Skip to main content

Mukadimah - Lagenda Eleaf

"Tuan ada berita buruk yang baru saya terima daripada burung perutusan," pembawa utusan di perlabuhanan Waris Hazir Oming menerpa Tuan Hazim.

Sahut Tuan Hazim, "Berita buruk apakah yang dibawa kamu ini. Jangan kamu katakan saya perlu berada di sini untuk sepurnama lagi sudahlah."

"Bagaimana tuan tahu? Perutusan daripada Syahbandar untuk ke Bendahara meminta khidmat tuan dan Tuan Tong dilanjutkan lagi buat kali kedua."

"Tidak guna betul! Apa mereka fikir kepakaran saya berharga dalam mereka cipta hanya untuk menulis surat hutang di perlabuhan ini" jerit Tuan Hazim. Mukanya kemerahan kerana marah.

Pembawa utusan menyokong, "Betul itu tuan, tuan tidak sepatutnya berada di sini."
"Tuan Tong tahu akan perutusan ini?"

"Saya rasa dia masih tidak mengetahuinya."

"Tidak mengapa. Biar saya yang sampaikan berita perutusan ini kepadanya."

"Baik tuan, saya mohon beredar."

Pantas Tuan Hazim meninggalkan mejanya untuk mendapatkan Tuan Tong yang berada di hujung pantai.

Tiba di pantai.

"Tuan Tong, ada yang tersangat untuk berita buruk untuk kita berdua."

"Apa yang tersangat buruk itu sehingga kamu datang sendiri ke mari untuk menyampaikannya?"

"Perkhidmatan kita akan dilanjutkan lagi untuk sepurnama lagi."

"Aaaa. Ini sudah melampau. Sepurnama dahulu mereka kata perkhidmatan kita hanya sehingga bulan ini sahaja. Pendusta!"

"Seakan neraka ini tidak mahu melepaskan kita daripada bahang ini. Kepakaran kita dibazirkan dengan kerja yang tidak setimpal."

"Benar sekali. Saya sudah menghitung hari untuk dilepaskan dari tempat ini. Saya terasa seperti banduan yang dijanjikan pembebasan tiba-tiba pembebasan itu ditarik balik. Sungguh bengak rasa hati saya."

"Mari kita bertemu dengan Syahbandar Diraja untuk berbincangkan hal ini daripada terlambat."

Tuan Tong dan Tuan Hazim bertemu Tuan Kring di rumahnya.

"Selamat datang tuan. Ada tujuan apa kalian berdua ingin bertemu dengan saya," ucap Tuan Kring, Syahbandar Diraja.

"Saya mendapat khabar berita daripada Syahbandar Perlabuhan, Tuan Bara mengenai keinginannya untuk melanjutkan perkhidmatan kami berdua di perlabuhan Waris Hazir Oming untuk sepurnama lagi," Tuan Hazim memulakan bicara.

Dengan rasa tidak bersalah Tuan Kring berbicara, "Baguslah begitu. Ini menyumbang kepada kekayaan negara kita."

"Bagus? Apakah tuan telah lupa tuan telah berjanji kepada kami untuk tidak lagi melanjutkan perkhidmatan kami di sini," balas Tuan Tong tegas.

Tuan Hazim menambah, "Lagi pun tuan, perkhidmatan kami di sini langsung tidak menyumbang kepada perkembangan ilmu kami dalam bidang rekacipta."

Tuan Kring cuba memujuk, "Berkhidmatlah untuk sebulan sahaja lagi."

Tuan Tong membalas, "Sebulan lagi? Selepas ini sebulan lagi. Selepas itu sebulan lagi."

Tuan Kring tidak dapat berhujah balas.

Tuan Kring cuba memujuk lagi, "Berkhidmatlah untuk sebulan sahaja lagi."

"Jika begitu, kami pulang dahulu," kata Tuan Hazim dengan nada putus harapan.

Mereka beredar daripada rumah Tuan Kring.

Bisik hati Tuan Hazim, "Jika Syahbandar Diraja tidak mahu menamatkan perjanjian ini, aku akan terus berhubung dengan Bendahara. Semoga dengan berutusan dengannya aku dan Tuan Tong akan beredar dari sini segera."

bersambung......

