“Ada barang yang perlu Seroja ambil.” Malik memberi arah kepada pod tersebut, “Pod, ubah haluan ke Armada Waja. Kami perlu singgah di sana sebentar” “Arahan diterima. Destinasi persinggahan didaftarkan. Perjalanan ke destinasi baru akan memakan masa lima minit,” balas sistem navigasi pod tersebut. Ѿ Sampai sahaja di ruang lobi, seorang gadis menanti di hadapan bangunan Armada Waja. “Sekejap sahaja ya,” kata Seroja sebelum turun daripada pod itu. Gadis tadi memberikan seutas gelang kepada Seroja. “Puan Seroja, ini gelang yang dipinta. Tapi puan rasanya puan tidak perlu benda ini. Perkara itu sudah lama tidak terjadi kepada puan,” kata gadis itu. “Terima kasih. Aku tahu. Cuma bukankah lebih baik sediakan payung sebelum hujan.” Dia segera mengenakan gelang itu di pergelangan tangannya. Butang pada gelang tersebut berubah daripada warna merah kepada hijau. “Alat berjaya diselarikan dengan sistem puan,” kata gadis itu. Sebuah fail jatuh daripada tangan gadis itu. Dia segera mengumpul