Skip to main content

Negeri 10 Terakhir

Semalam, perjalananku membawa aku ke sebuah negeri yang asing kepadaku. Di pintu gerbang masuk negeri kelihatan seorang pemuda yang segak lagi kacak mesra menyambut pengembara-pengembara yang datang ke negeri itu.

Aku menghampiri pemuda yang memiliki senyuman masih itu, lalu aku bertanya, "Saudara, apakah nama negeri ini?"

"Wahai pengembara yang mulia, negeri ini namanya Negeri Sepuluh Terakhir. Tentu ini kali pertama saudara ke negeri ini?" tanya pemuda itu ringkas.

Aku mengangguk mengiakan telahan pemuda itu.

"Terima kasih, saudara," ucapku sambil mengalas kembali begku.

Beberapa langkah aku meninggalkan pemuda itu, aku terdengar namaku dipanggil.

"Saudara Hasbullah," panggil suara itu.

Segera aku menoleh ke arah suara itu. Rupa-rupanya suara itu datangnya daripada pemuda tadi. Tapi aku berasa aneh kerana aku tidak pernah memperkenalkan namaku kepadanya.

"Ya, mengapa saudara?" tanyaku kepadanya.

"Saudara tidak ingin mengambil kesempatan memburu di negeri ini?" tanya pemuda itu.

"Memburu?" 

"Saudara lihat pakcik-pakcik di sana. Mereka itu semuanya ke mari untuk memburu Lailatul Qadar. Saudara tidak ingin menyertai mereka?" ujar pemuda itu sambil menunjukkan sekumpulan lelaki tua berjanggut putih.

"Memburu Lailatul Qadar? Yang padanya terdapat khasiat seribu bulan itu?"

"Ya."

"Tapi aku tidak punya pengalaman untuk memburunya. Ku dengar hanya yang layak sahaja dapat bertemu dan memdapatkannya," ujarku.

"Sekurang-kurangnya kamu berusaha memburunya. Semoga Allah memberi peluang kepada muda seperti kamu menemuinya."

"Terima kasih atas doa itu."

"Nah, ku berikan kamu busur keikhlasan dan anak-anak panah kekhusuyukkan yang terbaik dapat ku berikan kepadamu."

Aku melangkah masuk ke Negeri Sepuluh Terakhir dengan semangat baru. Aku berharap kunjungan ku ke negeri ini tidak dipersiakan. Aku berharap aku dapat membawa bekalannya yang secukupnya sebelum tamatnya pengembaraan Ramadhanku.


Comments

Popular posts from this blog

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 19

  “Aku sudah menjalankan tugasku. Aku memohon kalian menghantar aku pulang. Rasanya sudah seharian aku berada di sini. Gusar sahabat-sahabat akan risau kerana aku pergi tanpa sebarang perkhabaran.” “Hanya tuhan sahaja mampu membalas baktimu, Hatadi. Dan kami berjanji akan menghantarmu pulang sebentar nanti. Tetapi sebelum itu, aku ingin menjemputmu ke rumahku. Ada sesuatu yang ingin aku berikan kepada kamu,” ujar Malik. “Tidak perlu, Malik. Tidak perlu sebarang ganjaran,” Hatadi menolak pelawaan itu. “Tetapi aku akan melanggar amanah Dr Denai jika tidak dapat memberikan kamu barang itu.” Seroja kelihatan cuba meninggalkan bilik saat suaminya dan Hatadi berbual. Malik bertanya, “Seroja mahu ke mana?” “Tempat biasa, abang,” balas Seroja.  “Tetapi tetamu kita ini perlu pulang segera.” Hatadi mencelah, “Tidak mengapa, aku boleh meluangkan masa lagi di sini.” Mereka dibawa Seroja ke bilik rawatan kanak-kanak. Kanak-kanak di situ gembira dengan kehadiran Seroja. “Ibu Seroja!” panggi...

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 17

  “Ada barang yang perlu Seroja ambil.” Malik memberi arah kepada pod tersebut, “Pod, ubah haluan ke Armada Waja. Kami perlu singgah di sana sebentar” “Arahan diterima. Destinasi  persinggahan didaftarkan. Perjalanan ke destinasi baru akan memakan masa lima minit,” balas sistem navigasi pod tersebut. ΡΎ Sampai sahaja di ruang lobi, seorang gadis menanti di hadapan bangunan Armada Waja.  “Sekejap sahaja ya,” kata Seroja sebelum turun daripada pod itu. Gadis tadi memberikan seutas gelang kepada Seroja.  “Puan Seroja, ini gelang yang dipinta. Tapi puan rasanya puan tidak perlu benda ini. Perkara itu sudah lama tidak terjadi kepada puan,” kata gadis itu. “Terima kasih. Aku tahu. Cuma bukankah lebih baik sediakan payung sebelum hujan.” Dia segera mengenakan gelang itu di pergelangan tangannya. Butang pada gelang tersebut berubah daripada warna merah kepada hijau.  “Alat berjaya diselarikan dengan sistem puan,” kata gadis itu. Sebuah fail jatuh daripada tangan gadis it...

Kilang Mimpi?

Degupan jantungku semakin reda setelah langkah larianku berubah menjadi langkah yang perlahan. “Penat betul, sudah lama tidak berjoging,” gomelku sendirian. Untuk pulang ke rumah, aku perlu melalui sebuah taman permainan yang berhampiran. Aku mula berjalan melalui kawasan taman permainan. Seorang anak kecil ketawa sakan apabila ibunya menghayunkan buaiannya naik lebih tinggi. Penatku semakin berkurang tatkala mendengar gelak ketawa anak kecil itu. Tiba-tiba aku nyaris tersungkur. Mujur aku sempat mengatur langkah. Jika tidak tersembam mukaku ini pada lantai bata bercorak coklat dan kelabu. Kasut memakan tuan. Tali kasutku nyaris menyerat tuannya sendiri. Jadi aku duduk di sebuah bangku kayu untuk mengikat semula tali kasutku. Dua orang kanak-kanak duduk di sebelahku. Pada mulanya aku tidak ambil peduli pada kanak-kanak, tetapi suara salah seorang kanak-kanak itu membuatkan anak mataku mencuri melihat kanak-kanak itu. “Eh, budak di masjid hari itu,” bisikku. Kanak-kanak itu adalah kanak...