Skip to main content

Posts

How to Add New Table in Tabular Model Using SQL Data Tools

Click Existing Connection Button Choose the related connection and click open Enter the credential and click ok Choose where do you want to get the data Tick the table that you want to include in the model and click  Finish.

Herbalis III: Jantung Perak - 1

Kota Hadwan - 4000 SP Berorangan di dalam makmalnya, Hasbi berusaha keras untuk memutar kembali memori silamnya. Cuba untuk mencari saki baki memorinya yang mungkin masih tersisa. Dia membelek-belek helaian buku-bukunya.  Melihat lukisan dan puisi di dinding biliknya. Namun masih tidak berhasil. Penawar Bunga Purnama Biru hanya dapat memulih fizikalnyanya tidak ingatnya. "Abang Hasbi, sudah dijamah makan makanan tengahharinya?" Syaidullah muncul di muka pintu. "Abang tidak lapar adikku." "Makan sedikit abang. Buat tenagamu." Pinggan nasi didekatkan Syaid kepada abangnya.

Ramalan Pilihan Raya

Sedang hangat aku melayari komen-komen di ruang facebook, aku terdengar bunyi seperti ada sesuatu yang sedang mencakar tingkap bilik aku. Jam menunjukan jam 10 malam Terlintas cerita hantu makcik jual karipap dibenak fikiran. "Awal lagi makcik ni," bisik aku. Meow meow. Nyaring bunyi mengiau itu. Dan dapat saat itu aku tahu siapa yang datang berkunjung ke rumahku. Kunci tingkap dibuka dan tetamu itu aku benarkan masuk ke dalam bilik. "Ada apa malam-malam ini, Sang Ilham?" "Nak berziarah. Tidak bolehkah?" "Bukan maksudku. Selalunya kunjunganmu berserta berita." Sang tersenyum menampakan barisan giginya, "Macam tahu-tahu sahaja." "Mestilah tahu. Kamu itu sudah aku kenali semenjak beberapa tahun lalu." "Sini! Sini," Si Kucing itu meminta aku menghampirkan telinga aku kepadanya. Bisiknya, "Aku telah membaca bintang dan ramalkan Barisan Nasional akan menang besar kali ini." "Itu? ...

Pada Nama

Assalammualaikum anak-anakku, Hari ini  sesuatu perasaan mekar di hati abah. Ketika abah mengisi namamu Hatadi di borang maklumat peribadi, ayah merasakan syukur di dalam hati kerana tidak pernah abah sangka abah akan memiliki anak sepertimu. Terima kasih abah panjatkan kepada Allah atas nikmat itu. Atas nikmat itu, dirimu adalah amanah Allah yang perlu aku bimbing dan jaga.

Watemark Baru

Setelah beberapa jam mengodek ruang internet akhirnya saya berjaya menyiapkan brush watermark saya dengan mengunakan applikasi sumber terbuka GIMP Insyaallah selepas ini semua gambar milik saya akan disertakan dengan watermark baru saya ini.

Krabi, Thailand

Perjalanan menuju ke Pulau Phi Phi, Krabi Anda boleh menempah hotel di Pulau Phi Phi di sini