Skip to main content

Pemintal Mimpi: Bahagian 7

 

“Tenang. Tenang.”

Nenek Suffiah bernafas pendek, cuba mencari kepastian.

“Tuk Wan, ooi. Kenapa dibakar sabut malam-malam begini.”

Rupa-rupanya datuk Hatadi punya angkara.

“Katanya banyak nyamuk semalam. Ini langkah pencegahan,” balas Tuk Wan.

“Betul juga. Sudah Hatadi. Kamu ini penakut sangat.”

Dakapan erat tadi dilonggarkan, “Mana ada nenek. Hatadi sahaja tadi.”

“Ya lah itu.”

Tok Wan muncul dengan matanya merah dan hidung berair seperti menangis.  

“Tok Wan menangiskah?” tegur Hatadi.

Sambil mengesat air matanya dengan kain pelikat yang disimpang dibahunya, “Mana ada. Asap sabut ini.”

“Tuk, Merong Mahawangsa itu masih hidup?”

Jam di dinding dijeling Tuk Saffiah. Hampir menjelang jam sebelas.

“Kisah Merong Mahawangs itu nanti tuk simpan untuk hari yang lain ya, cucu.”

“Baiklah, nenek dan tuk wan, Hatadi pergi tidur dahulu ya.”

Tangan mereka diciumnya sebelum dia ke bilik tidurnya.

Tung...Tung..Tung... Tung... Tung... Tung... Tung... Tung... Tung... Tung...

Jam di dinding menutup tirai malam buat mereka bertiga. 

Ѿ

Hatadi membelek  beberapa helai kertas lama dalam sebuah peti. Peti itu diperbuat daripada tembaga. Motif ukiran flora menghiasi sebahagian besar peti besar itu. Warna hijau akibat pengokisadaan muncul di sebahagian kecil penjuru peti.  

“Tok, kertas-kertas lama ni mahu dibuang atau masih mahu disimpan?”

“Eh, jangan dibuang. Itu pusaka moyang nenek.  Simpan sahaja dalam peti itu kembali selepas kamu usai membersihkan peti itu.”

“Baiklah nenek.”

Hatadi sambung membersinkan kotak tembaga. Ia kembali menunjukkan identiti setelah hampir setengah jam disental Hatadi. Halus buatan tangannya. Satu plat logam seperti satu symbol di muka hadapan kotak tembaga itu. Habuk dicelah-celahnya menyembunyikan ukiran peti itu. Segera dia mencapai sebilah lidi dan sekeping kain perca. Dikorek habuk-habuk halus dengan sebatang lili dan digilap kembali dengan kain perca itu.  Motif bunga teratai mula memunculkan dirinya. Di tengah-tengah kuntum teratai itu ada lekuk sangat biasa dia lihat motifnya.

Jemarinya dibelek cincin peninggalkan ayahnya diteliti. Motif yang sama dengan dengan cincinya.

“Biar betul,” bisik Hatadi berasa teruja

Tanpa berfikir panjang dia masukkan cincinya itu ke dalam dan memulasnya mengikut arah jam. Berapa saat berlalu. Tiada perubahan berlaku.

“Aku sangka akan jadi seperti filem National Teasure, Hatadi. Hatadi.” Dia mentertawakan dirinya.

Dia cuba mencabut cincin itu namun tidak berjaya. Cincin itu tersangkut pada lubang tadi. Diputarnya cincin itu melawan arah jam. Masih tersangkut.

Peti tembaga itu bergetar. Seperti ada pergerakan mekanikal sedang berlaku di sebalik dinding peti tersebut. Tangan Hatadi melepaskan cincin itu.

Muncul satu bahagian rahsia muncul pada muka depan kotak itu. Matanya membulat, teruja  untuk melihat isi kandungan buku itu. Dia berharap sangat ada harta karun dalam bahagian itu.  

“Biar betul,” jangkaannya tidak meleset.

Sebuah manuskrip lama masih dalam keadaan utuh. Tebalnya hampir dua inci. Perlahan-lahan Hatadi mengeluarkan manuskrip itu lalu diletakkan di atas lantai dek risau akan merosakkannya. Ada sebuah lubang sebesar jari telunjuk menghiasi manuskrip itu. Sehelai demi sehelai demi sehelai dibeleknya denga penuh cermat.

Tulisan pada manuskrip itu membuatkan muka Hatadi berkerut. 

“Ra, wau,..” cuba diejanya satu perkataan pada halaman pertama manuskrip itu.

“Itulah, dulu malas belajar tulisan Jawi. Sekarang sudah buta Jawi” Hatadi mengutuk dirinya,

Manuskrip itu ditulis dengan tulisan Jawi lama yang sangat halus dan bersambung sambung. Tulisan yang kian pupus. Setiap helaian manuskrip itu dihiasi bingkai lukisan lukisan memotif bunga.

“Nenek,  Hatadi jumpa manuskrip lama dalam peti ini. Boleh Hatadi simpan tuk?” teriak Hatadi dari bilik bacaan neneknya.

“Ambillah, cucu. Semua ini bakal menjadi milikmu jua nanti,” balas kembali Nenek Suffiah yang sedang bertarung dengan minyak panas mengoreng cucur udang di dapur.

“Terima kasih. Nek.” 

Dia berlari sambil memeluk neneknya yang hampir mencecah sembilah puluh tahun itu.

Nenek Sopiah tersenyum sendirinya.

“Hanya yang ditakdirNya akan memiliknya,” bisik Nenek Suffiah dalam dakapan Hatadi.

“Apa nenek?” Hatadi terdengar bisikan itu.

“Eh, Tiada apa-apa,” Nenek Suffiah terkejut dengan pertanyaan itu kepada dia menyangka bisikan itu hanya ditangkap oleh telinganya sahaja.

Ѿ

Comments

Popular posts from this blog

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

Herbalis: Misi Purnama Biru Sudah Terbit

Baru sebentar tadi aku pergi ke gudang PTS untuk mengambil 10 naskah yang beri secara percuma oleh PTS kepada penulisnya. Alhamdullilah, akhirnya terbit juga novel ini. From HERBALIS From HERBALIS From HERBALIS

Teori Efek Rama-rama (Butterfly Effect Theory)

Menurut teori ini, sesuatu perubahan kecil pada satu pembolehubah boleh memyebabkan perubahan yang ketara pada sesuatu sistem yang kompleks. Teori ini mengatakan pergerakkan kepak rama-rama mampu mengubah atmosfera bumi sehinggakan ia mampu mengubah pergerakan atau kewujudan putting beliung di satu kawasan. Perubahan kecil pada kehidupan akan membawa kesan yang besar pada masa depan, itu yang aku faham jika teori ini dikaitkan dengan kehidupan manusia yang merupakan salah satu sistem yang kompleks di dalam dunia. Tiada siapa mampu untuk meramal dengan tepat pergerakan atau perilaku manusia satu detik ke hadapan. Anda yakin dengan teori ini? Mari kita lihat pada kehidupan kita pada hari ini. Kronologi Senario Terburuk Ekstrem (Kes Curi Selipar) Encik A telah mencuri sepasang sepasang kasut selepas selesai solat Jumaat Pemilik kasut menunggu sehingga semua jemaah pulang dengan harapan dia menjumpai kasutnya semula. Tetapi setelah lama menanti, dia tidak jua menjumpai kasutnya. Pemilik ka