Skip to main content

Posts

Showing posts with the label pemintalmimpi

Pemintal Mimpi: Bahagian 3

  Pemintal Mimpi: Bahagian 3  “Ayahanda, ini budak yang mencuri daripada kita tadi,” kata salah seorang pegawai tadi yang membawa Urik tadi. Urik tidak dibawa ke balai Temenggung sebaliknya dibawa ke sebuah bangunan mewah di pinggir bandar. “Budak. Budak. Kau sepatutnya tidak mencuri daripada orang seperti aku. Kau ingat kau boleh lari? Bagaimana kamu hendak tebus kesalahan ini?” tanya lelaki berkumis yang sedang mencampakkan beberapa ekor cengkerik ke dalam sebuah akuarium yang berisi dua ekor ikan kelisa. Jari-jarinya memegang sebuah paip rokok yang berasap. Urik hanya membisu. Dia tahu dia tiada apa-apa untuk diberikan. Asap paip dihembus oleh lelaki yang bergelar Ayahanda ke atas. Dia menikmati setiap sedutan paipnya. Dia memandang Urik, masih menanti jawapan daripada mangsanya. Cahaya lampu di bilik itu mendedahkan sesuatu pada batang leher Urik. Seutas rantai perak membalikkan cahaya pada mata ayahanda..  “Kau, ambil kalung itu,” arah ketua penjenayah itu. “Jangan t...

Pemintal Mimpi: Bahagian 2

  Pemintal Mimpi:  Bahagian 2 Beberapa jam selepas itu. Kelopak matanya perlahan-lahan dibuka. Dia memandang dada langit yang diselindung awan. Hujan lebat mula reda. Hanya titisan halus yang turun menghentam wajahnya. Dia tangkas bangun berdiri.  Suara laungan kuat daripada tubuh itu, “Aku sudah kembali. Akhirnya!!!” Lelaki itu senyum memperlihatkan barisan giginya yang tidak teratur itu. Dia tidak seperti lelaki yang serabut dengan hutangnya tadi. Dia jauh berbeza. Dia berlari pantas menuju ke sebuah cerun. Lalu melompat tinggi sebelum terjun ke bawah. Satu pusaran cahaya muncul di dalam gaung. Lelaki itu terjun ke arah cahaya itu dan lenyap daripada pandangan. Malam dan hutan kembali kepada fitrah yang tenang dan sunyi. ΡΎ Tahun 2010, Kota Jerai, Negara Sunda.  Lelaki penyembah lembaga itu muncul di sebuah bandar berhampiran kaki sebuah gunung. “Dunia ini terlalu asing kepadaku,” bisik lelaki itu. Suaranya telah berubah menjadi satu suara lain. Lebih halus daripada...