“Abang, Suffiah dengar Hatadi bergaduh di sekolah siang tadi. Benarkah?” tanya Tuk Suffiah kepada suaminya yang sedang membaca al quran dari tingkap kayu rumahnya.
Tuk wan yang mempunyai masalah pendengaran itu keluar daripada gazebo.
“Apa, Piah?” dia meminta isterinya menggulangi pertanyaan itu.
“Benarkah, Hatadi bergaduh di sekolah siang tadi?”
“Benar. Benar,” ringkas Tuk Wan menjawap.
“Kenapa sampai bertumbuk bagai?”
“Kata Hatadi dia.....”
Kedengaran bunyi tapak kaki menghentam lantai kayu sedang menuju ke bilik bacaan.
“Nantilah kita sambung bersembang,” Nenek Suffian memotong sembang mereka.
“Baiklah, nek. Boleh sambung semula,” pinta Hatadi.
Dia bersila di hadapan neneknya.
“Di mana kita sebentar tadi?” tanya Tuk Suffiah.
“Merong Mahawangsa menyelamatkan Jentayu.”
“Baik. Baik.”
“Biar aku menjadi pelindungmu sebagai tanda membalas budi ini,” pinta Jentayu.
“Aku tidak mengharap sebarang balas wahai burung sakti. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya,” Merong Mahawangsa cuba menolak.
“Wahai Sang Raja, aku tahu kau tidak meminta sebarang balas. Tetapi aku sudah tiada sesiapa lagi di dunia ini. Izinkan aku mengiringi perkembaraan raja mulia.”
“Lancarkan aku ke udara jika kamu ditimpa bencana,” Jentayu merubah dirinya menjadi sebilah anak panah.”
Merong Mahawangsa mengutip anak panah Jentayu dari tanah dan memasukkannya ke tempah khas dalam tabung anak panahnya.
Ѿ
Tahun berarak pergi.
Tiada lagi dikenang Garuda akan saudaranya Jentayu itu. Satu berita mengemparkan tersebar luas di dunia Nusantara. Seeorang Putera dari Rom ingin menikahi seorang puteri daripada Negara China.
Garuda yang berada di balai Raja Sulaiman terdengar perkhabaran itu. Meminta Garuda pada Raja Sulaiman untuk menghalang perkahwinan itu kerana pada firasatnya tiada boleh orang berjauhan untuk bernikah dan berkahwin.
“Biar patik halang pernikahan ini. Andai kata patik gagal maka patik sendiri akan membuang diri ke kawah gunung berapi.”
“Jangan dihalang takdir Allah. Firasat kita yang makhluk in, firasat makhluk yang lemah. Terlalu dangkal berbanding luasnya ilmu Allah.”
Nasihat Raja Sulaiman tiada dia ambil peduli. Membatu tekad hatinya. Angkuh jiwanya kerana kesaktian dia miliki. Ia meneruskan jua rancanganya itu kerana hanya ingin memberi bukti..
Garuda terbang ke negara China. Perjalanan yang memakan hari itu tidak melemahkannya. Tekad untuk menghalang perkahwinan itu membakar semangatnya. Terus membakar hingga menjadi bangga.
Ѿ
Di puncak sebuah gunung Garuda memerhatikan istana di negara China itu. Selama beberapa hari kerajaan Cina itu berpesta meraikan perkahwinan Puteri Cina dan Putera Rom. Tarian dan perhiasan berwarna-warni menghiasi dataran istana. Bunyi mercun dan gendang bersilih-ganti. Meriah dan bingit.
“Di mana kau, wahai puteri negara Cina?”bisik Garuda.
Matanya tekun memerhati setiap ceruk kota. Dia masih tidak dapat menjejak keberadaan Puteri Cina walaupun beberapa hari memerhatikan istana. Akhirnya kesabarannya semakin menipis, Garuda terbang turun daripada gunung nekad mencari puteri cina itu. Dia terbang legar-legar kawasan istana mencari dengan lebih dekat. Panahan mentari diganggu tubuh gergasi Garuda. Bayangnya pada lantai daataran pesta menyedarkan pengawal seorang pengawal istana.
