, kami telah mendapat hasilnya, pokok limau kasturi telah membuahkan hasil yang baik dan pandan bertumbuh dengan baik.

Mengapa kami menanam pokok-pokok ini. Sebabnya:

Jimat Masa
Kami tidak perlu ke kedai semata-mata hendak minum air limau ais atau teh limau ais (Sedapnya~). Atau air sirap pandan.

Jimat Wang
Selalunya jika saya ke kedai untuk mendapatkan limau kasturi saya akan membeli dalam beberapa biji (5 atau 6 biji). Tetapi jumlah sebenar yang akan digunakan pada satu-satu masa adalah 2-3 biji dan selebinnya akan disimpan. Entah bila pula, ia akan digunakan.

Menambah Rasa Syukur
Setiap kali saya melihat pokok-pokok itu, sering tercetus rasa syukur dalam dirinya ini. Kagum melihat kebesaran Allah dalam setiap penciptaannya.

Jadi mungkin ini menjadi motivasi untuk semua untuk mencuba menanam sesuatu di kawasan rumah. Tidak perlu kebun atau ladang. Hanya dalam sebuah pasu kita dapat berbakti kepada tanah.

note: Punya impian membela lebah di rumah seperti di Barat.

Comments

Popular posts from this blog

Kilang Mimpi?

Degupan jantungku semakin reda setelah langkah larianku berubah menjadi langkah yang perlahan. “Penat betul, sudah lama tidak berjoging,” gomelku sendirian. Untuk pulang ke rumah, aku perlu melalui sebuah taman permainan yang berhampiran. Aku mula berjalan melalui kawasan taman permainan. Seorang anak kecil ketawa sakan apabila ibunya menghayunkan buaiannya naik lebih tinggi. Penatku semakin berkurang tatkala mendengar gelak ketawa anak kecil itu. Tiba-tiba aku nyaris tersungkur. Mujur aku sempat mengatur langkah. Jika tidak tersembam mukaku ini pada lantai bata bercorak coklat dan kelabu. Kasut memakan tuan. Tali kasutku nyaris menyerat tuannya sendiri. Jadi aku duduk di sebuah bangku kayu untuk mengikat semula tali kasutku. Dua orang kanak-kanak duduk di sebelahku. Pada mulanya aku tidak ambil peduli pada kanak-kanak, tetapi suara salah seorang kanak-kanak itu membuatkan anak mataku mencuri melihat kanak-kanak itu. “Eh, budak di masjid hari itu,” bisikku. Kanak-kanak itu adalah kanak...

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

Novel Sulungku - Herbalis: Misi Purnama Biru

From HERBALIS Memperkenalkan novel sulungku. Pendapat tentang cover ini?