Skip to main content

Kilang Mimpi?

Degupan jantungku semakin reda setelah langkah larianku berubah menjadi langkah yang perlahan.

“Penat betul, sudah lama tidak berjoging,” gomelku sendirian.

Untuk pulang ke rumah, aku perlu melalui sebuah taman permainan yang berhampiran. Aku mula berjalan melalui kawasan taman permainan. Seorang anak kecil ketawa sakan apabila ibunya menghayunkan buaiannya naik lebih tinggi. Penatku semakin berkurang tatkala mendengar gelak ketawa anak kecil itu.

Tiba-tiba aku nyaris tersungkur. Mujur aku sempat mengatur langkah. Jika tidak tersembam mukaku ini pada lantai bata bercorak coklat dan kelabu. Kasut memakan tuan. Tali kasutku nyaris menyerat tuannya sendiri. Jadi aku duduk di sebuah bangku kayu untuk mengikat semula tali kasutku.

Dua orang kanak-kanak duduk di sebelahku. Pada mulanya aku tidak ambil peduli pada kanak-kanak, tetapi suara salah seorang kanak-kanak itu membuatkan anak mataku mencuri melihat kanak-kanak itu.

“Eh, budak di masjid hari itu,” bisikku. Kanak-kanak itu adalah kanak-kanak berjubah putih yang ku temui di surau hari itu.
“Lee, kamu pernah sampai ke kilang mimpi?” tanya kanak-kanak itu kepada rakannya, seorang kanak-kanak berbangsa Cina yang berkaca mata.

“Kilang Mimpi! Kilang apa ini?” aku berbisik lagi.

Balas rakannya, “Kilang Roti Mimpi sebelah stesen PETRONAS itukah?”

“Bukan kilang itu, kilang yang lainlah.”

“Habis, kilang yang mana ini?”

“Entah, ayah saya kata kilang ini sangat besar dan sangat banyak. Ayah saya kata nanti dia akan bawakan saya di sana.”

Aku sebenarnya mencuri dengar perbualan kanak-kanak ini.

Sambil menarik bucu bajuku yang perlu, kanak-kanak itu bertanya,“Abang, pernah pergi ke Kilang Mimpi?”
“Erm, kilang mimpi? Boleh tolong gambarkan sedikit?” pintaku.

“Ayah kata kilang ini sangat-sangat besar dan sangat banyak.”

Soalku, “Berapa banyak?”

“Sebanyak manusia di bumi.”

Aku tertekan air liur mendengar jawapan kanak-kanak itu. Pelik benar jawapannya.

“Kilang itu hasilkan apa?”

“Macam-macam ada. Ayah adik beritahu adik, produk utama mereka adalah IMPIAN yang manis dan ANGAN-ANGAN yang masin.”

Jawapan kanak-kanak itu bertambah pelik.

“Macam mana kilang itu hasilkan benda-benda itu?”

“Ayah kata, kalau hendak buat angan-angan senang. Ambil sedikit MIMPI selepas itu peramkan sahaja selama beberapa ketika.”

“Berapa lama?”

“Selama mana yang abang suka.”

“Kalau hendak buat Impian?”

“Kalau hendak buat IMPIAN ini leceh sikit. Bahan-bahannya sama seperti angan-angan cuma perlu tambah USAHA. Lepas itu, kita kena guna api jenis “SEMANGAT” yang konsisten untuk bakarnya. Apabila sampai masanya jadilah IMPIAN jenis KEJAYAAN.”

“Oooooo. Sebelum abang terlupa, nama adik ini siapa?,” kataku sambil memuncungkan mulutku.

“Nama adik Muhammad Hasbi. Boleh panggil Hasbi,” balas kanak-kanak itu.

“Allahhu Akbar, Allahhu Akbar,” azan berkumandangan.

Dalam tidak sedar, hari sudah senja. Tidak sangka perbualanku dengan kanak-kanak itu membawa aku sehingga ke senja.

“Abang tidak mahu ke suraukah?”
“Abang balik dulu,” aku segera bangun untuk berangkat pulang.

Hasbi dan rakannya turut beredar. Kami berpisah di sebuah cabang. Aku melangkah beberapa tapak ke hadapan. Apabila aku menoleh ke belakang, Hasbi dan rakannya tidak lagi kelihatan seperti malam kali pertama kami bertemu.

Comments

  1. haha, dua kali tuh bulah..mcm men sorok2 laks.
    mmg betul ke ko x nmpk pas ko dlm perjalanan balik tuh ek?

    dari apa yg aku baca, budak tuh mcm berpengetahuan agak tinggi. mgkn ayah dia bagus mengajar anak dia tentang islam dan kehidupan ini.

    ReplyDelete
  2. bull~cite btol ker nih? meremang bulu roma aku bace cite ko nih..
    baguih tol dak nih kan...highly-educated...cerdik..ni bdk btol2 kan?

    ReplyDelete
  3. gajahchan

    Entahlah, mungkin budak itu sorok belakang pokok..

    int@n

    Budak betul kot. Harap ini budak betul >_<. Seram~~~

    ReplyDelete
  4. Wah, mcm cerpen rekaan pulak aku baca. Bijak la budak tuh. Tapi macam khayalan pun ada kan?

    ReplyDelete
  5. nadxoxo

    betul-betul

    riezal

    Selamat datang En. Riezal. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  6. biar benar ada budak berjubah putih. saya rasa curiga dengan cerita saudara ni.

    ReplyDelete
  7. rasanya..mmg khayalan. hik.hik

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

Herbalis: Misi Purnama Biru Sudah Terbit

Baru sebentar tadi aku pergi ke gudang PTS untuk mengambil 10 naskah yang beri secara percuma oleh PTS kepada penulisnya. Alhamdullilah, akhirnya terbit juga novel ini. From HERBALIS From HERBALIS From HERBALIS

Teori Efek Rama-rama (Butterfly Effect Theory)

Menurut teori ini, sesuatu perubahan kecil pada satu pembolehubah boleh memyebabkan perubahan yang ketara pada sesuatu sistem yang kompleks. Teori ini mengatakan pergerakkan kepak rama-rama mampu mengubah atmosfera bumi sehinggakan ia mampu mengubah pergerakan atau kewujudan putting beliung di satu kawasan. Perubahan kecil pada kehidupan akan membawa kesan yang besar pada masa depan, itu yang aku faham jika teori ini dikaitkan dengan kehidupan manusia yang merupakan salah satu sistem yang kompleks di dalam dunia. Tiada siapa mampu untuk meramal dengan tepat pergerakan atau perilaku manusia satu detik ke hadapan. Anda yakin dengan teori ini? Mari kita lihat pada kehidupan kita pada hari ini. Kronologi Senario Terburuk Ekstrem (Kes Curi Selipar) Encik A telah mencuri sepasang sepasang kasut selepas selesai solat Jumaat Pemilik kasut menunggu sehingga semua jemaah pulang dengan harapan dia menjumpai kasutnya semula. Tetapi setelah lama menanti, dia tidak jua menjumpai kasutnya. Pemilik ka