“Ada barang yang perlu Seroja ambil.”
Malik memberi arah kepada pod tersebut, “Pod, ubah haluan ke Armada Waja. Kami perlu singgah di sana sebentar”
“Arahan diterima. Destinasi persinggahan didaftarkan. Perjalanan ke destinasi baru akan memakan masa lima minit,” balas sistem navigasi pod tersebut.
Ѿ
Sampai sahaja di ruang lobi, seorang gadis menanti di hadapan bangunan Armada Waja.
“Sekejap sahaja ya,” kata Seroja sebelum turun daripada pod itu.
Gadis tadi memberikan seutas gelang kepada Seroja.
“Puan Seroja, ini gelang yang dipinta. Tapi puan rasanya puan tidak perlu benda ini. Perkara itu sudah lama tidak terjadi kepada puan,” kata gadis itu.
“Terima kasih. Aku tahu. Cuma bukankah lebih baik sediakan payung sebelum hujan.”
Dia segera mengenakan gelang itu di pergelangan tangannya. Butang pada gelang tersebut berubah daripada warna merah kepada hijau.
“Alat berjaya diselarikan dengan sistem puan,” kata gadis itu.
Sebuah fail jatuh daripada tangan gadis itu. Dia segera mengumpul kembali kertas-kertas yang bertaburan di lantai. Seroja turut membantu gadis itu.
“Fail ini untuk siapa?” tanya Seroja.
“Abang puan meminta saya menyediakannya untuk pertemuannya dengan Bendahara.”
“Biar saya yang membawa fail ini kepada beliau.”
“Tapi puan. Ini maklumat rahsia syarikat.”
“Tidak mengapa. Aku juga pemilik saham terbesar syarikat ini.”
Seroja berlalu pergi tanpa dapat gadis itu melakukan apa-apa.
“Kenapa aku berasa tidak sedap hati ini,” gadis itu berasa tidak sedap hati.
Dia segera menghubungi ketua eksekutifnya.
“Tuan, Puan Seroja sedang menuju ke bilik tuan.”
Ѿ
Bilik Pengarah Urusan Armada Waja
Fail project sulit dicampak di atas meja seorang lelaki yang menanti kehadiran Seroja.
“Bukankah kita sudah berjanji untuk menghentikan projek ini? Kenapa abang teruskan juga projek ini?”
“Sabar, Seroja. Kanda boleh jelaskan.”
“Berniaga kita orang Melayu mesti bertunjangkan agama berpaksikan etika.”
Sambung Seroja, “Aku akan membawa isu ini dalam dalam pembentangan akta nanti.
DEBU bukan hanya dpt mengesan manusia namun mengubah DNA manusia melalui partikel nano.”
“Apa bezanya dengan teknologi mengesan gelombang otakmu.”
Seroja memandang abangnya “Pengesan gelombang otak bersifat sementara dalam hanya beberapa jam gelombang otak berubah. Tetapi bukan dengan DNA. Ia akan tetap begitu selamanya.”
“Ini boleh dijadikan senjata jika jatuh ke tangan yang salah.”
Abang Seroja mencelah, “Aku hanya melesenkan penggunaan teknologi ini kepada kerajaan kita. Bukankah ini Kerajaan yang rakyat sanjung?”
“Kanda masih tidak belajar daripada masa silam. Berapa banyak kerjaaan merubaah zalim saat mereka berkuasa. Kita tidak tahu masa depan. Kerana yang memimpin kerajaan tu manusia. Bukankah hati manusia itu berbolak-balik.”
Hujah Seroja membuatkan kanda terdiam. Dia mengalihkan pandangannya ke tingkap besar di pejabat.
“Aku akan teruskan jua projek ini. Yang mungkin atau yang tidak pasti aku tidak peduli.
Lagi pun Majlis Bendahara telah pun meluluskan akta ini.”
“Namun belum mendapat restu Majlis Raja-Raja melayu bukan? Akan Seroja tentang kanda habis-habisan di situ.”
Saat bantah si adiknya singgah pada telinga, wajahnya berkerut
Dia tidak menyangka adiknya juga mahir dalam tatacara undang-undang.
Sejora keluar sambil menghempas pintu
Comments
Post a Comment