Skip to main content

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 12

 

“Jangan risau, aku hanya perlukan maklumat tentang peluru ini.”

Waris membuka beg bukti dan meletakkan peluru itu di atas lapisan baldu. Dengan sepasang penyepit dan sebuah kanta pembesar dia meneliti peluru itu. Kedai itu menjadi sunyi sepanjang penelitian Waris.

Suara Waris memecah kesunyian, “Peluru ini tidak sudah tidak lagi dihasilkan. Sepuluh  tahun lalu, pembuatannya dihentikan dan baki peluru-peluru ini dihapuskan pihak kerajaan kerana terlalu berbahaya.”

“Jadi mengapa masih digunakan?” tanya Malik.

“Pasti peluru ini diseludup keluar semasa arahan penghapusan itu dikeluarkan,” teka Seroja.

Sahut Waris, “Mungkin.” 

Waris memasukkan kembali peluru-peluru itu ke dalam beg bukti dan dia menyerahkannya kembali. Kain baldu yang melapik peluru itu dibakar dan dicampak ke dalam sebuah tembikar.

“Mengapa kau membakar kain itu?” tanya Malik yang aneh dengan tingkah lalu Waris.

“Peluru itu mengandungi air liur Kelembai, aku tidak mahu menjadi batu.”

“Terima kasih. Sebelum aku beredar, Siapakah lelaki tadi?” tanya Malik

“Aku hanya mengenali dia sebagai tuan saudagar.”

“Ada air mata duyung?”

“Maaf tuan. Bahan yang sangat sukar didapati. Aku mempunyai senarai menanti yang panjang untuk bahan itu.”

Hampa menerpah Malik. Mereka meninggalkan kedai itu.

“Abang tunggu sebentar ya,” kata Seroja.

Ada satu perkara yang dia hendak dia siasat semenjak daripada tadi. Seroja pergi ke belakang kedai kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya di dalam kedai itu tadi.  Ianya hanya beberapa depa sahaja.

“Aneh,” ujar Seroja.

Ѿ

Dalam sebuah sebuah kereta. Negara Sunda. 

“Tuan Saktimu, tugas itu telah aku sempurnakan. Pencuri itu telah ku bunuh,” khabar lembaga hitam itu.

“Kamu memang boleh aku harapkan, Urik. Kamu memang layak menjadi keturunan Gergasi,” puji lelaki itu.

“Tetapi tuan, pihak temenggung mula mengesyaki sesuatu.” 

“Kamu ekori mereka selepas kamu selesaikan satu tugas untuk aku.”

“Apakah tugas itu, tuan?”

Sambil menunjukan sekeping logam, Saktimu memberi arahan, “Pergi ke Sungai Batu dan dapatkan aku peluru daripada logam ini di sana.” 

“Sungai Batu, tempat peleburan logam tertua di negara?” meminta kepastian.

“Habis di mana lagi?”

“Perintahmu akan saya tunaikan.”

Urik membelek kepingan logam yang diberikan kepadanya. Pamor logam itu sungguh mempersona. Urat putih dan hitam besi bersatu dalam bentuk yang sungguh mengasyikkan.


Balai Temengggung. Negara Sunda. 

Bunyi motosikal besar dengaran di luar balai.

“Selama kembali, tuan,” sapa seorang pengawai di kaunter hadapan sambil tersenyum.

Dia hanya senyum nipis sebagai tanda hormat. Kes yang sedang mereka hadapi benar-benar merungsingkan fikiran Malik.

“Kamu, kamu. Ikut saya ke bilik soal siasat, saya perlukan bantuan kalian,” Malik mengarahkan beberapa orang kepercayaan untuk berbincang lanjut.

Malik, Seroja dan beberapa orang pegawai hanya memerhatikan manuskrip itu. Sebuah manuskrip lama di atas meja bilik soal siasat tidak terusik sepanjang ketiadaan Malik dan Seroja. Serpihan batu nenek kebayan itu telah dibersihkan dan kebumikan selayaknya.

“Siapa di sini tahu membaca manuskrip ini?” Malik membuka pertanyaan.

Semua di blik itu mengeleng atau mengangkat bahu.

“Nama sahaja Melayu,” usik Malik

“Tuan pun sama,” satu suara itu menemplak manja Malik.

“Mana ada, aku boleh bacanya. Cuma ini bahasa melayu kuno dan tulisan jawi berbeza dengan sistem aku belajari dahulu.”

Pengawai-pengawai Malik ketawa kecil melihat gelagat Malik,

Seroja mencari akal meneliti helaain manuskrip itu. Cop mohor pada sekeping kertas membuatkan kagum dengan kehalusan seni reka zaman silam. Dia terpandang sebuah logo dalam sebuah gambar di atas mejanya. Gambar dia sedang menerima segulung ijazah.

“UTP!” teriak Seroja.

Semua yang berada dalam bilik soal siasat itu terperanjat dengan suara yang tiba-tiba muncul itu.

