Skip to main content

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 8

 

Malam menjelang. Seperti malam-malam minggu sebelum ini. Tuk Sopiah akan menyambung kembali Hikayat Merong Mahawangsa bersama Hatadi. Anak remaja itu membesar dengan dongengan rakyat yang padanya lebih baik daripada berkeliaran pada waktu malam.

Mata tua itu sudah hampir terlelap. Dia mencapai kain batiknya dan bangun meninggalkan bilik Hatadi.

“Nenek, Hatadi ingin memohon sesuatu?”

“Apa dia, cucu?”

“Hatadi mahu belajar tulisan Jawi”

“Betul ke ni? Kata tulisan jawi tulisan Old school” usik Nenek Suffiah.

“Ala nek, bolehlah boleh lah. Manusiakan bisa berubah nenek,” pujuk manja cucunya.

“Boleh, tapi dengan satu syarat. Setiap sesi ada yuran ciuman pada pipi ni,” katanya sambil memegang pipi tuanya yang berkedut.

“Hatadi sudah terlalu tua untuk itulah, nenek.”

Take itu or leave it,” ugut si tua itu.

“Baiklah. Nah satu sebagai yuran penduluan,”

Pipi neneknya dicium sebelum dia kembali ke kamarnya.

“Nenek, terima kasih,” ucap Hatadi sebelum dia beransur pergi dari kamar neneknya.

Ѿ

Comments

Popular posts from this blog

Kilang Mimpi?

Degupan jantungku semakin reda setelah langkah larianku berubah menjadi langkah yang perlahan. “Penat betul, sudah lama tidak berjoging,” gomelku sendirian. Untuk pulang ke rumah, aku perlu melalui sebuah taman permainan yang berhampiran. Aku mula berjalan melalui kawasan taman permainan. Seorang anak kecil ketawa sakan apabila ibunya menghayunkan buaiannya naik lebih tinggi. Penatku semakin berkurang tatkala mendengar gelak ketawa anak kecil itu. Tiba-tiba aku nyaris tersungkur. Mujur aku sempat mengatur langkah. Jika tidak tersembam mukaku ini pada lantai bata bercorak coklat dan kelabu. Kasut memakan tuan. Tali kasutku nyaris menyerat tuannya sendiri. Jadi aku duduk di sebuah bangku kayu untuk mengikat semula tali kasutku. Dua orang kanak-kanak duduk di sebelahku. Pada mulanya aku tidak ambil peduli pada kanak-kanak, tetapi suara salah seorang kanak-kanak itu membuatkan anak mataku mencuri melihat kanak-kanak itu. “Eh, budak di masjid hari itu,” bisikku. Kanak-kanak itu adalah kanak...

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

Novel Sulungku - Herbalis: Misi Purnama Biru

From HERBALIS Memperkenalkan novel sulungku. Pendapat tentang cover ini?