Dua software ini merupakan alat yang ampuh pada tahun Covid-19 melanda. Saya menggunakkan dua software ini dua syarikat berbeza. Jadi perubahan daripada Slack kepada Teams adalah mudah kerana masing-masing mempunyai fungsi yang hampir sama. Saya merasakan jika ada lagi malapetaka/ujian/cabaran seperti ini Covid19 ini berlaku lagi. Syarikat sudah seharusnya memulakan pelaburan dalam teknologi kerjasama/kolaborasi demi menjamin kelangsungan syarikat. Bersandarkan pengalaman saya berikut adalah kebaikkan teknologi kerjasama ini Tidak perlu melabur dalam line telefon lagi. Ada sebuah laptop dan capaian internet kakitangan sudah dapat saling berhubung bila-bila masa dan di mana sahaja. Maklumat perbincangan berada dalam satu tempat. Berbincang menggunakan chat dan berkongsi fail dalam medium ini memudahkan anda menggali semula maklumat tersebut dengan hanya menggunakan fungsi carian(search). Integrasi/Gabungan sistem dapat dilakukan. Ada pesanan yang baru masuk? Siste...