UTP merupakan singkatan kepada Universiti Tun Perak. Sebuah universiti kajian yang terkemuka. Seroja tersenyum mengelamun.

“Puan terkenang kisah cinta lama ke puan?” usik salah seorang pengawai.

Tersenyumn malu dibuatnya dengan usikan itu.

“Mana ada! Di sana ada seorang pakar sejarahlah,” Seroja mengelak daripada terus menerus diusik.

“Janganlah marah, puan. Kami berjenaka sahaja.”

“Aku tahu. Tetapi kamu ini tidak boleh diberi peluang nanti dibuat modal untuk mengusikku.”

Mereka ketawa kecil.

Malik memandang Seroja. Dia tersenyum pada wanita itu. Memang di situ mereka bertemu buat kali pertama. Malik seorang ulat buku dan Seroja gadis lasak gemar menunggang. Di situ mereka mengikat janji percintaan.

“Ayuh,” panggilan Seroja itu meleraikan lamunan Malik.


Ѿ

Universiti Tun Perak. Negara Sunda.

Perasaan runsing jelas kelihatan pada wajah Malik sehingga Seroja bertanya kepada  suaminya. Mereka berada di perpustakaan utama Universiti Tun Perak.

“Apakah yang merunsingkan jiwamu, abang,” tanya Seroja sambil menekan butang bernombor tiga di papan lif. 

Lif pantas bergerak ke lantai tiga. Dia hanya menjawap pertanyaan isternya dengan memuncungkan mulutnya ke arah sebuah bilik. Terpampang megah sebuah nama pada pintu bilik itu.

DR. DENAI INDERA SHAH.

Mereka berjanji untuk bertemu dengan Dr Denai, seorang pakai sejarah di biliknya. Lorong menuju ke bilik itu diisi dengan rak-rak buku yang dapat mendapat menampung ratusan buku. Malik menarik nafas panjang.

“Bismillahiramahman ni rahim.”

Dia mengetuk pintu kaca yang kabur itu. Seroja masih tidak mengerti punca sikap suaminyanya itu. Lelaki tua yang bernama Dr Denai sedang khuyuk meneliti sebuah cop mohor di satu sudut biliknya terganggu dengan ketukan itu.

“Siapa pula ini?” rungut Dr Denai.

Tubuhnya yang dimamah usia itu mengambil masa untuk melangkah ke pintu masuk biliknya.

“Dia tidak ada rasanya. Mari pulang,” ajak Malik yang seakan gembira pintu itu tidak dijawab. 

“Kenapa dengan abang ini. Kita mahu selesaikan kes ini dengan segera bukan?” marah Seroja yang masih tidak faham kelakuan suaminya.

Sambil mengheret tangan Seroja, Malik berkata, “Kita boleh dapatkan pakar daripada universiti lain.” 

Mereka sudah beberapa langkah meninggalkan pintu itu sebelum daun pintu dikuak.

“Kalian berdua hendak ke mana?”

Malik seperti disambar kilat. Cubaannya untuk tidak bertemu dengan Dr Denai tidak berhasil.

“Kenapa datang tidak beritahu.”

“Sebenarnya, kami sudah menghubungi guru ke mari.”

Dr Denai mengurut-gurut jangutnya, “Sungguh?”

Mereka berdua mengangguk serentak. 

“Masuk, masuk. Maafkan aku yang sudah tua ini.”

Sebaik sahaja mereka duduk di atas kerusi setelah dipelawa Dr Denai, Malik mengeluarkan manuskrip kes pemintal itu di atas meja Dr Denai.

“Guru, aku bawakan sebuah manuskrip lama. Dapatkah?  guru membantuku?”

“Terus dengan kerja, masih tidak berubah. Sekurang-kurangnya, tanyalah khabar guru kamu ini. Sudah makankah. Sihatkah.”

“Maaf guru. Guru sihat?”

“Alhamdulilah. Sihat. Bukankan manis begini. Kitakan orang yang berbudi bahasa. Di situ cantiknya budaya kita.”

Manuskrip berpindah daripada tangan Malik ke sebuah meja lampu yang sangat terang. Selembar-selembar muka surat belek. 

"Inikan tulisan jawi. Bukankah aku pernah mengajarmu dulu", katanya sepintas memandang kertas di mejanya.

"Maafkan aku guru. Sudah lama aku tinggalkannya semuanya," Malik tersipu malu. 

"Jika pelajar terbaikku pun tidak dapat menterjemahnya. Ini mesti sesuatu,” usiknya lagi.

“Itulah dulu sewaktu aku mengajak kamu melanjutkan pengajianmu lebih tinggi, kata kamu, kamu mencari pengalaman dunia sebenar dan akan kembali selepas itu. Tahun ini dah 10 tahun. Aku menuntut janjimu,” pakar itu semakin galak berseloroh.

