Dua puluh tahun kemudian.
Balai Temenggung. Negara Sunda. (Satu Jalur Masa yang lain)
Seorang gadis menerpa pintu masuk. Dia segera ke sebuah bilik.
“Temenggung, ada lagi kehilangan remaja di sini. Modus operandi yang sama,” beritahu seorang pegawai dengan termengah-mengah.
Malik bertanya, “Di mana kali terakhir dia kelihatan?”
“Di Taman Layang-layang berhampiran di ibu kota.”
Segera dia mendapatkan tali pinggang senjatanya yang bergantung di dinding. Langkahnya pantas menuju ke sebuah makmal di aras bawah.
“Seroja. Kes pemintal mimpi.”
Wanita berjubah makmal putih yang tekun memasukkan beberapa titik cecair dalam sebuah bikar terganggu dengan suara itu.
“Apa?”
Dia menanggalkan pelindung matanya.
“Peminta mimpi,” ujar pegawai itu tercungap-cungap
Wanita itu mengerti kata kunci itu. Dia segera mencapai sebuah alat di dalam laci mejanya. Sebuah alat panjang hampir sehasta dan mempunyai antena bercabang.
Wanita itu mengesa, “Temenggung cepat, gelombang akan semakin samar jika semakin lama kita di sini. Kita tidak lagi mampu mengesannya lagi nanti.”
“Kamu, kumpulkan pasukan Hulubalang dan Serikandi Utama. Lokasi jenayah telah pun aku kongsikan bersama pasukan. Jumpa di sana.”
Ѿ
Lampu-lampu menelilingi taman tidak mampu menandingi sinaran purnama. Malik dan Seroja tiba di lokasi jenayah lebih awal. Malik memacak sebatang logam pada tanah. Logam tinggi sejengkal itu memancarkan sebiji bebola cahaya ke udara. Malam yang gelap ditelah cahaya daripada bebola cahaya yang bersinar seperti matahari itu.
Seroja berkata, “Temenggung, aku akan mulakn di kawasan taman permainan.”
Malik angguk. Dia menyusuri denai menuju ke tasik besar. Muncul dari tangannya cahaya berwarna biru pengimpas setiap kawasan menuju ke situ.
Alat komunikasinya berdering. Dia menjawap panggilan. Di irisnya muncul wajah wajah salah seorang Hulubalang Utama.
“Kami telah tiba,” lapor hulubalang.
Empat hulubalang dan serikandi muncul di lokasi ke jenayah. Hulubalang siap bertengkolok dan Srikandi mengenakan suit khas seperti logam namun pergerakan mereka tidak dibebankan dengan busana yang membalut tubuh mereka berempat.
“Berpecah. Seroja dan aku bergerak ke bahagian utara dan tenggara. Kalian berpecah ke arah lain. Laporkan sebarang penemuan.”
“Baik, temenggung.”
Wajah hulubalang hilang daripada iris Malik.
“Puan Seroja, ada sesuatu di sini!” teriak seorang hulubalang.
Seroja segera mendapatkan hulubalang itu.
Sambil membidik gambar bahan bukti, pegawai itu berkata, “Ada sebuah buku catatan di sini, puan. Milik mangsa agaknya.”
Sepasang sarung tangan getah disarung Seroja.
“Kamu sudah selesai memgambil gambar?”
“Sudah puan.”
Dia mengambil buku catatan yang sudah berembun itu dari tanah. Sehelai demi sehelai halaman buku itu diselaknya. Matanya teliti memerhatikan halaman tersebut, bukan teliti seperti membaca tetapi lebih kepada mencari sesuatu yang fizikal pada buku tersebut.
“Ada pun,” Seroja teruja dengan penemuannya.
Sehelai rambut dicelah-celah muka surat itu ditariknya keluar dengan penyepit logam. Sebilah gunting kecil memotong hujung rambut itu lalu dimasukkan ke dalam sebuah tiub mikro yang bersisi cecair. Seroja mengocangnya beberapa kali sebelum dia memasukkan pula tiub mikro itu ke dalam alat satu lubang alat berantena tadi. Meter bacaan menunjukkan perkembangan analsis cecair dari tiub.
“Pengimbas gelombang otak versi barukah, puan?” tanya salah seorang serikandi tadi.
“Tajam mata kamu. Ya versi baru. Dua hari lepas baru sahaja dapat kebenaran penggunaanya.”
Bacaan pada skrin mencecah seratus peratus. Skrin radar berubah menjadi lampiran peta secara langsung. Satu titik berkelip muncul di atas skrin peta itu.
“Temenggung, lokasi mangsa itu berjaya dijejak,’ Seroja menghubungi Malik.
Pengimbas gelombang otak di tangan Seroja menunjukkan satu titik di sebuah kaki bukit. Ia membawa mereka ke sebuah rumah usang berhampiran sebuah tasik.
Ѿ
“Rumah ini?” Malik bertanya kepada Seroja mencari kepastian.
