Skip to main content

Manuskrip Novel Kedua

Segala puji untuk Allah.

Alhamdulillah, ahad yang lalu aku  akhirnya berjaya menyiapkan manuskrip kedua untuk siri Herbalis dan menghantarnya kepada tuan editor, Tuan Syafiq. Pelbagai cabaran yang aku hadapi sepanjang menulis manuskrip ini. Cabaran membahagikan masa untuk menulis dalam keadaan menjadi seorang bapa yang baru. Aku masih merangkak untuk membiasakan diri dalam situasi yang baru ini.

Beberapa bulan yang lalu  rumahku telah dipecah masuk. Komputer ribaku dan kameraku telah lesap. Kerana itu aku terpaksa merempuh tarikh akhir penghantaran yang sepatutnya berakhir pada bulan Julai yang lalu. Maafkan saya, tuan editor.

Insyallah, selepas berehat selama sebelum, aku akan menulis pula untuk novel ketiga.

Comments

  1. Wah, sudah menghantar manuskrip kedua?
    Hebat!

    Tahniah, tuan!

    ReplyDelete
  2. Masya-Allah! buku herbalis dalam misi purnama biru memang hebat! sy menanti siri kedua tuan!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kilang Mimpi?

Degupan jantungku semakin reda setelah langkah larianku berubah menjadi langkah yang perlahan. “Penat betul, sudah lama tidak berjoging,” gomelku sendirian. Untuk pulang ke rumah, aku perlu melalui sebuah taman permainan yang berhampiran. Aku mula berjalan melalui kawasan taman permainan. Seorang anak kecil ketawa sakan apabila ibunya menghayunkan buaiannya naik lebih tinggi. Penatku semakin berkurang tatkala mendengar gelak ketawa anak kecil itu. Tiba-tiba aku nyaris tersungkur. Mujur aku sempat mengatur langkah. Jika tidak tersembam mukaku ini pada lantai bata bercorak coklat dan kelabu. Kasut memakan tuan. Tali kasutku nyaris menyerat tuannya sendiri. Jadi aku duduk di sebuah bangku kayu untuk mengikat semula tali kasutku. Dua orang kanak-kanak duduk di sebelahku. Pada mulanya aku tidak ambil peduli pada kanak-kanak, tetapi suara salah seorang kanak-kanak itu membuatkan anak mataku mencuri melihat kanak-kanak itu. “Eh, budak di masjid hari itu,” bisikku. Kanak-kanak itu adalah kanak...

Watemark Baru

Setelah beberapa jam mengodek ruang internet akhirnya saya berjaya menyiapkan brush watermark saya dengan mengunakan applikasi sumber terbuka GIMP Insyaallah selepas ini semua gambar milik saya akan disertakan dengan watermark baru saya ini.

Novel Sulungku - Herbalis: Misi Purnama Biru

From HERBALIS Memperkenalkan novel sulungku. Pendapat tentang cover ini?