Skip to main content

Kotak dan Pindah Rumah

Dua tahun lalu, kami sekeluarga berpindah ke sebuah rumah townhouse di kawasan yang sama.

Satu perkara yang paling penting dalam proses berpindah adalah pengangakutan. Kos pengangkutan ini termasuk kos lori dan kos upah untuk proses pemindahan.

Satu perkara yang paling penting saya telah pelajari adalah pentingnya menggunakan kotak untuk aktiviti ini. Walaupun ianya adalah kotak, ia dapat menyelamatkan wang anda daripada terus terbakar begitu sahaja.

Begini kisahnya:

Kami bercadang untuk berpindah ke rumah yang baru sahaja dibeli kami beberapa hari sebelum pulang ke kampung untuk Hari Raya Aidilfitri.

Kerana kekangan situasi ketika itu (syarikat perkhidmatan berpindah tidak beroperasi beberapa hari sebelum hari raya), kami terpaksa menggunakan perkhidmatan sebuah syarikat yang sudi memberikan perkhimatan pada waktu kritikal itu.

Jadi kos pengangkutan (Lori 3 tan) dan kos upah pindah barang  (4 orang): RM 400.

Oleh kerana ini pertama kali kami berpindah rumah setelah berkeluarga, kami tidak menjangkakan barang-barang kami terlalu banyak. Kami tidak membungkus barang-barang itu dengan baik. Kami hanya membungkus-bungkus barang-barang dengan menggunakan plastik sampah.

Kerja-kerja pemindahan barang-barang daripada flat tingkat 2 ke lori itu mengambil masa hampir 2 jam. Banyak masa dibazirkan untuk menyusuh strategi untuk memuatkan isi sebuah rumah dalam sebuah lori.

"Abang, lori 3 tan ini tak cukup untuk menghantar barang-barang ini. Perlu buat dua trip," ujar ketua tenaga kerja itu.

Aku melihat-lihat ruang belakang lori. Lantai lori itu memang sudah penuh tetapi ruang atasnya tidak penuh.

"Kalau abang bungkus barang-barang abang ini dalam kotak, satu trip sudah cukup," jelas lelaki itu lagi.

Aku membuat perkiraan kos, "Berapa untuk trip yang kedua?"

"Perlu tambah RM300 lagi."

"Erk, tidak boleh kurangkah?"

"Maaf tidak boleh abang. Saya kuli sahaja."

Kerana terdesak, kami bersetuju sahaja.

Melayang duit kami.

Tips-tips berpindah:

  1. Berpindah pada selain waktu kritikal (Cuti Umum)
  2. GUNAKAN KOTAK, untuk memudahkan barang anda diangkut dan disusut. 

Comments

Popular posts from this blog

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 16

  Tubuh tidak bermaya Hatadi diletakkan di atas meja.  “Apa sudah kamu lakukan ini, Seroja,” tanya Malik. Dia benar-benar terkejut melihat Hatadi yang tidak sedarkan diri. “Dia ini seorang yang degil. Aku cuba berunding secara berhemah. Tetapi ini jalan yang terbaik.” Malik melihat dahi Hatadi yang penuhi luka-luka kecik, dia bertanya kepada Seroja,“Adakah dia dalam keadaan baik?” “NALURI. Imbas keadaan pemuda ini,” arah Seroja. Satu spera logam muncul. Pacaran cahaya biru mengimbas tubuh Hatadi yang berbaring di atas meja. Hologram anatomi tubuh manusia dipancarkan. Satu bintik merah berkelip-kelip pada kepala hologram.  “Semua organ dalaman dalam keadaan baik. Cuma kecedaraan kecil di kepala,” NALURI menyampaikan status keadaan Hatadi. Seorang pegawai perubatan datang dengan sebuah peti kecemasan. Gel berwarna hijau disapu pada luka dan pembalut dilekatkan pada dahi Hatadi yang tercedera akibat tersungkur tadi. Ѿ Tidak beberapa lama kemudian, Hatadi tersedar. Sebaik sah...

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 19

  “Aku sudah menjalankan tugasku. Aku memohon kalian menghantar aku pulang. Rasanya sudah seharian aku berada di sini. Gusar sahabat-sahabat akan risau kerana aku pergi tanpa sebarang perkhabaran.” “Hanya tuhan sahaja mampu membalas baktimu, Hatadi. Dan kami berjanji akan menghantarmu pulang sebentar nanti. Tetapi sebelum itu, aku ingin menjemputmu ke rumahku. Ada sesuatu yang ingin aku berikan kepada kamu,” ujar Malik. “Tidak perlu, Malik. Tidak perlu sebarang ganjaran,” Hatadi menolak pelawaan itu. “Tetapi aku akan melanggar amanah Dr Denai jika tidak dapat memberikan kamu barang itu.” Seroja kelihatan cuba meninggalkan bilik saat suaminya dan Hatadi berbual. Malik bertanya, “Seroja mahu ke mana?” “Tempat biasa, abang,” balas Seroja.  “Tetapi tetamu kita ini perlu pulang segera.” Hatadi mencelah, “Tidak mengapa, aku boleh meluangkan masa lagi di sini.” Mereka dibawa Seroja ke bilik rawatan kanak-kanak. Kanak-kanak di situ gembira dengan kehadiran Seroja. “Ibu Seroja!” panggi...

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 18

  Seroja bergegas masuk ke dalam pod. Malik yang terlihat gelang di tangan Seroja berasa kurang senang. “Gelang itu?” “Ya, abang.” “Tapi bukankan kita sudah bincangkan. Seroja tidak perlukan gelang ini.” “Anggaplah ia hanya sebagai satu jaminan kalau berlaku apa-apa.” “Suka hati awaklah,” Malik sudah faham dengan perihal isterinya yang jika dia membuat keputusan amat sukar untuk diyakinkan untuk mengubahnya. Hatadi yang berada dalam kereta itu berasa kekok terperangkap dalam situasi itu.  "Adakah kata-kata aku tidak lagi bererti buatmu?" Seroja memaling pandangannya keluar. Air matanya gugur. "Kanda, jangan biarkan kata katamu menjadikannaku permaisurimu yang derhaka" Malik terkedu. tidak menyangka katanya menghiris hati wanita yang dicintainya. Sambung Seroja, "Kanda tidak faham kelocaknya hati ini saat penyakit itu menyerang.” "Aku memohon maaf kerana kelancangan lidahku ini." Ѿ Pod berhenti di Hospital Utama Melati Putih. Dalam perjalanan menuju ke...