Skip to main content

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 10

 

Sebaik sahaja rumah itu berhenti bergerak. Malik terjun daripada tingkat atas.


Pistol diacukan ke arah nenek kebayan itu.


“Berhenti dan undur perlahan-lahan sebelum peluru ini menjamah tubuhmu,” arah Malik tegas.


Perlahan-lahan dia menjauhkan diri daripada mesin pemintal itu seperti yang diarahkan.Namun, matanya menyorot ganas.

Tiba-tiba dia melompat dan cuba menerkam Malik. Seroja sudah bersedia. Sebelum sempat menyentuh Malik, Seroja menembak jaring ke arah wanita itu.


Nenek kebayan itu tercampak dalam selimut jaring besi yang membalut tubuhnya. Dia bertambah ganas. Dia meronta cuba mencarik jaring dengan giginya yang tajam itu tetapi gagal. Setiap kali dia cuba meronta jerutan jaring itu semakin kemas mengikat badannya.


“Pasukan satu, masuk. Sasaran sudah diberkas.”


Seroja memerhatikan ruang tamu yang berselerak itu. Sebuah manuskrip berselerakan di atas meja besar. Skema binaan mesin pemintal mimpi itu adalah sebahagian daripada manuskrip itu. Dia membidik gambar manuskrip sebelum mengumpul memasukkannya ke dalam beg bukti.


Ѿ


Balai Temenggung. Negara Sunda.


Nenek kebayan itu meronta-ronta apabila diheret masuk ke balai. Suasana riuh balai menjadi sunyi dengan kehadiran Malik dan nenek kebayan itu. Teriakan nenek kembayan itu membuatkan beberapa anak kecil menangis ketakutan.


Pintu bilik soal siasat terbuka sendiri sebaik sahaja Malik menghampiri bilik itu. Nenek kebayan melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi logam. Tangannya digari rapat pada meja.


 “Bagaimana untuk sedarkan budak lelaki itu?” desak Malik.

 

Kanak-kanak lelaki yang diselamatkan mereka walaupun telah dipisahkan daripada mesin pemintal itu masih tidak sedarkan diri. Dia telah hanyut dalam koma.


“Cepat beritahu!” Malik tidak berlengah.


Masa semakin suntuk. Mangsa terakhir pemintal mimpi telah diragut nyawa telah koma hampir seminggu.


Ketawa nenek kebayan itu menampakkan barisan taringnya yang tajam.


Malik mengetap gignya dan memeras tangannya menahan sabar. Seroja hanya berdiri di satu sudut bilik itu. Dia tidak berkata apa-apa sepanjang soal siasat. Nenek kebayan itu merenung Seroja daripada tadi.


“Kasihan kalian berdua.”


Dahi Malik berkerut. Seroja beriaksi sama.


“Dua keturunan darah yang bertentangan bersatu dengan ikatan perkahwinan. Satu keturunan dimuliakan kerana darahnya dan satu lagi menjadi hina kerana darah. Tentu sekali kalian tidak dapt menimbang zuriat. Hahaha,” nenek kebayan dapat membaca bahasa tubuh Seroja dan Malik.


 “Kau buat aku hilang sabar! Seroja bawakan aku cuka dan limau.”

 

Seroja bergegas keluar daripada bilik siasatan itu. Matanya berkaca. Kata-kata wanita tua itu, mengugurkan air mata Seroja.


Nenek tua itu menelan air liur sebaik sahaja mendengar arahan Malik kepada Seroja.


Nenek kebayan itu mula membuka mulut, “Aku tidak tahu, aku hanya tahu untuk memintal mimpi. Aku hanya mengikuti langkah di dalam  dalam manuskrip itu.”


“Jadi. Dari mana kamu dapatkan manuskrip ini?”


Dia hanya berdiam diri. Matanya liar memerhatikan sekeliling seperti mencari sesuatu.


“Jawab. Jawab!” Malik membentak meja logam.


“Nyawaku pasti melayang jika aku membuka mulut. Ada mata yang memerhatikan kita, ada telinga yang selalu mendengar,” nenek kebayan memberi amaran.


Anak matanya liar memerhatikan sekeliling.


“Jika kamu membantu siasatan ini, akan aku pastikan kamu mendapat perlindungan yang sewajarnya.”


“Hahaha. Perlindungan? Kalian tidak mampu berlindung daripada mereka. Mereka di antara kita seperti bayang-bayang”


“Siapa mereka?”


Mulut nenek kebayan itu kembali terkunci.

Comments

Popular posts from this blog

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

Herbalis: Misi Purnama Biru Sudah Terbit

Baru sebentar tadi aku pergi ke gudang PTS untuk mengambil 10 naskah yang beri secara percuma oleh PTS kepada penulisnya. Alhamdullilah, akhirnya terbit juga novel ini. From HERBALIS From HERBALIS From HERBALIS

Teori Efek Rama-rama (Butterfly Effect Theory)

Menurut teori ini, sesuatu perubahan kecil pada satu pembolehubah boleh memyebabkan perubahan yang ketara pada sesuatu sistem yang kompleks. Teori ini mengatakan pergerakkan kepak rama-rama mampu mengubah atmosfera bumi sehinggakan ia mampu mengubah pergerakan atau kewujudan putting beliung di satu kawasan. Perubahan kecil pada kehidupan akan membawa kesan yang besar pada masa depan, itu yang aku faham jika teori ini dikaitkan dengan kehidupan manusia yang merupakan salah satu sistem yang kompleks di dalam dunia. Tiada siapa mampu untuk meramal dengan tepat pergerakan atau perilaku manusia satu detik ke hadapan. Anda yakin dengan teori ini? Mari kita lihat pada kehidupan kita pada hari ini. Kronologi Senario Terburuk Ekstrem (Kes Curi Selipar) Encik A telah mencuri sepasang sepasang kasut selepas selesai solat Jumaat Pemilik kasut menunggu sehingga semua jemaah pulang dengan harapan dia menjumpai kasutnya semula. Tetapi setelah lama menanti, dia tidak jua menjumpai kasutnya. Pemilik ka