Langkahnya pantas menuju ke bangunan pengawal. Dia segera menuip semboyan kecemasan.
Pesta sebentar tadi berubah menjadi huru-hara. Tawa bertukar jeritan. Tarian bertukar menjadi larian. Meriam-meriam yang tersedia di benteng istana bergilir-gilir memuntahkan bebola tembaga ke arah Garuda. Burung sakti itu tangkas mengelak butir-butir peluru. Giliranya pula menyerang. Api dihampur daripada mulutnya dan membakar tentera-tentera meriam di sepanjang benteng istana. Angkatan tentera di lantai dataran muncul dengan beberapa buah busur dan panah gergasi. Mata anak panah dinyalan api setelah dicurah minyak daripada lemak haiwan.
“Tembak!” arah ketua tentera yang lengkap dengan berbaju besi.
Berpuluh anak-anak panah gergasi meluncur ke udara. Garuda terbang lebih tinggi untuk mengelak serangan itu. Namun sebilah anak panah berjaya menjamah tubuh Garuda dan membakar sedikit tubuhnya. Serangan itu menjadikan dia berang. Dia segera menyambar meriam-meriah benteng istana lalu mengugurkannya ke arah angkatan tentera istana. Ratusan tentera terkorban. Habis pagoda-pagoda yang berdiri di sekitar istana ditempuhnya sambil Garuda memuntahkan api untuk melumpuhkan serangan angkatan tentera.
“Beritahu aku di mana puteri kalian. Jika tidak akan aku hancur hanguskan istana ini!” teriak Garuda dari udara memberi amaran.
Hanya tinggal sebuah pagoda yang masih berdiri teguh. Bala tentera mengubah formasi serangan. Pertahanan mereka semakin ampuh berhampiran pagoda itu.
“Dungu,” getus Garuda.
Perubahan atur pertahanan itu mendedahkan keberadaan puteri negara Cina itu. Garuda terbang ke arah pagoda itu. Bala tentera yang hanya bersenjata busur dan anak panah ketika itu sedaya upaya melancarkan serangan. Namun apalah sangat dengan busur dan anak panah itu. Tidaklah ia dapat mencederakan malah mencalarkan tubuh Garuda itu pun ia tidak mampu.
Pagoda yang didiami puteri cina cabut dari tanah. Lalu dibawa pergi Garuda.
Dia tersenyum sendiri, “Rencana aku berhasil.”
Pagoda yang didiami Puteri Cina serta dayang-dayangnya disembunyikan di Pulau Langkawi.
Berita kehadiran bantera Putera Rom sampai ke Garuda melalui perkhabaran burung Rajawali. Rombongan ini diketuai oleh Merong Mahawangsa sebagai nakkoda kapal utama.
“Rombongan itu sudah berada di Teluk Benggala,” khabar Rajawali.
Garuda bermonolog, “Akhirnya mereka tiba. Hari ini semua rencanaku akan berhasil. Akulah yang berkuasa.”
Sayap Garuda dilebarkan. Saat yang dinanti telah tiba. Kesaktiannya mengaburi fikiranya dan menyalakan keangkuhannya. Pantas Garuda meluncur ke langit. Mudah dia mengesan bantera itu kerana jumlah jong pengiringnya.
Sebuah jong terbakar akibat disembur api daripada paruh Garuda.
“Seperti daun kering,” ketawa Garuda.
Dia berlegar-legar udara.
“Serang!” teriak seorang nahkoda.
Beratus-ratus anak panah meluncur ke udara disasarkan kepada Garuda. Satu pun tidak dapat melukakan Garuda. Kesaktiannya memang terbukti. Bahtera Putera Rom dirempuh, lalu putera itu tercampak ke laut bergelora itu. Sebuah jung diangkat lalu dicampak ke laut. Bahtera gergasi itu menjadi serpihan kayu yang dipukul ombak.
