Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Novel

Pemintal Mimpi: Bahagian 3

  Pemintal Mimpi: Bahagian 3  “Ayahanda, ini budak yang mencuri daripada kita tadi,” kata salah seorang pegawai tadi yang membawa Urik tadi. Urik tidak dibawa ke balai Temenggung sebaliknya dibawa ke sebuah bangunan mewah di pinggir bandar. “Budak. Budak. Kau sepatutnya tidak mencuri daripada orang seperti aku. Kau ingat kau boleh lari? Bagaimana kamu hendak tebus kesalahan ini?” tanya lelaki berkumis yang sedang mencampakkan beberapa ekor cengkerik ke dalam sebuah akuarium yang berisi dua ekor ikan kelisa. Jari-jarinya memegang sebuah paip rokok yang berasap. Urik hanya membisu. Dia tahu dia tiada apa-apa untuk diberikan. Asap paip dihembus oleh lelaki yang bergelar Ayahanda ke atas. Dia menikmati setiap sedutan paipnya. Dia memandang Urik, masih menanti jawapan daripada mangsanya. Cahaya lampu di bilik itu mendedahkan sesuatu pada batang leher Urik. Seutas rantai perak membalikkan cahaya pada mata ayahanda..  “Kau, ambil kalung itu,” arah ketua penjenayah itu. “Jangan t...

Pemintal Mimpi: Bahagian 2

  Pemintal Mimpi:  Bahagian 2 Beberapa jam selepas itu. Kelopak matanya perlahan-lahan dibuka. Dia memandang dada langit yang diselindung awan. Hujan lebat mula reda. Hanya titisan halus yang turun menghentam wajahnya. Dia tangkas bangun berdiri.  Suara laungan kuat daripada tubuh itu, “Aku sudah kembali. Akhirnya!!!” Lelaki itu senyum memperlihatkan barisan giginya yang tidak teratur itu. Dia tidak seperti lelaki yang serabut dengan hutangnya tadi. Dia jauh berbeza. Dia berlari pantas menuju ke sebuah cerun. Lalu melompat tinggi sebelum terjun ke bawah. Satu pusaran cahaya muncul di dalam gaung. Lelaki itu terjun ke arah cahaya itu dan lenyap daripada pandangan. Malam dan hutan kembali kepada fitrah yang tenang dan sunyi. Ѿ Tahun 2010, Kota Jerai, Negara Sunda.  Lelaki penyembah lembaga itu muncul di sebuah bandar berhampiran kaki sebuah gunung. “Dunia ini terlalu asing kepadaku,” bisik lelaki itu. Suaranya telah berubah menjadi satu suara lain. Lebih halus daripada...

Tangis Ibu

Air mata itu mampu menghancurkan hati yang keras. Itu adalah air mata seorang ibu. Anak remaja itu cerdas orangnya. Bisa mememikirnya sesuatu yang luar biasa. Gemar meneroka. Cepat   menangkap idea. Namun dia anak remaja yang terdorong bakatnya ke arah lorong hitam. Kecerdasan fikirannya digunakan untuk membuat perkara salah. Dengan hanya mempelajari teknik kunci dan surat khabar daripada rancangan Macgyver dia mampu memceroboh rumah jirannya. Dengan mempelajari kunci bernombor 15 mampu membuka kebanyakan pintu, habis semua stor orang lain dicerobohinya. Ada yang berkenan di hati akan diambilnya. Katanya itu habuan kerana kepintaranya dan balasan ke atas kecuaian manusia. Pernah dia berkali-kali dirotan tetapi selepas beberapa hari. Amaran ayahnya hilang bersama perginya sakit dirotan. Pernah dilayun getah paip sebaik sahaja  aksi Macgyver menceroboh rumah jiranya diketahui ayahnya. Tetapi masih sama. Dia lupa akan sakit itu berserta nasihat ataupun amaran ayahnya. Sehinggalah...

Memulangkan Cinta

Anak kecil itu bertanya kepada ibunya, "Memulangkan cinta itu apa, ibu?" "Mencintai kembali orang yang mencintai kita." "Seperti ibu mencintai ayah." Wanita itu hanya tersenyum. Namun senyuman itu sudah cukup untuk anak itu mengerti maknanya. "Dapatkah kita memulangkan cinta Allah, ibu?" "Tidak sesekali kita mampu memulangkan kembali cinta-Nya. Tapi kita hanya mampu berusaha ke arah itu, sayang."

Terlalu

Oh................. Kepala ini sarat dengan idea untuk novel-novel yang bakal ditulis. Satu sinopsis dalam proses penilaian. Satu lagi dalam proses pembikinan. Hampir sepuluh menanti giliran. Yosh. note: bercita-cita untuk menghasilkan 20 novel dalam masa sepuluh tahun (cewah......)

Herbalis: Misi Purnama Biru Sudah Terbit

Baru sebentar tadi aku pergi ke gudang PTS untuk mengambil 10 naskah yang beri secara percuma oleh PTS kepada penulisnya. Alhamdullilah, akhirnya terbit juga novel ini. From HERBALIS From HERBALIS From HERBALIS

Novel Sulungku - Herbalis: Misi Purnama Biru

From HERBALIS Memperkenalkan novel sulungku. Pendapat tentang cover ini?