Skip to main content

Kerja Idaman/ Dream Job

Kerja Idaman Saya.

Bunyinya seperti karangan kanak-kanak semasa sekolah rendah. Tetapi hakikatnya, ia adalah sebuah mimpi yang harus kita usahakan. Berikut adalah KERJA IDAMAN saya:


  1. Saya bos kepada syarikat yang saya berkerja
  2. Waktu kerja yang fleksible
  3. Kerja yang sentiasa memotivasikan diri
  4. Memberikan impak kepada orang lain.
  5. Membolehkan saya membaca pelbagai jenis buku dan mengaplikasikannya pada kerja saya.
  6. Kerja yang buat saya gembira.
  7. Menjana pendapatan pasif.
  8. Usaha dihargai.
  9. Menjana pendapatan seorang jutawan.
Saya sedang melangkah ke arah kerja idaman saya ini. Dengan izin Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Kilang Mimpi?

Degupan jantungku semakin reda setelah langkah larianku berubah menjadi langkah yang perlahan. “Penat betul, sudah lama tidak berjoging,” gomelku sendirian. Untuk pulang ke rumah, aku perlu melalui sebuah taman permainan yang berhampiran. Aku mula berjalan melalui kawasan taman permainan. Seorang anak kecil ketawa sakan apabila ibunya menghayunkan buaiannya naik lebih tinggi. Penatku semakin berkurang tatkala mendengar gelak ketawa anak kecil itu. Tiba-tiba aku nyaris tersungkur. Mujur aku sempat mengatur langkah. Jika tidak tersembam mukaku ini pada lantai bata bercorak coklat dan kelabu. Kasut memakan tuan. Tali kasutku nyaris menyerat tuannya sendiri. Jadi aku duduk di sebuah bangku kayu untuk mengikat semula tali kasutku. Dua orang kanak-kanak duduk di sebelahku. Pada mulanya aku tidak ambil peduli pada kanak-kanak, tetapi suara salah seorang kanak-kanak itu membuatkan anak mataku mencuri melihat kanak-kanak itu. “Eh, budak di masjid hari itu,” bisikku. Kanak-kanak itu adalah kanak...

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

Novel Sulungku - Herbalis: Misi Purnama Biru

From HERBALIS Memperkenalkan novel sulungku. Pendapat tentang cover ini?