Skip to main content

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 14

 

Sebuah kerusi ditarik keluar daripada meja pejabatnya. Di situ Hatadi banyak menghabiskan masa mengkaji penulisan manuskrip Alam Melayu kerana itu fokus korpus penyelidikan PhDnya. Dia meletakkan sebuah thesis bertajuk “Penggunaan Kepintaraan Buatan dalam Kajian Manuskrip Alam Melayu” ke dalam laci paling atas. Satu bab besar dalam hidupnya telah selesai.

“Alhamdullilah,” bisik hatinya.

Peristiwa menemui manuskrip lama di rumah neneknya sepuluh tahun lalu telah menjadi motivasi kepada dirinya untuk mendalami Alam Melayu.

“Anak muda, bagaimana dengan ujian pengijazah kamu? Pasti mudah bukan.”

“Dr Denai, rupanya. Aku tidak sedar Dr  sudah berada di sini. Sudah lama sampai?”

“Baru sebentar tadi. Maafkan aku kerana masuk tidak berjemput.” 

“Tidak mengapa, pintu bilik ini sentiasa terbuka kepada seorang pakar seperti tuan.”

Lelaki tua itu duduk berhadapan Hatadi.

Dr Denai bertanya, “Di mana peta yang kami ingin tunjukkan kepada aku itu.”

“Sebentar.”

Sebuah tiub simpanan dikeluarkan daripada celah rak. Dia mencabut penutup tiub tersebut dan  meletakkan lembaran peta di atas meja. 

“Pentas Sunda. Antlantis Nusantra,” kata Dr Denai sebaik sahaja melihat cop mohor di bucu peta itu.

Mereka berbual panjang mengenai teori Pentas Sunda adalah Atlantis yang diceritakan Plato. 

“Hatadi, ada orang datang bertemu”

Pertanyaan Dr Denai diganggu dengan ketukan di pintu biliknya.

Jam tangan dibelek Dr Denai. Sudah hampir sejam mereka bertukar-tukar fikiran.

“Aku mohon untuk beredar, ada temu janji lain yang perlu aku penuhi.”

Wajah Professor Shahrinaz di sebalik bingkai kaca.

“Dengan siapa kamu berbicara tadi?” 

“Pakar cop mohor Melayu, Dr Denai. Aku sedang mendapatkan pandangannya bentuk-bentuk mohor yg menunjukkan status sebuah peta.”

“Oh ya. Kenapa professor ke sini?” Hatadi mencari maksud kehadiran Professor Shahrinaz

“Ini surat jemputan kepada kamu untuk mendeklamasi sajak pada Malam Tamadun Melayu.”

“Tapi prof,” Hatadi cuba menolak.

“Sudah. Sudah. Semua ini cadangan pelajar kuliah kamu. Kata mereka lama tidak melihat pensyarah kegemaran mereka beraksi. Apalah ilmu kamu ini. Semasa menjadi pelajar,  kesukaan pensyarah-pensyarah. Jadi pensyarah pun jadi kegilaan. Ilmu pengasih ya?” seloroh Professor Shahrinaz.

“Berdosa itu, prof.” 

Mereka ketawa kecil.

“Baiklah aku tinggalkan kamu dengan kerja-kerja kamu. Hatadi, jangan taksub sangat dengan kajian kamu ini. Luangkan masa bersosial dengan orang di luar lingkup kajian kamu. Lagi pun kamu baru sahaja habis viva. Mungkin perlu ambil masa untuk berehat.”

“Insyaallah, Prof.”

Profesor Shahrinaz keluar dari bilik Hatadi. Wajahnya berubah runsing dan panjang helaan nafasnya. Jarinya menekan abjad. Z.A.M.A.N.

Nombor telefon Professor Zamani muncul dalam senarai paling atas carian dengan kata kunci itu.

"Prof, dia perlu bantuan kamu. Keaadan seperti semakin parah."

“Baiklah, Naz. Nanti aku melawat dia,” jawab Professor Zamani di hujung talian.

Ѿ

Restoran Lemon Grass, Shangri-la Jalan Sultan Ismail. Malaysia.

Hatadi, Professor Shahrinaz, Professor Zamani dan Professor Tania menikmati makan malam. Kepetahan Professor Tania dalam berbahasa melayu melancarkan perbualan mereka. Kepakaran masing-masing menghangatkan perbincangan.

Setelah lama berbual-bual, Professor Zamani bertanya kepada Professor Tania.

“Apakah berita baik itu?”

“Hahaha. Maaf, keseronokan berbual dalam bahasa Melayu membuatkan aku terlupa akan perkara ini. Sebenarnya, aku sedang mengumpul pasukan penyelidik untuk mendirikan sebuah Pusat Tamadun Melayu di universiti kami. Institute of Oriental Studies, Russian Academy of Sciences. Dan aku ingin menyemput kamu, Hatadi, untuk menyertai pasukan kami. Bagaimana?”

“Peluang ini Hatadi,” Profesor Shahrinaz menyuntik semangat.

“Terima kasih Dr Tania. Saya berharap diberi masa sedikit untuk mempertimbangkannya.”

Hati Hatadi berasa teruja dengan pelawaan itu. Namun beberapa perkara menjadi pertimbangan sebelum bersetuju.

