Skip to main content

Kari Kepala Ikan

Bersembahkan KARI KEPALA IKAN untuk Hari ke 4.

Kari Kepala Ikan Merah

Ini percubaan pertama memasak kari dengan serbuk kari tanpa menggunakan pes kari semua dalam satu. Rasanya tidak sesedap yang disangka mungkin kerana saya terlupa memasukkan air asam.  Tidak mengapa boleh cuba lain kali. Mungkin tahun depan boleh cuba kerana mengejar 361 resipi lagi. 

Ya Allah berikan aku kekuatan untuk meneruskan.

Tulus daripada hati saya merasakan cabaran ini semakin mencabar. Mungkin lepas ini saya akan mendekati pengeluar makan seperti BABAS atau ADABI untuk memberi sponsor (macamlah selebriti terhebat. Hohohohoho). Atau sekurang-kurangnya dapat sample produk untuk meneruskan cabaran/uji kaji masakan saya ini.

Comments

Popular posts from this blog

Kilang Mimpi?

Degupan jantungku semakin reda setelah langkah larianku berubah menjadi langkah yang perlahan. “Penat betul, sudah lama tidak berjoging,” gomelku sendirian. Untuk pulang ke rumah, aku perlu melalui sebuah taman permainan yang berhampiran. Aku mula berjalan melalui kawasan taman permainan. Seorang anak kecil ketawa sakan apabila ibunya menghayunkan buaiannya naik lebih tinggi. Penatku semakin berkurang tatkala mendengar gelak ketawa anak kecil itu. Tiba-tiba aku nyaris tersungkur. Mujur aku sempat mengatur langkah. Jika tidak tersembam mukaku ini pada lantai bata bercorak coklat dan kelabu. Kasut memakan tuan. Tali kasutku nyaris menyerat tuannya sendiri. Jadi aku duduk di sebuah bangku kayu untuk mengikat semula tali kasutku. Dua orang kanak-kanak duduk di sebelahku. Pada mulanya aku tidak ambil peduli pada kanak-kanak, tetapi suara salah seorang kanak-kanak itu membuatkan anak mataku mencuri melihat kanak-kanak itu. “Eh, budak di masjid hari itu,” bisikku. Kanak-kanak itu adalah kanak...

Novel Sulungku - Herbalis: Misi Purnama Biru

From HERBALIS Memperkenalkan novel sulungku. Pendapat tentang cover ini?

Mukadimah - Lagenda Eleaf

"Tuan ada berita buruk yang baru saya terima daripada burung perutusan," pembawa utusan di perlabuhanan Waris Hazir Oming menerpa Tuan Hazim. Sahut Tuan Hazim, "Berita buruk apakah yang dibawa kamu ini. Jangan kamu katakan saya perlu berada di sini untuk sepurnama lagi sudahlah." "Bagaimana tuan tahu? Perutusan daripada Syahbandar untuk ke Bendahara meminta khidmat tuan dan Tuan Tong dilanjutkan lagi buat kali kedua." "Tidak guna betul! Apa mereka fikir kepakaran saya berharga dalam mereka cipta hanya untuk menulis surat hutang di perlabuhan ini" jerit Tuan Hazim. Mukanya kemerahan kerana marah. Pembawa utusan menyokong, "Betul itu tuan, tuan tidak sepatutnya berada di sini." "Tuan Tong tahu akan perutusan ini?" "Saya rasa dia masih tidak mengetahuinya." "Tidak mengapa. Biar saya yang sampaikan berita perutusan ini kepadanya." "Baik tuan, saya mohon beredar." Pantas Tuan Hazim meninggalkan mejanya...