“Ke mari kamu. Makhluk hina! Aku Merong Mahawangsa akan menamatkan nyawamu hari ini!”
Teriak itu membuatkan mata Garuda mencari susuk tubuh suara itu. Merong Mahawangsa sudah bersedia dengan pencaknya. Keris di tanganya erat dipegang.
“Manusia kerdil mencabar Dewa!” Garuda memuntahkan api.
Merong Mahawangsa bukan orang sebarang. Ilmu persilatannya bukan sebarang. Seperti seekor burung walid dia mengelak pantas dan tangkas. Merong Mahawangsa berlari di atas kain layar lalu melompat tinggi. Mereka bertarung di udara. Keris tertemu paruh. Mereka tercampak jauh dan kembali bertembung. Kali ini keris bertembung dengan susuh Garuda.
“Argh!!!” teriak Merong Mahawangsa.
Kerisnya terpatah dua lalu tercampak ke dasar laut bersama-sama tuannya.
Sebelum Merong Mahawangsa tenggelam ke dalam air. Dia sempat meluncurkan sebilah anak panah Jentayu ke udara.
Anak panah itu berubah menjadi halilintar. Satu suara mengiringi halilintar itu, “Kanda Garuda hentikan kegilaan ini!”
Seekor burung gergasi berwarna biru muncul daripada pancaran halilintar yang terang benderang itu.
“Jentayu?”
Cahaya daripada tubuh Jentayu menyilaukan mata Garuda.
“Seperti yang aku katakan dahulu. Jika kita bertemu lagi. Nyawamu akan ku ambil.”
“Kanda, batu di jeram bisa berubah dibelai air yang dingin .Mengapa belum reda lagi kemarahanmu kepadaku?”
“Kemarahan aku kepadamu tidak akan pernah padam selagi panasnya Sang Mentari.”
Pertarungan burung-burung sakti itu mengoncangkan bumi. Halilintar sabung menyabung dan ombak berdepa tingginya.
Nun jauh di tanah sana, gunung-gunung berapi memuntahkan lahar apinya. Dunia gempita. Mereka saling menyerang dan bertahan. Muntahan api Garuda bertalu-talu cuba membakar Jentayu. Lautan menjadi sahabat Jentayu dalam petarungan itu. Ombak-ombak melonjak naik menahan serangan api itu. Angin ribut menjadi serangan balas Jentayu.
Menyedari lautan bukan medan kelebihannya, Garuda terbang mendaki langit. Jentayu mengejar tidak jauh. Jika Garuda dengan muntahan apinya, Jentayu dengan libasan sayap airnya. Air itu membalut tubuh Garuda sehinggakan, tidak mampu lagi dia mengibas sayapnya. Air itu kemas memegang tubuh Garuda. Berjerat setip sendir pada kepak gergasi yang sedang amarah itu. Tubuhnya berputar-putar menjunam jatuh.
“Tidak aku sangka kesaktianmu setanding aku,” getus Garuda.
Setelah berhempas pulas, dia berjaya melepaskan dirinya.vMereka bertentangan mata buat kali pertama setelah peristiwa hitam yang lalu.
“Adakah kanda Garuda benar-benar ingin menamatkan riwayatku? Kita bersaudara kanda.”
“Aku akan menghapuskan sesiapa sahaja yang ingin menghalang rancangan aku. Itu termasuk kamu, Jentayu!”
Memahani bahasa tubuh Garuda, Jentayu tahu kandanya itu nekad. Berkeras untuk menghapuskan sesiapa melintang rancangannya. Mungkin dengann kematiannya boleh merendakan kemarahannya. Sengaja Jentayu memberi peluang kepada Garuda untuk menikamnya dengan susuh tajam. Jentayu melayang jatuh ke bawah. Ia matanya mengalir dan menjadi mutiara di dasar laut. Jentayu membenarkan dirinya terkorban untuk saudaranya.
Tiba-tiba asap muncul daripada celahan lantai kayu bilik itu.
“Nenek!” Hatadi merangkul tubuh neneknya.
Comments
Post a Comment