Skip to main content

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 20

 

Seroja menerima panggilan daripada Pusat Rawatan Melati Putih.

“Puan Seroja, kami mendapati sesuatu yang aneh pada susun atur genetik mangsa pemintal mimpi,” ucap seorang  perawat di hujung talian.

“Hantarkan salinan genetik kepadaku.”

Sebaik sahaja salinan genetik mangsa sampai kepadanya,  dia segera mengarahkan NALURI untuk membuat analisa.

“Bandingkan atur genetik ini dengan gadis yang dalam usia yang hampir sama,” arah Seroja kepada Naluri

“Pelbagai faktor telah diambil kira. Aturan genetuk mereka sentiasa berubah daripada masa ke semasa.”

“Berubah?” Seroja mengerut muka.

“Apa maksudmu? Bukankah aturan genetik manusia kekal selamanya. Itulah identiti manusia.”

“Saya tidak pasti mengapa. Namun sample salinan genetik yang telah dianalisa menunjukkan terdapat bendasing yang tiada dalam database perubatan umum.”

“Tunjukkan aku gambar bendasing itu.”

Sebuah paparan pada skrin hologram menjelma. Sebuah microorganisma nano robotik kelihatan.

Wajah Seroja pucat. Dia mendapatkan kunci motor sikalnya. Dia meninggalkan rakan-rakannya yang tercengang itu.

Dia meluru masuk pejabat abangnya.

“Kau khianat!”

“Apa maksudmu, dinda Seroja?”

“Sudah gaharu cendana pula. Dia mencampak sebuah plat logam ke atas meja.”

Terpancar imej robot nano di ruang udara.

“Kau telah telah membocorkan teknologi ini kepada penjenayah.”

“Penjenayah?” Riak muka kanda Seroja berubah

“Apa maksudmu?”

“Robot nano ini telah dijumpai di dalam tubuh seorang mangsa pemintal mimpi. Robot nano ini telah mengubah genetik mereka.”

“Kanda,  harus bertanggungjawab!”

 

Bilik Misteri, Negara Sunda

Kelibat Urik kelihatan di sebuah bilik yang dipenuhi dengan anak remaja yang terbaring kaku.

Seorang wanita meninggalkan mesin pemintal  apabila melihat Urik.

“Urik, ke sini nak. Ibu berkata sesuatu,” panggil wanita itu.

“Kenapa ibu?” tanya Urik.

“Jangan buat kerja untuk Saktimu lagi, nak. Mari kita larikan diri,” pinta ibu tua itu.

“Tapi, ibu. Dia dewa purba. Hanya dia sahaja mampu mengangkat darjat bangsa kita yang hina ini!”

“Kita boleh menjadi mulia tetapi bukan dengan mengambil nyawa orang lain. Urik, jika benar dia tuhan kepada kita, dia sepatutnya membebaskan diri daripada perhambaan manusia.”

“Ibu ini mesti terikut-ikut cakap orang alim itu. Ibu tahu,  orang yang ibu ikut itu adalah  orang daripada agama yang sama menindas kita.”

“Kita jangan menconteng agama mereka dengan tabiat buruk penganutnya, Urik. Sebahagian besar mereka mengajak kepada kebaikan.”

Wanita itu memegang tangan anaknya.

“Habis kenapa mereka menconteng agama mereka sendiri! Ibu, tidak faham. Hanya dengan cara ini sahaja kita boleh kembali mulia. Ibu tidak ingat bagaimana tanah kita dirampas tanpa pembelaan. Orang-orang kita merempat di tanah sendiri ibu!” Urik meluahkan perasaan marahnya.

Tangan ibunya disentap. Dia meninggalkan ibunya yang sedang menitiskkan air mata.

“Urik, anak ibu.”

Kedengaran bunyi tapak kaki menuju ke bilik itu. Ibu Urik segera mengesat air matanya dan bergegas menyambung tugasnya sebagai pemintal mimpi. Dia memintal sambil bersenandung.

Saktimu menghampiri wanita itu dan bertanya, “Senandung apakah itu?”

“Itu lagu pantun kami, tuan. Buat menghiburkan hati.”


Ѿ

Taman Melati, Negara Malaysia.

Sebuah kereta berhenti di hadapan rumah teres dua tingkat.

“Encik, sudah sampai,” kata pemandu Grab.

Hatadi terjaga daripada tidurnya.

“Sampai di mana?”

“Rumah encik rasanya.”

“Saya dari mana?”

“Balai polis Gombak.”

Dia menyemak aplikasi Grabnya. Tiada tempahan dibuat.

Hatadi berasa keliru. Sebentar tadi dia di tempat lain dalam sekelip mata dia berada di tempat lain pula.

Badannya merasa sakit dan lenguh. Dia meraba kepalanya yang sedang berdenyut. Luka di dahinya masih dibalut rapi. Dia teraba-raba mencari sesuatu. Segulung microfilem berada dalam kocek bajunya.

“Ini semua bukan mimpi?” bisik Hatadi.

“Apa Encik,” tanya pemandu Grab itu yang terdengar bisikan Hatadi itu.

“Maaf, dia apa-apa.. Berapa ya?” kata Hatadi sambil keluar dari kereta.

“Tiga belas ringgit,” kata pemandu Grab itu.

 

Comments

Popular posts from this blog

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

Herbalis: Misi Purnama Biru Sudah Terbit

Baru sebentar tadi aku pergi ke gudang PTS untuk mengambil 10 naskah yang beri secara percuma oleh PTS kepada penulisnya. Alhamdullilah, akhirnya terbit juga novel ini. From HERBALIS From HERBALIS From HERBALIS

Teori Efek Rama-rama (Butterfly Effect Theory)

Menurut teori ini, sesuatu perubahan kecil pada satu pembolehubah boleh memyebabkan perubahan yang ketara pada sesuatu sistem yang kompleks. Teori ini mengatakan pergerakkan kepak rama-rama mampu mengubah atmosfera bumi sehinggakan ia mampu mengubah pergerakan atau kewujudan putting beliung di satu kawasan. Perubahan kecil pada kehidupan akan membawa kesan yang besar pada masa depan, itu yang aku faham jika teori ini dikaitkan dengan kehidupan manusia yang merupakan salah satu sistem yang kompleks di dalam dunia. Tiada siapa mampu untuk meramal dengan tepat pergerakan atau perilaku manusia satu detik ke hadapan. Anda yakin dengan teori ini? Mari kita lihat pada kehidupan kita pada hari ini. Kronologi Senario Terburuk Ekstrem (Kes Curi Selipar) Encik A telah mencuri sepasang sepasang kasut selepas selesai solat Jumaat Pemilik kasut menunggu sehingga semua jemaah pulang dengan harapan dia menjumpai kasutnya semula. Tetapi setelah lama menanti, dia tidak jua menjumpai kasutnya. Pemilik ka