Skip to main content

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 13

 

Universiti Kuala Lumpur. Malaysia.

Seorang pemuda dengan rambut kurang terurus membentangkan sesuatu kepada barisan panel di hadapannya. Mereka kelihatan serius menghadam pembentangan itu. 

“Apakah tambah nilai penyelidikan kamu yang menjadikan kajian penyumbang kepada pengetahuan semasa?” tanya wanita salah seorang panel itu. Daripada sebutannya, pemuda itu dapat meneka wanita itu daripada Rusia.

“Terima kasih, Dr Tania. Majority maklumat sejarah tentang orang Melayu telah ditulis ole oreientalis barat dengan bermatlamat merendahkan harga diri bangsa yang dijajah mereka. Kajian saya memberi alat kepada kita melihat bagaimana sejarah orang Melayu  khususnya direkod. Ia memberi penyelidik akan datang untuk mengunakannya untuk rujuk silang untuk membolehkan mereka mendapatkan penenuman baru sejarah.”

 “Boleh kamu terangkan lebih lanjut?” seorang panel mencelah

“Cara orang Melayu mewariskan sejarah pada zaman sila tidak seperti orang barat menulis sejarah. Orang Melayu mengunakan hikayat dan lagenda untuk menurunkan maklumat penting sejarah kepada generasi seterusnya. Sebagai contoh, Hikayat Raja Bersiong merakam ketamadunan yang wujud di Kota Kuala Muda, Kedah. Tamadun yang wujud jauh lebih lama daripada Kesultanan Melayu Melaka.”

Hatadi menukar hamparan projektor kepada gambar sebuah gambar petra.

“Penemuan baru yang berjaya ditemui melalui kajian saya, seperti istana lama dan terowong bawah tanah daripada Kota Kuala Muda ke Bukit Meriam hanya menjadi kenyataan melalui kajian terhadap manuskrip yang dikata hanya sebuah hikayat.”

“Jadi, anda mendapati manuskrip orentalis sesuatu yang tidak boleh digunakan sebagai bahan sejarah bangsa Melayu?” soalan kedua daripada professor Rusia itu berbaur provokasi.

“Saya tidak mengatakan  demikian. Manuskrip-manuskip tersebut mempunyai kekuatan daripada segi pemetaan geografi dan garis masa. Maklumat-makluma ini sangat penting dalam kajian berbentuk rujuk silang.”

Panel daripada Russian itu mengangguk setuju, kagum dengan keyakinan dan kepetahan pemuda mempertahanakan hujahnya.

“Jika tiada sebarang pertanyaan lagi, saya ingin meminta Encik Hatadi untuk meninggalkan bilik ini untuk kita berbincang dalam masa 10 minit,” tanya Dr Tania kepada rakan panelnya. Semua mengeleng tanda tiada. Dr Tania mencatatkan sesuatu pada kertas penilaian di meja.

Pemuda itu memohon untuk mengudur diri. Jantungnya yang tadi berdegup kuat dan pantas kini kembali normal. Bagai sebuah batu gergasi dicampaknya jauh-jauh. 

“Bantu kami. Kami dalam bahaya..”

Hatadi menoleh ke arah bisikan itu.

Tiada sesiapa di ruang legar pada ketika itu.

Ѿ

Sepuluh minit telah berlalu. Pemuda itu masih tidak dijemput masuk.

Seorang wanita  dan seorang lelaki yang usianya menjangkau separuh abad duduk di sebelah pemuda tadi.

“Bagaimana dengan viva voce tadi. Lancar?” tanya wanita itu sambil mengangkat ibu jarinya.

“Alhamdulilah Prof. Shahrinaz dan Prof. Zamani. Lancar,” terbit sekuntum senyuman pada wajahnya. 

“Jadi jika kamu lulus. Ke mana rancangan kamu? Post doc atau bekerja dahulu?” tanya Professor Shahrinaz.

“Sambung terus rasanya Tetapi saya masih belum menetapkan ke mana hendak sambung. Tengok rezeki prof.”

“Encik, perlu masuk semula,” panggil seorang gadis daripada bilik peperiksaan.

Pemuda itu dipanggil masuk semula. Professor Shahrinaz dan Professor Zamani mengiringnya masuk.

Jantungnya kembali dipalu kuat. Mata-mata serius memerhati pemuda itu masuk.

“Tahniah Dr Hatadi. Kamu lulus dengan pembetulan kecil,” kata Dr Tania dalam berbahasa Melayu baku yang fasih..

Terdetik kagum dalam hati Hatadi terhadap wanita itu.

“Terima kasih. Terima kasih,” ucap Hatadi berkali-kali 

Dia memeluk erat Profesor Zamani dan hampir sahaja memeluk Professor Shahrinaz. Mujur Hatadi masih dapat mengawal kegembiraannya.

“Terima kasih prof. Saya tak boleh lakukan tanpa selian professor berdua.”

Prof Shahrinaza berkata, “Ini usaha kamu. Dan doa-doa orang penting dalam hidup kamu.”

“Adakah saya boleh bertemu dengan kalian bertiga semasa tengahari. Mungkin kita boleh makan bersama. Saya ada satu berit baik buat kamu, Dr Hatadi,” Dr Tania mencelah.

“Maaf, Dr. Tengahari ini saya ada temujanji dengan sahabat saya. Mungkin semasa makan malam?”

“Jadi malam ini, ya?” Dr Tania  meminta kepastian.

“Ya, Dr.”

Orang penting yang disebut Profesor Shahrinaz mengingatkan Hatadi kepada nenek dan datuknya di Kota Kuala Muda, Kedah.

Pantas jari-jemari Hatadi menghentam skrin telefon bimbitnya. Tona deringan kedengaran hanya beberapa saat sebelum panggilan diangkat. 

“Tok Wan. Tuk. Hatadi lulus.”

“Alhamdullilah. Alhamdullilah.  Akhirnya kamu berjaya cucu.. Tuk dan Tuk Wan sangat bersyukur..”

Comments

Popular posts from this blog

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

Herbalis: Misi Purnama Biru Sudah Terbit

Baru sebentar tadi aku pergi ke gudang PTS untuk mengambil 10 naskah yang beri secara percuma oleh PTS kepada penulisnya. Alhamdullilah, akhirnya terbit juga novel ini. From HERBALIS From HERBALIS From HERBALIS

Teori Efek Rama-rama (Butterfly Effect Theory)

Menurut teori ini, sesuatu perubahan kecil pada satu pembolehubah boleh memyebabkan perubahan yang ketara pada sesuatu sistem yang kompleks. Teori ini mengatakan pergerakkan kepak rama-rama mampu mengubah atmosfera bumi sehinggakan ia mampu mengubah pergerakan atau kewujudan putting beliung di satu kawasan. Perubahan kecil pada kehidupan akan membawa kesan yang besar pada masa depan, itu yang aku faham jika teori ini dikaitkan dengan kehidupan manusia yang merupakan salah satu sistem yang kompleks di dalam dunia. Tiada siapa mampu untuk meramal dengan tepat pergerakan atau perilaku manusia satu detik ke hadapan. Anda yakin dengan teori ini? Mari kita lihat pada kehidupan kita pada hari ini. Kronologi Senario Terburuk Ekstrem (Kes Curi Selipar) Encik A telah mencuri sepasang sepasang kasut selepas selesai solat Jumaat Pemilik kasut menunggu sehingga semua jemaah pulang dengan harapan dia menjumpai kasutnya semula. Tetapi setelah lama menanti, dia tidak jua menjumpai kasutnya. Pemilik ka