Skip to main content

Herbalis: Misi Purnama Biru Sudah Terbit

Baru sebentar tadi aku pergi ke gudang PTS untuk mengambil 10 naskah yang beri secara percuma oleh PTS kepada penulisnya. Alhamdullilah, akhirnya terbit juga novel ini.


From HERBALIS



From HERBALIS



From HERBALIS

Comments

  1. Salam En. Hasbullah.
    Tahniah. Saya baru sahaja habis membaca novel ini yg telah dibeli hampir setahun. baru skg ada masa terluang utk membacanya. Jalan cerita yg sangat menarik dan pelbagai idea2 seni mempertahankan diri yg sgt hebat. Saya benar2 teruja membaca cerita ini.
    Tetapi ada byk kesalahan editor yg tidak sepatutnya dpt dikesan oleh pembaca terdapat dlm novel ini. Salah nama yg digunakan membuatkan saya terpaksa ulang semula pembacaan ....
    Ada juga byk kejadian2 yg tidak di terangkan dgn jelas membuatkan saya anti climax.
    Cthnya setelah Syaid berjaya merawat Abg Hasbi dia pengsan. Tak ada penjelasa kenapa Abg Hasbi jd begitu. Siapa yg dengki / kianat dan kenapa Hasbi pengsa. Tiada reunion diantara abg hasbi dan syaid....sedangkan ini adalah tujuan / misi buku ni.

    Maaf jika komen saya mengecewakan en. Hasbullah.

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum wbt,

    Puan, terima kasih kerana telah membaca hasil karya saya. Buat pengetahuan puan, kebanyakkan persoalan yang puan ajukan menjadi kenapa karya ini diterbitkan. Saya sedikit demi sedikit menjelaskan kenapa Hasbi diracun dan oleh siapa diracun. Saya telah menerbitkan karya kedua bertajuk Herbalis: Tujuh Remaja Sakti, yang sedikit sebanyak menjelaskan punca Hasbi diracun.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 19

  “Aku sudah menjalankan tugasku. Aku memohon kalian menghantar aku pulang. Rasanya sudah seharian aku berada di sini. Gusar sahabat-sahabat akan risau kerana aku pergi tanpa sebarang perkhabaran.” “Hanya tuhan sahaja mampu membalas baktimu, Hatadi. Dan kami berjanji akan menghantarmu pulang sebentar nanti. Tetapi sebelum itu, aku ingin menjemputmu ke rumahku. Ada sesuatu yang ingin aku berikan kepada kamu,” ujar Malik. “Tidak perlu, Malik. Tidak perlu sebarang ganjaran,” Hatadi menolak pelawaan itu. “Tetapi aku akan melanggar amanah Dr Denai jika tidak dapat memberikan kamu barang itu.” Seroja kelihatan cuba meninggalkan bilik saat suaminya dan Hatadi berbual. Malik bertanya, “Seroja mahu ke mana?” “Tempat biasa, abang,” balas Seroja.  “Tetapi tetamu kita ini perlu pulang segera.” Hatadi mencelah, “Tidak mengapa, aku boleh meluangkan masa lagi di sini.” Mereka dibawa Seroja ke bilik rawatan kanak-kanak. Kanak-kanak di situ gembira dengan kehadiran Seroja. “Ibu Seroja!” panggi...

PEMINTAL MIMPI: Bahagian 17

  “Ada barang yang perlu Seroja ambil.” Malik memberi arah kepada pod tersebut, “Pod, ubah haluan ke Armada Waja. Kami perlu singgah di sana sebentar” “Arahan diterima. Destinasi  persinggahan didaftarkan. Perjalanan ke destinasi baru akan memakan masa lima minit,” balas sistem navigasi pod tersebut. ΡΎ Sampai sahaja di ruang lobi, seorang gadis menanti di hadapan bangunan Armada Waja.  “Sekejap sahaja ya,” kata Seroja sebelum turun daripada pod itu. Gadis tadi memberikan seutas gelang kepada Seroja.  “Puan Seroja, ini gelang yang dipinta. Tapi puan rasanya puan tidak perlu benda ini. Perkara itu sudah lama tidak terjadi kepada puan,” kata gadis itu. “Terima kasih. Aku tahu. Cuma bukankah lebih baik sediakan payung sebelum hujan.” Dia segera mengenakan gelang itu di pergelangan tangannya. Butang pada gelang tersebut berubah daripada warna merah kepada hijau.  “Alat berjaya diselarikan dengan sistem puan,” kata gadis itu. Sebuah fail jatuh daripada tangan gadis it...

Kilang Mimpi?

Degupan jantungku semakin reda setelah langkah larianku berubah menjadi langkah yang perlahan. “Penat betul, sudah lama tidak berjoging,” gomelku sendirian. Untuk pulang ke rumah, aku perlu melalui sebuah taman permainan yang berhampiran. Aku mula berjalan melalui kawasan taman permainan. Seorang anak kecil ketawa sakan apabila ibunya menghayunkan buaiannya naik lebih tinggi. Penatku semakin berkurang tatkala mendengar gelak ketawa anak kecil itu. Tiba-tiba aku nyaris tersungkur. Mujur aku sempat mengatur langkah. Jika tidak tersembam mukaku ini pada lantai bata bercorak coklat dan kelabu. Kasut memakan tuan. Tali kasutku nyaris menyerat tuannya sendiri. Jadi aku duduk di sebuah bangku kayu untuk mengikat semula tali kasutku. Dua orang kanak-kanak duduk di sebelahku. Pada mulanya aku tidak ambil peduli pada kanak-kanak, tetapi suara salah seorang kanak-kanak itu membuatkan anak mataku mencuri melihat kanak-kanak itu. “Eh, budak di masjid hari itu,” bisikku. Kanak-kanak itu adalah kanak...