Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Sastera

Pembela Ular Asap

Pada suatu hari, tinggal seorang doktor yang sangat baik hati. Setiap hari dia membantu penduduk kampung tanpa mengenakan sebarang  upah. Namun kerana kebaikan hatinya, dia hidup senang dan bahagia kerana penduduk kampung selalu memberi hadiah kepadanya sebagai tanda terima kasih. Suatu petang, doktor itu didatangi oleh seorang ibu yang menangis teresak-esak. Di pangkuannya seorang anak kecil yang tenat.  Nafas anak kecil itu singkat dan perlahan. Segera dia memeriksa nadi anak itu. "Ada sesiapa yang membela Ular Asap di kalangan keluargamu?" tanya doktor itu. Ibu itu teragak-agak mengelengkan kepala. "Ibu muda, usah berdusta. Jika kamu tidak mengatakan kebenaran aku tidak dapat menyelamatkan anakmu." Desakan doktor itu, akhirnya mencairkan dusta ibu muda itu. "Suamiku ada membelanya. Namun dia tidak pernah membenarkan anakku menyentuhnya." "Racun Ular Asap ini mampu membunuh tanpa menyentuh sesiapa pun. Nafasnya sudah cukup beracun." Ibu muda it...

Negeri 10 Terakhir

Semalam, perjalananku membawa aku ke sebuah negeri yang asing kepadaku. Di pintu gerbang masuk negeri kelihatan seorang pemuda yang segak lagi kacak mesra menyambut pengembara-pengembara yang datang ke negeri itu. Aku menghampiri pemuda yang memiliki senyuman masih itu, lalu aku bertanya, "Saudara, apakah nama negeri ini?" "Wahai pengembara yang mulia, negeri ini namanya Negeri Sepuluh Terakhir. Tentu ini kali pertama saudara ke negeri ini?" tanya pemuda itu ringkas. Aku mengangguk mengiakan telahan pemuda itu. "Terima kasih, saudara," ucapku sambil mengalas kembali begku. Beberapa langkah aku meninggalkan pemuda itu, aku terdengar namaku dipanggil. "Saudara Hasbullah," panggil suara itu. Segera aku menoleh ke arah suara itu. Rupa-rupanya suara itu datangnya daripada pemuda tadi. Tapi aku berasa aneh kerana aku tidak pernah memperkenalkan namaku kepadanya. "Ya, mengapa saudara?" tanyaku kepadanya. "Saudara tidak ingin mengambil kes...

Manuskrip Novel Kedua

Segala puji untuk Allah. Alhamdulillah, ahad yang lalu aku  akhirnya berjaya menyiapkan manuskrip kedua untuk siri Herbalis dan menghantarnya kepada tuan editor, Tuan Syafiq. Pelbagai cabaran yang aku hadapi sepanjang menulis manuskrip ini. Cabaran membahagikan masa untuk menulis dalam keadaan menjadi seorang bapa yang baru. Aku masih merangkak untuk membiasakan diri dalam situasi yang baru ini. Beberapa bulan yang lalu  rumahku telah dipecah masuk. Komputer ribaku dan kameraku telah lesap. Kerana itu aku terpaksa merempuh tarikh akhir penghantaran yang sepatutnya berakhir pada bulan Julai yang lalu. Maafkan saya, tuan editor. Insyallah, selepas berehat selama sebelum, aku akan menulis pula untuk novel ketiga.

Karya

Karya itu susunan kata kata itu adalah bata yang harus diatur dan harus diukur agar tidak gugur jatuh tersungkur Taman cemerlang (2010)

Herbalis: Misi Purnama Biru Sudah Terbit

Baru sebentar tadi aku pergi ke gudang PTS untuk mengambil 10 naskah yang beri secara percuma oleh PTS kepada penulisnya. Alhamdullilah, akhirnya terbit juga novel ini. From HERBALIS From HERBALIS From HERBALIS

Tandus

Petang senja yang sunyi dan tenang. Beberapa orang anak-anak kecil  riang bermain teng-teng di sebuah tanah lapang. Salah seorang daripada sedang memulakan gilirannya dengan mencampakkan seketul batu pada petak pertama. Aku duduk di seketul batu serpihan bangunan sambil memerhatikan mereka. Hati ini  terhibur melihat gelak ketawa riang anak-anak kecil itu. Tiba-tiba langit bumi berubah redup. Ada sesuatu di langit menghalang sinaran Sang Suria. Bunyi angin deras terus memukul-mukul cuping telingaku. Aku mendongak ke atas. "Ya, Allah," perkataan yang mampuku ungkap ketika itu. Sebuah helikopter hitam sedang berlegar di atas kepalaku. Ia mula turun ke bawah. Turunnya tidak kosong, turunnya  helikopter itu berserta beratus-ratus peluru. Batu-batu kecil berterbangan dan berkecai dibedil peluru gila daripada helikopter hitam itu. Dinding-dinding tembok mudah diratah peluru-peluru gila itu. Teriakku, "Lari, pasukan tentara musuh!!!" Aku berlari pantas. Anak-anak kecil tad...