Skip to main content

Pemintal Mimpi: Bahagian 5

 

 “Siapa ibubapa kamu. Baru hari pertama mahu tunjuk samseng?”

Mangsa pembuli mencelah, “Tapi, cikgu. Hatadi yang tolong saya.”

“Kau jangan nak menyampuk.”

Reaksi cikgu displin itu seperti tidak kena. Pembuli dimenangkan.

Mata Hatadi sudah berkaca. 

“Saya tiada ibubapa, mereka  sudah meninggal. Hanya ada tuk dan tuk wan,” jawap remaja itu sambil menahan getar suara sedih.

“Berikan nombor telefon mereka. Saya mahu panggil mereka datang.”

“Kenapa mereka perlu ke sini? Saya tidak bersalah. Saksi sudah ada,” Hatadi nekad mempertahankan diri.

“Kamu telah membelasah orang lain. Ini boleh jadi kes polis,” ugut guru displin itu.

“Terpulang, cikgu. Saya hanya mempertahankan diri. Jika dibawa ke perbicaraan sekalipun saya tentu menang. Tiga lawan satu, cikgu” 

“Kamu ...,” guru displin itu kedu. 

 “Kenapa mereka dilayan seperti wira sedangkan saya telah diperlakukan seperti penjenayah. Cikgu  berat sebelah!” 

Tangan guru displin itu singgah di pipi Hatadi.

“Kurang ajar!”

Ѿ

Usai bertemu dengan guru displin. Tuk Wan membawa Hatadi pulang.

“Tuk Wan tidak marah?”

“Tidak, Hidup ini sebuah perjuangan. Kamu perjuangkan hak orang lain. Masakan Tuk Wan akan marah ada seorang pahlawan dalam keluarga Tuk Wan. Tapi kamu perlu kawal kemarahan kamu. Marah itu api, jangan sampai ia membakar diri.”

Dia menyisipkan tasbih kecil ke telapak tangan Hatadi. 

“Api itu kamu dapat padamkan dengan jiwa yang setenang air.”

Dia memandang raut wajah lelaki tua itu.  Di tangan tasbih uzur 33 biji manik.

“Tapi Tok Wan, ini tasbih kegemaran Tuk Wan. Hadiah daripada guru Tuk Wan.”

“Tidak mengapa. Hadiah daripada Tuk Wan untuk kamu pula.”

“Tuk Wan!” panggil seorang lelaki bertali leher sambil berlari anak cuba mendapatkan datuk Hatadi..

Seorang guru mengiringi Tuk Wan ke pagar sekolah.

“Oh,  cikgu.”

“Kenapa datang ke sekolah?” lelaki itu berbahasa basi.

“Ada urusan cucu sedikit tadi, cikgu,” ujarnya cuba menyembunyikan pergaduhan itu.

“Anak PPD itu memang begitu, Tuk Wan” kata guru itu. 

“Tidak mengapa, biasalah anak muda, darah panas,” ujar Tuk Wan.

“Jumpa lagi ya, Tuk Wan.”

“Insyaallah. Datang ke rumah jika hendak berbual panjang. Boleh ambil buah mangga sekali, cikgu.”

“Insyaallah, Tuk Wan. Insyaallah.”

Tuk Wan mengucup umbun-umbun remaja itu sambil berbisik, “Semoga kau jadi pejuang hebat di masa hadapan, Hatadi.” 

Motorsikal Honda 70 milik Tuk Wan berjaya dihidupkan setelah beberapa kali cubaan. Mereka meninggalkan pagar sekolah.

Ѿ

Sebuah rumah pusaka di Kota Kuala Muda, Negara Malaysia. 2018.

“Di mana kita semalam ya?” wanita tua cuba mencari petunjuk dari jutaan serpihan memorinya. 

Ada sebuah hikayat yang perlu disambung malam itu. Seorang remaja lelaki duduk di hadapan neneknya berkata dengen penuh teruja, “Pertarungan antara Garuda dan Jentayu, nenek.”

“Oh, di situ. Patutla nenek kata pakawa teringian-nigang di fikiran ku.Baik-baik. Bersedia?”

“Sebentar nenek. Pakawa maksudnya apa?”

“Pakawa itu api. Seperti kuasa api milik Garuda.”

Riak wajah si tua itu berubah serius. Anak itu tahu sesuatu yang hebat bakal bermula. Tuk Suffiah memulakan dongengnya.

Garuda dan Jentayu adalah buruung-burung gergasi sakti yang bersaudara. Menjadi penjaga dan pelindung mergastua di dunia ini adalah tujuan dan amanah utama mereka. Garuda, burung kesaktian yang perkasa. Gagahnya sering dipersembah dan menjadi kebanggaan dirinya. Sebaliknya buat Jentayu, saktinya juga kata orang setanding dengan Garuda. Cuma tiada dia menunjuk-nunjuk ia kerana dia punya hati emas. Sangat dia menjaga hatinya daripada sebarang sikap meninggi diri. Menyanjung diri. Kesaktiannya ditunjukkan hanya saat dia memerlukannya. 

Pada suatu hari, sedang mereka berbicara. Garuda mengangkat tinggi dirinya.

“Dunia ini bisa aku ratah dengan kesaktiaku ini. Gunung-gunung mampu aku hancurkan dengan rembuhan tubuhku.”

Jentayu menegur, “Kanda, sesungguhnya kesaktian ini adalah amanah yang wajar digunakan untuk kebaikan. Melindung bukannya menghancur. Membina bukannya memusnah..Bukankah itu sebabnya kesaktian ini dikurniakan kepada kita.”

