Skip to main content

Botak = Gemuk?

Taman Permainan, Taman Melati.

Aku sedang menikmati angin petang bersama anak lelakiku. Dia sedang giat memanjat dan bergelusur sambil mengajak aku bermain bersama dengannya (Tidak semua permainan aku bermain cuma yang muat untuk aku sahaja. Erk!)

Tiba-tiba datang sekumpulan anak-anak kecil yang usianya barangkali lebih daripada anakku itu. Empat orang kesemuanya.

Terjadi satu agenda mengukur berat badan di antara  empat orang anak kecil itu. Alat untuk mengukur berat itu adalah sebuah jongkang-jongkit. Walaupun secara logiknya jongkang-jongkit pada mata dewasa aku bukan alat terbaik tetapi pada anak-anak kecil itu itu alat yang tepat.

Di sebelah kanan jongkang-jongkit itu adalah seorang anak kecil perempuan dan seorang anak kecil lelaki yang seingat aku nama panggilannya 'Abang'. Dia berkepala botak. Dan sebelah yang satu lagi itu, dua orang anak kecil perempuan. Salah seorang daripada mereka bernama Manja.

Bermulanya sesi penimbang, jongkang-jongkit di sebelah dua anak perempuan itu jatuh ke bawah.

Abang mengusik. "Kamu berat. Kamu gemuk!"

Ucap Abang berulang-kali.

Berang dengan usikan itu, Manja membalas, ''Kamulah yang gemuk sebab kepala kamu botak!"

"Erk!!" aku tergamam dalam hati.


Comments

Popular posts from this blog

Kilang Mimpi?

Degupan jantungku semakin reda setelah langkah larianku berubah menjadi langkah yang perlahan. “Penat betul, sudah lama tidak berjoging,” gomelku sendirian. Untuk pulang ke rumah, aku perlu melalui sebuah taman permainan yang berhampiran. Aku mula berjalan melalui kawasan taman permainan. Seorang anak kecil ketawa sakan apabila ibunya menghayunkan buaiannya naik lebih tinggi. Penatku semakin berkurang tatkala mendengar gelak ketawa anak kecil itu. Tiba-tiba aku nyaris tersungkur. Mujur aku sempat mengatur langkah. Jika tidak tersembam mukaku ini pada lantai bata bercorak coklat dan kelabu. Kasut memakan tuan. Tali kasutku nyaris menyerat tuannya sendiri. Jadi aku duduk di sebuah bangku kayu untuk mengikat semula tali kasutku. Dua orang kanak-kanak duduk di sebelahku. Pada mulanya aku tidak ambil peduli pada kanak-kanak, tetapi suara salah seorang kanak-kanak itu membuatkan anak mataku mencuri melihat kanak-kanak itu. “Eh, budak di masjid hari itu,” bisikku. Kanak-kanak itu adalah kanak...

Watemark Baru

Setelah beberapa jam mengodek ruang internet akhirnya saya berjaya menyiapkan brush watermark saya dengan mengunakan applikasi sumber terbuka GIMP Insyaallah selepas ini semua gambar milik saya akan disertakan dengan watermark baru saya ini.

Novel Sulungku - Herbalis: Misi Purnama Biru

From HERBALIS Memperkenalkan novel sulungku. Pendapat tentang cover ini?