“Aku sudah menjalankan tugasku. Aku memohon kalian menghantar aku pulang. Rasanya sudah seharian aku berada di sini. Gusar sahabat-sahabat akan risau kerana aku pergi tanpa sebarang perkhabaran.” “Hanya tuhan sahaja mampu membalas baktimu, Hatadi. Dan kami berjanji akan menghantarmu pulang sebentar nanti. Tetapi sebelum itu, aku ingin menjemputmu ke rumahku. Ada sesuatu yang ingin aku berikan kepada kamu,” ujar Malik. “Tidak perlu, Malik. Tidak perlu sebarang ganjaran,” Hatadi menolak pelawaan itu. “Tetapi aku akan melanggar amanah Dr Denai jika tidak dapat memberikan kamu barang itu.” Seroja kelihatan cuba meninggalkan bilik saat suaminya dan Hatadi berbual. Malik bertanya, “Seroja mahu ke mana?” “Tempat biasa, abang,” balas Seroja. “Tetapi tetamu kita ini perlu pulang segera.” Hatadi mencelah, “Tidak mengapa, aku boleh meluangkan masa lagi di sini.” Mereka dibawa Seroja ke bilik rawatan kanak-kanak. Kanak-kanak di situ gembira dengan kehadiran Seroja. “Ibu Seroja!” panggi...
Salam En. Hasbullah.
ReplyDeleteTahniah. Saya baru sahaja habis membaca novel ini yg telah dibeli hampir setahun. baru skg ada masa terluang utk membacanya. Jalan cerita yg sangat menarik dan pelbagai idea2 seni mempertahankan diri yg sgt hebat. Saya benar2 teruja membaca cerita ini.
Tetapi ada byk kesalahan editor yg tidak sepatutnya dpt dikesan oleh pembaca terdapat dlm novel ini. Salah nama yg digunakan membuatkan saya terpaksa ulang semula pembacaan ....
Ada juga byk kejadian2 yg tidak di terangkan dgn jelas membuatkan saya anti climax.
Cthnya setelah Syaid berjaya merawat Abg Hasbi dia pengsan. Tak ada penjelasa kenapa Abg Hasbi jd begitu. Siapa yg dengki / kianat dan kenapa Hasbi pengsa. Tiada reunion diantara abg hasbi dan syaid....sedangkan ini adalah tujuan / misi buku ni.
Maaf jika komen saya mengecewakan en. Hasbullah.
Assalammualaikum wbt,
ReplyDeletePuan, terima kasih kerana telah membaca hasil karya saya. Buat pengetahuan puan, kebanyakkan persoalan yang puan ajukan menjadi kenapa karya ini diterbitkan. Saya sedikit demi sedikit menjelaskan kenapa Hasbi diracun dan oleh siapa diracun. Saya telah menerbitkan karya kedua bertajuk Herbalis: Tujuh Remaja Sakti, yang sedikit sebanyak menjelaskan punca Hasbi diracun.