“Sudah pasti. Ambil masamu. Tulus daripada hatiku, aku memerlukan orang berbakat sepertimu di pusat kami.”

Ѿ

Jam tangan dibeleknya. Hampir jam 11.30 malam.

“Alamak, tren terakhir,” rungut Hatadi.

Segera Hatadi menukar langkahnya menjadi larian pantas. Anak tangga yang curam tidak dipedulikannya. Larianya semakin pantas di cerun tangga itu. Kad Rapidkl pelajar disentuh pada mesin pengimbas. Dia meluru masuk sebaik sahaja pintu pagar dibuka. Dia bernafas singkat kerana keletihan. Kelekaaan menyambung semula kerja di bilik penyelidikannya selepas makan malam hampir membuatkan dia terlepas pengangkutan utamanya malam itu.

Screen LED di stesen menunjukkan barisan perkataan berwarna merah dan bergerak daripada arah kiri ke kanan.

“Tren seterusnya akan tiba dalam masa 2 minit”

“Nasib baik sempat,”  bisik syukur Hatadi.

Stesen Dang Wangi sunyi ketika itu. Hanya beberapa orang sedang menanti tren menuju ke arah Gombak. Bilangan orang yang menuju ke arah Putra Height tidak kurang banyaknya.

Dalam dua minit yang dijanjikan, tren empat koc muncul. Jumlah yang berada dalam koc itu juga tidak banyak. Hatadi mengambil tempat di gerabak paling akhir kerana gemar melihat pemandangan cermin belakang. Pemandangan sebuah tren meninggalkan stesen-stesen. Dia merasa seperti dapat melihat masa lalu dari sudut itu. Usai jemarinya menghitung biji tasbih bersama zikirnya,  fon telinga dipasang pasang kemas ke cuping telinganya. Senarai lagu bertajuk “Puisi Malique dan M Nasir” dipilihnya. “Mantera Beradu” mendahului senarai itu. Lagu itu membawa fikirannya jauh dalam keindahan rap dan puisi.


Ѿ

Sedikit demi sedikit penumpang meninggal stesen. Sebelas stesen perlu dikunjungi koc aliran Kelana Jaya sebelum Hatadi sampai di stesen terakhir, Stesen Gombak. Hanya beberapa orang yang masih tinggal apabila tren menghampiri stesen terakhir itu. Seorang wanita di lewat tiga puluhan memberikan senyum kepada Hatadi tatkala dia terpandangnya. Senyuman itu dibalas kembali olehnya. 

“Stesen seterusnya Gombak. Ini adalah stesen terakhir,” pengumuman di corong pembesar suara.

Tabletnya dipadamkan, lalu dimasukan dalam beg galasnya. Hatadi sedia mengalas begnya dan menanti di hadapan pintu gerabak. Wanita tadi turut bangun dan berdiri berhampiranya. Dalam beberapa saat, pintu gerabak terbuka dan Hatadi melangkah keluar.

“Tuan Hatadi,” panggil wanita tadi.

Tetapi panggilan itu disedari Hatadi yang sedang asyik menghayati “Ghazal untuk Rabiah.”

“Tuan,” kata wanita itu sambil menepuk bahu Hatadi.

“Ya?” dia menoleh ke belakang. Hatadi menyedari pancaran berwarna kuning keluar daripada celah jari tangan kiri wanita itu.

Fon telinga ditanggalkannya dan dibiarkan bergantung di batang lehernya.

“Tuan Hadwan Hatadi?” wanita itu mencari kepastian.

“Aku adalah orangnya. Kenapa ya?”

“Kami memerlukan bantuanmu untuk menyelesaikan satu kes?”

Comments

Popular posts from this blog

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

Herbalis: Misi Purnama Biru Sudah Terbit

Baru sebentar tadi aku pergi ke gudang PTS untuk mengambil 10 naskah yang beri secara percuma oleh PTS kepada penulisnya. Alhamdullilah, akhirnya terbit juga novel ini. From HERBALIS From HERBALIS From HERBALIS

Teori Efek Rama-rama (Butterfly Effect Theory)

Menurut teori ini, sesuatu perubahan kecil pada satu pembolehubah boleh memyebabkan perubahan yang ketara pada sesuatu sistem yang kompleks. Teori ini mengatakan pergerakkan kepak rama-rama mampu mengubah atmosfera bumi sehinggakan ia mampu mengubah pergerakan atau kewujudan putting beliung di satu kawasan. Perubahan kecil pada kehidupan akan membawa kesan yang besar pada masa depan, itu yang aku faham jika teori ini dikaitkan dengan kehidupan manusia yang merupakan salah satu sistem yang kompleks di dalam dunia. Tiada siapa mampu untuk meramal dengan tepat pergerakan atau perilaku manusia satu detik ke hadapan. Anda yakin dengan teori ini? Mari kita lihat pada kehidupan kita pada hari ini. Kronologi Senario Terburuk Ekstrem (Kes Curi Selipar) Encik A telah mencuri sepasang sepasang kasut selepas selesai solat Jumaat Pemilik kasut menunggu sehingga semua jemaah pulang dengan harapan dia menjumpai kasutnya semula. Tetapi setelah lama menanti, dia tidak jua menjumpai kasutnya. Pemilik ka