Skip to main content

Posts

Showing posts with the label jimat

Tanam Pokok dan Jimat

Dengan Nama  Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sudah hampir sebulan saya dah isteri saya berkecimpung dalam industri penanaman pandan dan pokok limau kasturi. Erk. Gurau sahaja. Sebenarnya saya dan isteri telah membeli sebatang pokok limau kasturi dan menanam pokok pandan di hadapan rumah kami. Setelah sebulan, kami telah mendapat hasilnya, pokok limau kasturi telah membuahkan hasil yang baik dan pandan bertumbuh dengan baik. Mengapa kami menanam pokok-pokok ini. Sebabnya: Jimat Masa Kami tidak perlu ke kedai semata-mata hendak minum air limau ais atau teh limau ais (Sedapnya~). Atau air sirap pandan. Jimat Wang Selalunya jika saya ke kedai untuk mendapatkan limau kasturi saya akan membeli dalam beberapa biji (5 atau 6 biji). Tetapi jumlah sebenar yang akan digunakan pada satu-satu masa adalah 2-3 biji dan selebinnya akan disimpan. Entah bila pula, ia akan digunakan. Menambah Rasa Syukur Setiap kali saya melihat pokok-pokok itu, sering tercetus rasa syu...

Berjimat di Bookxcess

Bookxcess merupakan lubuk buku kepada pengemar buku-buku Inggeris. Harganya yang luar biasa murah menyebabkan ulat buku seperti saya ketagihan untuk berada di sana setiap kali poket berisi. Jika anda mempunyai kad ahli Bookxcess anda akan menikmati diskaun di antara 5% hingga 10% untuk buku-buku (Buku sudahlah murah dapat diskaun lagi!). Jika tidak silap berikut adalah diskaun yang diberi: 5% -  Jika harga belian bernilai RM50 - RM99 10% - Jika harga belian bernilai RM100 dan ke atas Selalunya harga belian saya di antara RM50 - RM 70 jadi hanya 5%  saya diskaun yang saya akan perolehi. Ada satu cara untuk memperolehi diskaun 10% tanpa berbelanja lebih daripada RM100. Begini caranya: Anda perlu menjadi seorang yang berani. (Paling penting!) Tunggu di kaunter pembayaran. Jika ada pembeli buku ingin membuat pembayaran anda bertemu dengan dan meminta dia membantu anda membayar buku anda (tetapi menggunakan duit anda la.) Bersedia untuk menerima respon berikut:...