Comments

  1. Wah sungguh mendalam cerita lagenda ko nie Bullah. Mcm aku kenal jek siapakah gerangan Tuan Tong and Tuan Hazim nie... :D

    ReplyDelete
  2. utasan dari waris hazir omingFebruary 4, 2009 at 7:18 PM

    Tuan Tong dan Tuan Hazim kini da bebas bagai kan burung terbang bebas di udara.....
    hahaha

    ReplyDelete
  3. Akhirnya ada orang juga memahami ceritera ini... Nantikan akan ada sambungannya

    ReplyDelete
  4. This is such a great resource that you are providing and you give it away for free. I love seeing websites that understand the value of providing a quality resource for free. It is the old what goes around comes around routine. svapostore

    ReplyDelete
  5. Thanks for this article very helpful. thanks. �� Atomizzatori

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kilang Mimpi?

Degupan jantungku semakin reda setelah langkah larianku berubah menjadi langkah yang perlahan. “Penat betul, sudah lama tidak berjoging,” gomelku sendirian. Untuk pulang ke rumah, aku perlu melalui sebuah taman permainan yang berhampiran. Aku mula berjalan melalui kawasan taman permainan. Seorang anak kecil ketawa sakan apabila ibunya menghayunkan buaiannya naik lebih tinggi. Penatku semakin berkurang tatkala mendengar gelak ketawa anak kecil itu. Tiba-tiba aku nyaris tersungkur. Mujur aku sempat mengatur langkah. Jika tidak tersembam mukaku ini pada lantai bata bercorak coklat dan kelabu. Kasut memakan tuan. Tali kasutku nyaris menyerat tuannya sendiri. Jadi aku duduk di sebuah bangku kayu untuk mengikat semula tali kasutku. Dua orang kanak-kanak duduk di sebelahku. Pada mulanya aku tidak ambil peduli pada kanak-kanak, tetapi suara salah seorang kanak-kanak itu membuatkan anak mataku mencuri melihat kanak-kanak itu. “Eh, budak di masjid hari itu,” bisikku. Kanak-kanak itu adalah kanak...

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 19

  “Aku sudah menjalankan tugasku. Aku memohon kalian menghantar aku pulang. Rasanya sudah seharian aku berada di sini. Gusar sahabat-sahabat akan risau kerana aku pergi tanpa sebarang perkhabaran.” “Hanya tuhan sahaja mampu membalas baktimu, Hatadi. Dan kami berjanji akan menghantarmu pulang sebentar nanti. Tetapi sebelum itu, aku ingin menjemputmu ke rumahku. Ada sesuatu yang ingin aku berikan kepada kamu,” ujar Malik. “Tidak perlu, Malik. Tidak perlu sebarang ganjaran,” Hatadi menolak pelawaan itu. “Tetapi aku akan melanggar amanah Dr Denai jika tidak dapat memberikan kamu barang itu.” Seroja kelihatan cuba meninggalkan bilik saat suaminya dan Hatadi berbual. Malik bertanya, “Seroja mahu ke mana?” “Tempat biasa, abang,” balas Seroja.  “Tetapi tetamu kita ini perlu pulang segera.” Hatadi mencelah, “Tidak mengapa, aku boleh meluangkan masa lagi di sini.” Mereka dibawa Seroja ke bilik rawatan kanak-kanak. Kanak-kanak di situ gembira dengan kehadiran Seroja. “Ibu Seroja!” panggi...

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 16

  Tubuh tidak bermaya Hatadi diletakkan di atas meja.  “Apa sudah kamu lakukan ini, Seroja,” tanya Malik. Dia benar-benar terkejut melihat Hatadi yang tidak sedarkan diri. “Dia ini seorang yang degil. Aku cuba berunding secara berhemah. Tetapi ini jalan yang terbaik.” Malik melihat dahi Hatadi yang penuhi luka-luka kecik, dia bertanya kepada Seroja,“Adakah dia dalam keadaan baik?” “NALURI. Imbas keadaan pemuda ini,” arah Seroja. Satu spera logam muncul. Pacaran cahaya biru mengimbas tubuh Hatadi yang berbaring di atas meja. Hologram anatomi tubuh manusia dipancarkan. Satu bintik merah berkelip-kelip pada kepala hologram.  “Semua organ dalaman dalam keadaan baik. Cuma kecedaraan kecil di kepala,” NALURI menyampaikan status keadaan Hatadi. Seorang pegawai perubatan datang dengan sebuah peti kecemasan. Gel berwarna hijau disapu pada luka dan pembalut dilekatkan pada dahi Hatadi yang tercedera akibat tersungkur tadi. ΡΎ Tidak beberapa lama kemudian, Hatadi tersedar. Sebaik sah...