- Click Existing Connection Button
- Choose the related connection and click open
- Enter the credential and click ok
- Choose where do you want to get the data
- Tick the table that you want to include in the model and click Finish.
“Aku sudah menjalankan tugasku. Aku memohon kalian menghantar aku pulang. Rasanya sudah seharian aku berada di sini. Gusar sahabat-sahabat akan risau kerana aku pergi tanpa sebarang perkhabaran.” “Hanya tuhan sahaja mampu membalas baktimu, Hatadi. Dan kami berjanji akan menghantarmu pulang sebentar nanti. Tetapi sebelum itu, aku ingin menjemputmu ke rumahku. Ada sesuatu yang ingin aku berikan kepada kamu,” ujar Malik. “Tidak perlu, Malik. Tidak perlu sebarang ganjaran,” Hatadi menolak pelawaan itu. “Tetapi aku akan melanggar amanah Dr Denai jika tidak dapat memberikan kamu barang itu.” Seroja kelihatan cuba meninggalkan bilik saat suaminya dan Hatadi berbual. Malik bertanya, “Seroja mahu ke mana?” “Tempat biasa, abang,” balas Seroja. “Tetapi tetamu kita ini perlu pulang segera.” Hatadi mencelah, “Tidak mengapa, aku boleh meluangkan masa lagi di sini.” Mereka dibawa Seroja ke bilik rawatan kanak-kanak. Kanak-kanak di situ gembira dengan kehadiran Seroja. “Ibu Seroja!” panggi...
Comments
Post a Comment