“Ya.”
Bau harum gaharu muncul daripada rumah terpencil itu. Langkah mereka menjadi semakin perlahan apabila semakin menghampiri rumah itu.
“Sebentar tuan.”
Salah seorang hulubalang menghidupkan sesuatu pada setiap pergelangan tanganya. Dia mendepakan tangannya. Sebuah skrin maya muncul di ruang antara tangan kiri dan kananya.
“Dua batabg tubuh dikesan berada dalam rumah ini,” lapor hulubalang itu.
Dua susuh tubuh dalam bacaan suhu jelas kelihatan. Hanya satu susuh tubuh yang bergerak dan satu tubuh lagi kaku di satu lokasi.
Malik memberi arahan kepada pasukannya untuk berpecah kepada dua kumpulan.
“Kamu tunggu di belakang rumah. Dan kamu berjaga di hadapan rumah. Jangan biarkan sesiapa terlepas,” arah Malik dengan suara bisikan.
Ahli-ahli pasukan memberikan isyarat tangan tanda mereka faham dengan arah itu. Mereka segera berpecah.
Tombol pintu hadapan dipulas Malik. Berkunci. Dia mendongak ke atas. Tingkap di aras atas terbuka luas. Dia menunjukan jarinya ke atas, isyarat untuk naik ke atas.
“Seroja masuk dulu.”
Dia menahan kaki Seroja sebelum melambungnya masuk. Gilirannya pula. Tangkas dia berlari pada dinding sebelum tangan disambut Seroja.
Rumah itu walaupun usang di luar tepi jauh berbeza di dalamnya.
Terdengar suara bersenandung dari arah ruang tamu. Seroja dan Malik menguak pintu dengan perlahan. Haruman gaharu menerpa. Baunya semakin kuat dihidu dan suara senandung semakin jelas dengaran. Dengan berhati-hati Malik menjenguk lantai bawah kawasan ruang tamu.
Seorang nenek tua duduk sebelah seorang gadis yang sedang tidur. Tangannya sibuk memutarkan sebuah roda yang memintal benang biru daripada asap berhmpiran gadis itu.
Seroja berbisik, “Ini kali pertama aku melihat dengan mataku cara memintal mimpi”
“Hati-hati, Nenek Kebayan,” bisik Malik.
Ѿ
Alat pengera rumah itu tiba-tiba menjerit nyaring.
“Penceroboh!” getus wanita tua itu.
Hologram pergerakkan hulubalang dikesan sistem keselamatan nenek kebayan itu. Lalu nenek kebayan memberikan satu arahan, “Loloskan diri.”
Malik dan Seroja berpandangan keliru.
Dalam beberapa saat, rumah itu bagai dilanda gempa. Rak-rak yang berisi buku tumbang.
Muncul empat kaki mekanikal dari permukaan bawah rumah itu.
Wajah hulubalang muncul, “Temenggung, rumah itu sejenis robot!”
Langkah gergasi rumah itu pantas meninggalkan hulubalang dan serikandi ke belakang.
“Hentikan rumah ini!” arah Temeggung.
Tubuhnya dan Seroja terhoyong hayang dalam rumah yang sedang bergerak itu. Tangan mereka memaut pada dinding, mengelak daripada terhumban jatuh.
Pasukan khas itu mengejar rumah itu. Satu senjata bermata panah dilaras ke arah robot yang berbentuk rumah itu.
“Sasaran dikunci. Bersedia untuk tembak.”
Ketua pasukan memberi arahan, “Tunggu.”
Rumah itu jauh meninggalkan merkea. Tiba sebuah batang balak yang tumbang ia melompat.
“Sekarang!”
Satu cangkuk meluru pantas ke arah rumah itu. Anak panah itu menembuh dinding rumah. Cangkuk terbuka mengukuhkan lagi cengkaman pada dinding rumah itu
Tali biru bercahaya menghalang rumah itu daripada terus mara. Beberapa pegawai menjadikan tubuh mereka sauh. Namum kekuatan rumah itu bukan lawan mereka. Dengan sekali sentapan hulubalang dan serikandi terpelanting ke udara.
Rumah itu berjaya loloskan diri meloloskan diri.
“Kamu, ikut aku! Kumpulankan Radius Pasak daripada sahabat-sahabatmu yang tercedera,” arah ketua serikandi itu.
Wanita sempat memgambil sebuah alat daripada tali pinggang daripada rakan-rakannya. Dia yang bertubuh kecil bergerak pantas dan dapat memintas rumah itu.
Beberapa Radius Pasak dilemparkan ke tanah.
Robot itu dapat mengesan perangkap wanita genit itu. Rumah itu menukar haluan.
Ketua kumpulan itu tersengeh.
Seorang hulubalang meluru pantas, tubuhnya merempuh rumah itu sehingga tercampak ke kawasan yang dipasang radius pasak.
Ia tumbang dan tidak dapat bangkit lagi.
Comments
Post a Comment