Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Herbalis

Herbalis III: Jantung Perak - 1

Kota Hadwan - 4000 SP Berorangan di dalam makmalnya, Hasbi berusaha keras untuk memutar kembali memori silamnya. Cuba untuk mencari saki baki memorinya yang mungkin masih tersisa. Dia membelek-belek helaian buku-bukunya.  Melihat lukisan dan puisi di dinding biliknya. Namun masih tidak berhasil. Penawar Bunga Purnama Biru hanya dapat memulih fizikalnyanya tidak ingatnya. "Abang Hasbi, sudah dijamah makan makanan tengahharinya?" Syaidullah muncul di muka pintu. "Abang tidak lapar adikku." "Makan sedikit abang. Buat tenagamu." Pinggan nasi didekatkan Syaid kepada abangnya.

Herbalis: Tujuh Remaja Sakti bakal terbit

Novel keduaku bakal terbit. Alhamdullilah.

Kata Ibu

“Kata ibu, Angin itu tidak bisu, Ia berbicara tidak jemu, Ia sering merindu, Pada insan tahu, Tuhan itu hanyalah satu. Pesan ibu, Tanah itu bisa rasa Dosa-dosa manusia, Yang sering lupa dan alpa. Doa Ibu, Kita hidup dalam syukur, Tidak bangga juga kufur, Bicara kita setia jujur.” petikan teks daripada novel Herbalis II

Manuskrip Novel Kedua

Segala puji untuk Allah. Alhamdulillah, ahad yang lalu aku  akhirnya berjaya menyiapkan manuskrip kedua untuk siri Herbalis dan menghantarnya kepada tuan editor, Tuan Syafiq. Pelbagai cabaran yang aku hadapi sepanjang menulis manuskrip ini. Cabaran membahagikan masa untuk menulis dalam keadaan menjadi seorang bapa yang baru. Aku masih merangkak untuk membiasakan diri dalam situasi yang baru ini. Beberapa bulan yang lalu  rumahku telah dipecah masuk. Komputer ribaku dan kameraku telah lesap. Kerana itu aku terpaksa merempuh tarikh akhir penghantaran yang sepatutnya berakhir pada bulan Julai yang lalu. Maafkan saya, tuan editor. Insyallah, selepas berehat selama sebelum, aku akan menulis pula untuk novel ketiga.

PBAKL - Pengalaman Berharga

Pada 21-March-2010 yang lalu, aku berkunjung ke PBAKL atas jemputan penerbit buku aku, PTS Fortuna. Gembira sangat tatkala melihat ada beberapa remaja lelaki menyambar bukuku. sumber gambar:  http://www.facebook.com/bukupts?ref=mf

Herbalis: Misi Purnama Biru Sudah Terbit

Baru sebentar tadi aku pergi ke gudang PTS untuk mengambil 10 naskah yang beri secara percuma oleh PTS kepada penulisnya. Alhamdullilah, akhirnya terbit juga novel ini. From HERBALIS From HERBALIS From HERBALIS

Novel Sulungku - Herbalis: Misi Purnama Biru

From HERBALIS Memperkenalkan novel sulungku. Pendapat tentang cover ini?