Skip to main content

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 15

 

Tiba-tiba Hatadi merasakan sesuatu yang sangat aneh. Langit malam dalam sekelip mata berubah menjadi siang. Dia dalam kekeliruan dan soalan wanita tidak menjadi perhatiannya sekarang.

Dia memandang papan tanda. Semuanya yang belum ini ditulis dalam bentuk tulisan rumi berubah kepada tulisan Jawi. Dia mencari bangku untuk duduk. Jantung tiba-tiba berdegup pantas. Titisan peluh memaut-maut pada dahinya.

“Ya Allah. Lindungi hambamu ini,” doanya dalam penuh kecelaruan.

Wanita tadi duduk di sebelahnya. 

“Kenapa tuan?” tanya wanita itu.

“Di mana aku?”

“Kamu di stesen Gombak.”

Mata Hatadi memerhatikan sekeliling. Memang benar seperti yang dikatakan wanita itu. Fizikal kawasan itu seperti stesen Gombak. Tetapi suasananya jauh berbeza. Malam yang dalam sekelip mata menjadi siang. Kelibat manusia-manusia berpakaian aneh menganggu fikirannya. 

“Gombak di Negera Sunda,” wanita itu cuba meleraikan kekusutan Hatadi.

“Negera Sunda?”

Hatadi semakin keliru. Dia mengurut-gurut kepalanya.

“Maaf, aku tidak dapat bercerita panjang dengan kamu di sini. Mari ikut aku dan akanku perjelaskan segalanya dalam perjalanan.”

“Mengapa harus aku mengikutmu? Siapakah kamu yang sebenarnya?”

“Aku Seroja, penyiasat diraja negeri ini. Dan pasukanku memerlukan bantuan kamu.”

Perlahan-lahan Hatadi mencapai begnya lalu merapatkan beg ke arah badannya. Dia menjarakkan dirinya daripada Seroja. 

“Kami benar-benar perlukan bantuanmu, Tuan Hatadi.”

Sekumpulan kanak-kanak berlari berhampiran mereka. Seorang budak perempuan tergolek di hadapan mereka. 


Seroja membantu kanak-kanak itu bangun. Dalam kekalutan itu, Hatadi mengambil peluang itu untuk langkah seribu. Walaupun dia tidak tahu k mana hendak dituju, dia terus berlari asal dapat meninggalkan wanita itu.

“Kenapalah kau perlu menyusahkan aku,” rungut Seroja.

Dia segera mengejar Hatadi. Langkahnya luar biasa pantas. Hatadi yang telah jauh meninggalkanya dengan mudah dikejar. Dia memintas Hatadi dan berhenti di hadapannya.

“Tuan, aku tidak berniat buruk.”

Seperti membuka langkah silat, Hatadi memberi amaran, “Aku tidak mengenali kamu. Kamu tidak boleh memaksa. Jangan ganggu aku.”

Seroja tersenyum melihat langkah silat itu. Dia melangkah menghampiri Hatadi. Setiap tumbukan dan tendangan Hatadi mudah sahaja dipatahnya. 

“Kamu tidak memberi aku banyak peluang.”

Wajah manis Seroja berubah ngeri. Taring panjang muncul dan matanya terbeliak.

“Ikut atau maut,” ugut Seroja.

Rupa Seroja membuatkan Hatadi terkedu.

“Baiklah,” Hatadi menyerah.

Wajah Seroja kembali normal. Wajah itu mengentarkan Hatadi, dia terpaksa akur. 

“Ikut aku, di sana kita berbincang lanjut.”

Tiba di sebuah selekoh. Hatadi mencari peluang melarikan diri lagi.  Dia segera menyambar sebuah basikal yang ditinggalkan tanpa kunci. Bersungguh-sungguh dia mengayuh meninggalkan Seroja. 

“Kita sudah semakin hampir,” Seroja menoleh ke belakang.

Kelibat Hatadi sudah tiada. Nun di hujung lorong dia melihat Hatadi yang bertungkus lumus berkayuh.

“Sekali lagi?”

Seroja melompat ke arah beranda di sebuah bangunan sebelum sampai ke bumbung. Dia mengejar dari aras bumbung. Orang ramai yang berada dalam laluan Hatadi bertempiaran. Hatadi menoleh ke belakang. Kelibat Seroja tidak kelihatan.

“Aku berjaya lolos.”

Tanpa disedarinya Seroja melompat turun daripada atas bangunan. 

“Tuan, aku mohon ...”

Sebelum sempat Seroja berkata sesuatu, Hatadi meloloskan diri buat kali kedua.

Seperti tadi, mudah untuk Hatadi dikejar. Seroja turun ke bawah dan menahan basikal curi Hatadi dengan tanya satu tangan. Impak berhenti mengejut itu menyebabkan Hatadi tersungkur ke tanah.

Tanpa membuang masa, Seroja memukul leher Hatadi untuk memengsankannya. Dengan mudah tubuh Hatadi dipikul Seroja. Ternyata tubuh kecil itu  penuh dengan kekuatan fikizal luar biasa.

Comments

Popular posts from this blog

Kilang Mimpi?

Degupan jantungku semakin reda setelah langkah larianku berubah menjadi langkah yang perlahan. “Penat betul, sudah lama tidak berjoging,” gomelku sendirian. Untuk pulang ke rumah, aku perlu melalui sebuah taman permainan yang berhampiran. Aku mula berjalan melalui kawasan taman permainan. Seorang anak kecil ketawa sakan apabila ibunya menghayunkan buaiannya naik lebih tinggi. Penatku semakin berkurang tatkala mendengar gelak ketawa anak kecil itu. Tiba-tiba aku nyaris tersungkur. Mujur aku sempat mengatur langkah. Jika tidak tersembam mukaku ini pada lantai bata bercorak coklat dan kelabu. Kasut memakan tuan. Tali kasutku nyaris menyerat tuannya sendiri. Jadi aku duduk di sebuah bangku kayu untuk mengikat semula tali kasutku. Dua orang kanak-kanak duduk di sebelahku. Pada mulanya aku tidak ambil peduli pada kanak-kanak, tetapi suara salah seorang kanak-kanak itu membuatkan anak mataku mencuri melihat kanak-kanak itu. “Eh, budak di masjid hari itu,” bisikku. Kanak-kanak itu adalah kanak...

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

Novel Sulungku - Herbalis: Misi Purnama Biru

From HERBALIS Memperkenalkan novel sulungku. Pendapat tentang cover ini?