“Aduh terkena lagi,” rungut Malik.

Seroja ketawa kecil. Sehelai demi sehelai kertas itu dibelek sambil mulut Dr Denai membebel.

Malik menjeling Seroja, seperti berkata "Bukan abang sudah cakap."

“Ke mari kamu berdua.”

“Lihat cop mohor ini dan bingkai bunga ini?”

Mereka meneliti lukisan bingkai surat-surat beberapa helai . Sungguh halus dan berwarna-warni. Cat emas digunakan untuk menghiasi kelopak-kelopak bunga. 

“Ini manuskript bukan manuskrip sebarangan. Ini manuskrip diraja! Daripada mana kamu dapatkan dokumen penting ini?”

Wajah teruja Dr Denai tidak dapat lagi disembunyikan lagi.

“Daripada rampasan bahan bukti,” sahut Seroja.

“Dari seorang penjenayah? Aneh.”

“Tapi hasil tulisan ini bukan daripada dunia ini,” sambungnya lagi.

Seroja mengerut muka, " Bukan dari sini?"

Dia membelek rak-rak bukunya. Jari jemarinya bagai menari pada tetulang buku sambil meneliti tajuk-tajuknya.

“Jumpa pun.” 

Sebuah buku bertajuk Enskilopedia Cop Mohor Dunia dikeluarkan daripada rak dan dia pantas menyelak helaian buku tebal itu.

“Lihat cop mohor ini. Dan bandingkannya dengan benda buku ini. Sama bukan?” meminta pengesahan.

Malik mengambil masanya membelek setiap urat pada cop mohor pada documen itu.

“Seperti sama tetapi di mana hilangnya bulan dan bintang itu,” soal  Malik

“Inikan buku orientalis barat tentu sahaja mereka ingin memadamkan sejarah nusantara kita,” kata Dr Denai.

Seroja cuba mencelah, “Dunia lain tadi, Dr Denai.”

Dr Denai terdiam sebentar. “Manuskrip ini daripada Dunia Seberang. Kamu perlu mendapatkan bantuan daripada orang sana untuk menafsirkan lebih lanjut. Pengetahuan aku hanya terhad.”

“Maksudmu di dunia sebalik sana?” Malik mengerti.

Seroja masih terpingga-pingga.

Angguk Dr Denai.

“Itukan dunia terlarang buat kita. Kita dilarang untuk kita menyeberanginya.”

“Tetapi kamu mahu mengetahui tujuan manuskrip ini bukan? Mahu menyelesaikan jenayah bukan? Hanya itu caranya. Aku hanya mampu menafsir sebahagian kecil manuskrip ini.”

Malik memandang gurunya, “Guru...”

“Nah,ambil Kompas Gelombang ini.”

“Untuk apa, guru?”

“Bukankah kamu ingin bertanya cara untuk ke sana?”

“Ya, guru.”

“Itulah alatnya. Alat ini akan menunjukkan bilakah waktu gelombang pertukaran masa. Jika ia akan berwarna ungu jika berada di dunia ini dan kuning jika berada di gelombang masa negara seberang.”

“Terima kasih guru.”

“Tetapi siapa yang tuan maksudkan yang dapat menafsir manuskrip ini?” Seroja mahu jawapan yang tepat.

“Sahabatku, Hadwan Hatadi.”

Comments

Popular posts from this blog

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

Herbalis: Misi Purnama Biru Sudah Terbit

Baru sebentar tadi aku pergi ke gudang PTS untuk mengambil 10 naskah yang beri secara percuma oleh PTS kepada penulisnya. Alhamdullilah, akhirnya terbit juga novel ini. From HERBALIS From HERBALIS From HERBALIS

Teori Efek Rama-rama (Butterfly Effect Theory)

Menurut teori ini, sesuatu perubahan kecil pada satu pembolehubah boleh memyebabkan perubahan yang ketara pada sesuatu sistem yang kompleks. Teori ini mengatakan pergerakkan kepak rama-rama mampu mengubah atmosfera bumi sehinggakan ia mampu mengubah pergerakan atau kewujudan putting beliung di satu kawasan. Perubahan kecil pada kehidupan akan membawa kesan yang besar pada masa depan, itu yang aku faham jika teori ini dikaitkan dengan kehidupan manusia yang merupakan salah satu sistem yang kompleks di dalam dunia. Tiada siapa mampu untuk meramal dengan tepat pergerakan atau perilaku manusia satu detik ke hadapan. Anda yakin dengan teori ini? Mari kita lihat pada kehidupan kita pada hari ini. Kronologi Senario Terburuk Ekstrem (Kes Curi Selipar) Encik A telah mencuri sepasang sepasang kasut selepas selesai solat Jumaat Pemilik kasut menunggu sehingga semua jemaah pulang dengan harapan dia menjumpai kasutnya semula. Tetapi setelah lama menanti, dia tidak jua menjumpai kasutnya. Pemilik ka