Skip to main content

Posts

Showing posts with the label hasbi

Sang Ilham

From other Pintu rumahku diketuk beberapa kali. Kebetulan aku sedang menonton di ruang tamu ketika itu dan aku segera membukanya kerana ketukan pada pintu yang berkali-kali pada kekerapan yang tinggi menandakan sesuatu yang cemas atau penting. Seorang kanak-kanak lelaki yang aku kenal berada di depan pintu sambil tersenyum. Dalam pelukkannya seekor kucing hitam menggosok-gosok manja kepalanya pada badan kanank-kanak itu. “Hasbi, kamu buat apa pagi-pagi begini?” tanyaku. “Hasbi ingin memohon jasa baik abang, boleh?” “Lihat dulu apa yang diminta. Jika boleh abang berikan 'jasa' itu, abang akan lakukannya. Insyaallah.” “Tolong jaga kucing adik ini boleh?” “Jaga kucing. Erm…. Berapa lama?” “Tiga tahun.” “Tiga tahun? Lama benar. Hasbi hendak ke mana?” “Hasbi akan berpindah ke England sebab ayah ingin melanjutkan pengajian PhDnya di sana .” “Oh!” “Berat sangatkah permintaan Hasbi ini?” “Berat itu tidaklah terlalu berat tetapi agak berat.” “Tolonglah abang. Hasbi tidak ada orang lain...

Kanibal di Sekeliling Kita

Aku semakin hampir ke destinasi pagi itu. Destinasi itu adalah sebuah kedai nasi lemak milik seorang mak cik dari Indonesia. Belum sempat aku mematikan radio yang bersiaran siaran IKIM pada frekuansi 91.5 fm, sepotong ayat al-quran kedengaran, Firman Allah SWT yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (al-Hujurat: 12) Aku membiarkan ayat itu habis dibacakan sebelum aku menutup radio keretaku. Kakiku seger...

Kilang Mimpi?

Degupan jantungku semakin reda setelah langkah larianku berubah menjadi langkah yang perlahan. “Penat betul, sudah lama tidak berjoging,” gomelku sendirian. Untuk pulang ke rumah, aku perlu melalui sebuah taman permainan yang berhampiran. Aku mula berjalan melalui kawasan taman permainan. Seorang anak kecil ketawa sakan apabila ibunya menghayunkan buaiannya naik lebih tinggi. Penatku semakin berkurang tatkala mendengar gelak ketawa anak kecil itu. Tiba-tiba aku nyaris tersungkur. Mujur aku sempat mengatur langkah. Jika tidak tersembam mukaku ini pada lantai bata bercorak coklat dan kelabu. Kasut memakan tuan. Tali kasutku nyaris menyerat tuannya sendiri. Jadi aku duduk di sebuah bangku kayu untuk mengikat semula tali kasutku. Dua orang kanak-kanak duduk di sebelahku. Pada mulanya aku tidak ambil peduli pada kanak-kanak, tetapi suara salah seorang kanak-kanak itu membuatkan anak mataku mencuri melihat kanak-kanak itu. “Eh, budak di masjid hari itu,” bisikku. Kanak-kanak itu adalah kanak...