Skip to main content

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 18

 

Seroja bergegas masuk ke dalam pod.

Malik yang terlihat gelang di tangan Seroja berasa kurang senang.

“Gelang itu?”

“Ya, abang.”

“Tapi bukankan kita sudah bincangkan. Seroja tidak perlukan gelang ini.”

“Anggaplah ia hanya sebagai satu jaminan kalau berlaku apa-apa.”

“Suka hati awaklah,” Malik sudah faham dengan perihal isterinya yang jika dia membuat keputusan amat sukar untuk diyakinkan untuk mengubahnya.

Hatadi yang berada dalam kereta itu berasa kekok terperangkap dalam situasi itu. 

"Adakah kata-kata aku tidak lagi bererti buatmu?"

Seroja memaling pandangannya keluar. Air matanya gugur.

"Kanda, jangan biarkan kata katamu menjadikannaku permaisurimu yang derhaka"

Malik terkedu. tidak menyangka katanya menghiris hati wanita yang dicintainya.

Sambung Seroja, "Kanda tidak faham kelocaknya hati ini saat penyakit itu menyerang.”

"Aku memohon maaf kerana kelancangan lidahku ini."

Ѿ

Pod berhenti di Hospital Utama Melati Putih. Dalam perjalanan menuju ke ruang rawatan mangsa pemintal mimpi, Hatadi terlanggar seorang wanita tua. Begnya terjatuh ke tanah. Kedengaran bunyi kepingan kaca berkecai. Dia segera membuka begnya dan memeriksa. Skrin tabletnya retak seribu.

Wanita itu bersungguh-sungguh memohon maaf seperti melakukan kesalahan yangg amat besar.

“Tuan jangan apa-apakan aku,” rayu wanita itu.

“Tidak mengapa, nenek. Benda ini boleh dibaiki. Tidak usah bimbang.”

Hatadi berlalu pergi meninggalkan wanita itu. Wanita itu hanya memerhatikan dia daripada jauh.

“Kenapa dengen nenek itu,” getus hatinya. 

Ѿ 

Dia dibawa masuk ke dalam sebuah unit rawatan kecemasan di pusat rawatan di tengah kota. Mereka berdiri disebalik kaca. Dari sudut itu mereka melihat, seorang budak lelaki berbaring dengan wayar-wayar berselirat di kepalanya.

“Itulah mangsanya,” beritahu Seroja.

“Boleh aku melihatnya dengan lebih dekat?” pinta Hatadi. 

Manuskrip tadi memberikannya petunjuk tetapi dia sendiri ingin memastikannya.

Dengan berpakaian khas, Hatadi masuk ke dalam sebuah kamar di unit rawatan kecemasan dengan ditemani dua orang pegawai perubatan.

Dia menyentuh tangan anak remaja itu. Hangat.  Dia diserang masih was-was, dia tidak pasit sama ada  dia berada dalam alam nyata atau semua ini hanyalah dalam fikirannya gila.

Ada sesuatu bunyi didengangkan remaja yang berada dalam koma itu. Hatadi cuba menangkap butir-butir perkataan. Ianya seperti sebuah lagu pantun kerana Hatadi dapat mengesan ritma yang sama seperti pantun biasa.

“Doktor, cuba kamu periksa di belakang lehernya,” pinta Hatadi. Tubuh budak lelaki itu diiringkan. Seorang pegawai menyelak rambut anak itu. Dia berhati-hati memeriksa leher budak itu seperti yang diarahkan. 

“Ada sesuatu di sini,” balas pegawai perubatan itu. 

Perlahan-lahan dengan sebuah penyebit dia menarik objek itu. Sebuah kerongsang dicabut daripada kulit leher dan letakkan di dalam talam bedah.

Bacaan gelombang otak, remaja itu berubah mendadak. Bacaan seperti otaknya telah mati. Muka Hatadi berubah pucat. Seroja dan Malik yang berada di sebalik kaca bilik bertambah cemas.

“Adakah apa yang aku taksirkan itu betul?” bisik Hatadi.

“Unit dua puluh lima, kod merah. Kod merah,” pegawai perubatan itu mendapatkan interkom bilik.

“Tuan, tolong keluar.”

Seorang jururawat itu mengheret Hatadi yang seperti tidak keruan. Pegawai itu mendapatkan botol sejenis serum daripada sebuah almari daripada bilik itu lalu, menyedutnya dengan sebuah picagari. 

“Serum Malinja 5 ml.” 

Bunyi tona mendatar daripada mesin itu terus mengisi ruang bilik. 

Dia bersedia untuk memasukkan serum itu ke dalam tiub darah tangan remaja itu. Sebelum sempat serum itu ditekan masuk, bacaan otak muncul dan menuju ke paras normal. Pengawai perubatan itu tidak meneruskan niatnya.

Hatadi yang memerhatikan di sebalik kaca menarik nafas lega kerana takut saranannya membawa bencana lebih parah.

“Alhamdullilah.”

Comments

Popular posts from this blog

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 16

  Tubuh tidak bermaya Hatadi diletakkan di atas meja.  “Apa sudah kamu lakukan ini, Seroja,” tanya Malik. Dia benar-benar terkejut melihat Hatadi yang tidak sedarkan diri. “Dia ini seorang yang degil. Aku cuba berunding secara berhemah. Tetapi ini jalan yang terbaik.” Malik melihat dahi Hatadi yang penuhi luka-luka kecik, dia bertanya kepada Seroja,“Adakah dia dalam keadaan baik?” “NALURI. Imbas keadaan pemuda ini,” arah Seroja. Satu spera logam muncul. Pacaran cahaya biru mengimbas tubuh Hatadi yang berbaring di atas meja. Hologram anatomi tubuh manusia dipancarkan. Satu bintik merah berkelip-kelip pada kepala hologram.  “Semua organ dalaman dalam keadaan baik. Cuma kecedaraan kecil di kepala,” NALURI menyampaikan status keadaan Hatadi. Seorang pegawai perubatan datang dengan sebuah peti kecemasan. Gel berwarna hijau disapu pada luka dan pembalut dilekatkan pada dahi Hatadi yang tercedera akibat tersungkur tadi. Ѿ Tidak beberapa lama kemudian, Hatadi tersedar. Sebaik sah...

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 20

  Seroja menerima panggilan daripada Pusat Rawatan Melati Putih. “Puan Seroja, kami mendapati sesuatu yang aneh pada susun atur genetik mangsa pemintal mimpi,” ucap seorang  perawat di hujung talian. “Hantarkan salinan genetik kepadaku.” Sebaik sahaja salinan genetik mangsa sampai kepadanya,  dia segera mengarahkan NALURI untuk membuat analisa. “Bandingkan atur genetik ini dengan gadis yang dalam usia yang hampir sama,” arah Seroja kepada Naluri “Pelbagai faktor telah diambil kira. Aturan genetuk mereka sentiasa berubah daripada masa ke semasa.” “Berubah?” Seroja mengerut muka. “Apa maksudmu? Bukankah aturan genetik manusia kekal selamanya. Itulah identiti manusia.” “Saya tidak pasti mengapa. Namun sample salinan genetik yang telah dianalisa menunjukkan terdapat bendasing yang tiada dalam database perubatan umum.” “Tunjukkan aku gambar bendasing itu.” Sebuah paparan pada skrin hologram menjelma. Sebuah microorganisma nano robotik kelihatan. Wajah Seroja pucat. Dia mendapa...