Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Bait Mimpi

Puncak Sajlu

Mimpi membawa aku  puncak salju ini. Bagaimana dan mengapa aku ke mari tidak aku terfikir bertanya diri. Di puncak sebuah gunung berais. Dingin angin itu terus mengigit bibirku yang semakin kering. Wajahku sudah pucat seperti mayat. Baju berlapis yang  ku sarung masih tewas dalam suasana itu. Saat itu bendera yang ku pegang pergi ditiup angin deras. "Di hujung sana ada khemah persinggahan pendaki," teriak seeorang lelaki. Bukan sengaja suaranya menjadi teriakan tetapi itu harus kerana suara ribut lebih deras berbicara dan bisa menelan butir kata-kata. Mungkin itu ketua ekspidisi, fikirku. "Kamu pergi dahulu," arah lelaki itu. Aku? Aku memandang ke bawah. Tebing bukit itu hanya mampu menampung luas sebesar kasutku sahaja. Tersilap langkah aku pasti berkubur di dalam sajli putih maut itu. Aku memegang tali merah pemandu perjalanan aku untuk ke seberang. Perlahan-lahan aku melangkah. Tetapi setiap langkah itu seperti terlalu lama. Angin ribut memukul lagi. Tubuhnya dil...

Tandus

Petang senja yang sunyi dan tenang. Beberapa orang anak-anak kecil  riang bermain teng-teng di sebuah tanah lapang. Salah seorang daripada sedang memulakan gilirannya dengan mencampakkan seketul batu pada petak pertama. Aku duduk di seketul batu serpihan bangunan sambil memerhatikan mereka. Hati ini  terhibur melihat gelak ketawa riang anak-anak kecil itu. Tiba-tiba langit bumi berubah redup. Ada sesuatu di langit menghalang sinaran Sang Suria. Bunyi angin deras terus memukul-mukul cuping telingaku. Aku mendongak ke atas. "Ya, Allah," perkataan yang mampuku ungkap ketika itu. Sebuah helikopter hitam sedang berlegar di atas kepalaku. Ia mula turun ke bawah. Turunnya tidak kosong, turunnya  helikopter itu berserta beratus-ratus peluru. Batu-batu kecil berterbangan dan berkecai dibedil peluru gila daripada helikopter hitam itu. Dinding-dinding tembok mudah diratah peluru-peluru gila itu. Teriakku, "Lari, pasukan tentara musuh!!!" Aku berlari pantas. Anak-anak kecil tad...