Skip to main content

Pada Nama

Assalammualaikum anak-anakku,

Hari ini  sesuatu perasaan mekar di hati abah. Ketika abah mengisi namamu Hatadi di borang maklumat peribadi, ayah merasakan syukur di dalam hati kerana tidak pernah abah sangka abah akan memiliki anak sepertimu.

Terima kasih abah panjatkan kepada Allah atas nikmat itu. Atas nikmat itu, dirimu adalah amanah Allah yang perlu aku bimbing dan jaga.


Comments

Popular posts from this blog

Kilang Mimpi?

Degupan jantungku semakin reda setelah langkah larianku berubah menjadi langkah yang perlahan. “Penat betul, sudah lama tidak berjoging,” gomelku sendirian. Untuk pulang ke rumah, aku perlu melalui sebuah taman permainan yang berhampiran. Aku mula berjalan melalui kawasan taman permainan. Seorang anak kecil ketawa sakan apabila ibunya menghayunkan buaiannya naik lebih tinggi. Penatku semakin berkurang tatkala mendengar gelak ketawa anak kecil itu. Tiba-tiba aku nyaris tersungkur. Mujur aku sempat mengatur langkah. Jika tidak tersembam mukaku ini pada lantai bata bercorak coklat dan kelabu. Kasut memakan tuan. Tali kasutku nyaris menyerat tuannya sendiri. Jadi aku duduk di sebuah bangku kayu untuk mengikat semula tali kasutku. Dua orang kanak-kanak duduk di sebelahku. Pada mulanya aku tidak ambil peduli pada kanak-kanak, tetapi suara salah seorang kanak-kanak itu membuatkan anak mataku mencuri melihat kanak-kanak itu. “Eh, budak di masjid hari itu,” bisikku. Kanak-kanak itu adalah kanak...

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 19

  “Aku sudah menjalankan tugasku. Aku memohon kalian menghantar aku pulang. Rasanya sudah seharian aku berada di sini. Gusar sahabat-sahabat akan risau kerana aku pergi tanpa sebarang perkhabaran.” “Hanya tuhan sahaja mampu membalas baktimu, Hatadi. Dan kami berjanji akan menghantarmu pulang sebentar nanti. Tetapi sebelum itu, aku ingin menjemputmu ke rumahku. Ada sesuatu yang ingin aku berikan kepada kamu,” ujar Malik. “Tidak perlu, Malik. Tidak perlu sebarang ganjaran,” Hatadi menolak pelawaan itu. “Tetapi aku akan melanggar amanah Dr Denai jika tidak dapat memberikan kamu barang itu.” Seroja kelihatan cuba meninggalkan bilik saat suaminya dan Hatadi berbual. Malik bertanya, “Seroja mahu ke mana?” “Tempat biasa, abang,” balas Seroja.  “Tetapi tetamu kita ini perlu pulang segera.” Hatadi mencelah, “Tidak mengapa, aku boleh meluangkan masa lagi di sini.” Mereka dibawa Seroja ke bilik rawatan kanak-kanak. Kanak-kanak di situ gembira dengan kehadiran Seroja. “Ibu Seroja!” panggi...

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 18

  Seroja bergegas masuk ke dalam pod. Malik yang terlihat gelang di tangan Seroja berasa kurang senang. “Gelang itu?” “Ya, abang.” “Tapi bukankan kita sudah bincangkan. Seroja tidak perlukan gelang ini.” “Anggaplah ia hanya sebagai satu jaminan kalau berlaku apa-apa.” “Suka hati awaklah,” Malik sudah faham dengan perihal isterinya yang jika dia membuat keputusan amat sukar untuk diyakinkan untuk mengubahnya. Hatadi yang berada dalam kereta itu berasa kekok terperangkap dalam situasi itu.  "Adakah kata-kata aku tidak lagi bererti buatmu?" Seroja memaling pandangannya keluar. Air matanya gugur. "Kanda, jangan biarkan kata katamu menjadikannaku permaisurimu yang derhaka" Malik terkedu. tidak menyangka katanya menghiris hati wanita yang dicintainya. Sambung Seroja, "Kanda tidak faham kelocaknya hati ini saat penyakit itu menyerang.” "Aku memohon maaf kerana kelancangan lidahku ini." Ѿ Pod berhenti di Hospital Utama Melati Putih. Dalam perjalanan menuju ke...