Garuda menjeling tajam Jentayu tanda dia sangat marah dengan teguran itu. Jentayu menyedari perubahan pada riak wajah kandanya lalu dia segera memohon maaf.

“Maafkan adinda, jika kata-kataku menguris hati kanda. Tiadalah terdetik di hati ini untuk menghina. Cuma kerana kasih bersaudara, aku sampaikan jua teguran itu.”

Lantas Garuda bingkas bangkit daripada duduknya. Berang benar dia merasa. Jelas kelihatan pada sinar matanya yang berubah merah.

“Nyah kamu daripada sini. Mulai hari ini kita bukan lagi bersaudara. Putus semua silaturahim kita. Jangan lagi kita bertemu, melainkan waktu itu akan ku bunuh kau!”

“Bukankah kita sudah bersumpah saudara sehingga ke akhir hayat. Sudah lupakah kanda Garuda?”

Garuda memalingkan mukanya. Pujuk Jentayu tidak dipeduli.

“Berambus!”

Hati lara dan duka mengiringi pemergian Jentayu dari Kayangan. Dalam perjalanan turun ke kaki langit, lapar menyapa. Liar matanya mencari buah-buah untuk dijadikan makanan buat mengisi perutnya yang berkeroncong itu.

Terlihat ia sebuah pohon di sebuah tanah lapang. Ia tubuh berasing sendiri. Tiada pokok mengelilinginya seperti pohon yang lain. Merah ranum buahnya. Jentayu turun dan mendarat sebelahnya. Dicapainya buah yang merah ranum itu dengan paruhnya. 

“Pasti enak sekali buah ini,” getus hatinya.

Tiba-tiba satu anak panah yang pantas merampas buah ranum itu daripada celah paruhnya. Buah itu gugur ke sebuah anak sungai, lalu hayut dibawa arus deras. Jentayu tersentak. Kepaknya dikembang, dia bersiaga untuk sebarang kemungkinan.

Satu suara jeritan menyusul anak panah itu, “Buah itu beracun!”

Seorang lelaki berkuda bersama beberapa orang pengikutnya muncul dari salah satu sudut hutan.

“Maafkan, aku jika anak panah itu menakutkanmu. Namun itu sahaja cara yang mampu aku  fikirkan untuk menghalangmu  daripada terus menelan buah Megabayu yang beracun itu.”

“Buah itu buah beracun?”

“Ya, wahai Jentayu,” sahut lelaki itu.

“Siapakah namu manusia mulia?”

“Aku Merong Mahawangsa”

 “Raja, sungguh aku terhutang budi kepadamu. Tanpa kamu di sini maka tamatlah riwayat aku di sini. Diragut nyawanya kerana sebiji buah.”

“Sesungguhnya, aku hanyalah asbab. Tuhan yang satu jualah menggerakakna hatiku untuk ke sini.. Dan Dialah sebaik-baik pengatur hidup.”

Kenaifkan Jentayu tentang hal dunia bawah kayangan hampir meragut nyawanya. Kenaifan itu juga membawa kepada pertemuan penting ini. Pertemuan yang akan mengubah segalanya.


“Nek, sekejap nek. Hatadi perlu ke tandas. Sekejap ya, nek.” Pinta Hatadi sebelum berlari meninggalkan neneknya berseorangkan dalam bilik bacaan itu.

Ѿ

Comments

Popular posts from this blog

Foto-foto terakhir - Majlis Cukur Jambul

Sudah terlalu lama, gambar-gambar ini terperap dalam hd aku. Terimalah gambar-gambar dari majlis cukur jambul anak saudara Fawaz. From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul From Majlis Cukur Jambul Kenapa tajuk blog ini foto-foto terakhir? Ini gambar terakhir yang diambil olehku sebelum kamera aku dicuri. Sedih-sedih.

Herbalis: Misi Purnama Biru Sudah Terbit

Baru sebentar tadi aku pergi ke gudang PTS untuk mengambil 10 naskah yang beri secara percuma oleh PTS kepada penulisnya. Alhamdullilah, akhirnya terbit juga novel ini. From HERBALIS From HERBALIS From HERBALIS

Teori Efek Rama-rama (Butterfly Effect Theory)

Menurut teori ini, sesuatu perubahan kecil pada satu pembolehubah boleh memyebabkan perubahan yang ketara pada sesuatu sistem yang kompleks. Teori ini mengatakan pergerakkan kepak rama-rama mampu mengubah atmosfera bumi sehinggakan ia mampu mengubah pergerakan atau kewujudan putting beliung di satu kawasan. Perubahan kecil pada kehidupan akan membawa kesan yang besar pada masa depan, itu yang aku faham jika teori ini dikaitkan dengan kehidupan manusia yang merupakan salah satu sistem yang kompleks di dalam dunia. Tiada siapa mampu untuk meramal dengan tepat pergerakan atau perilaku manusia satu detik ke hadapan. Anda yakin dengan teori ini? Mari kita lihat pada kehidupan kita pada hari ini. Kronologi Senario Terburuk Ekstrem (Kes Curi Selipar) Encik A telah mencuri sepasang sepasang kasut selepas selesai solat Jumaat Pemilik kasut menunggu sehingga semua jemaah pulang dengan harapan dia menjumpai kasutnya semula. Tetapi setelah lama menanti, dia tidak jua menjumpai kasutnya. Pemilik ka